Salam Sejahtera, Bagi pelatih dalam kamar yang telah menghabiskan latihan dalam kamar, persoalan ini kerap menghantui fikiran. Di manakah perlu saya beramal? ( beramal - ini bukan mengamalkan ajaran sesat. Ianya adalah istilah undang-undang yang merujuk kepada 'practising law'. Apabila sudah dialih bahasa maka istilahnya beramal ). Bagi pelatih dalam kamar yang mana bosnya memilih untuk mengambil pelatih tersebut untuk beramal di firmanya mungkin tidak mempunyai kesulitan. Adalah lazim bagi seorang pelatih dalam kamar untuk kekal di tempat beliau menjalani latihan kerana sudah terbiasa dengan keadaan di firma tersebut. Semua kerani dikenali dan perangai bos pun sudah terlazim. Kadang-kadang tawaran gaji yang diberikan pun adalah lumayan. Saya sendiri waktu habis latihan dalam kamar dahulu pada tahun 2000 telah diminta oleh bos saya untuk beramal di firma beliau. Pada waktu itu, gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM1000 sebulan. Elaun pelatih dalam kamar pada waktu itu a
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.