Ada pembaca blog yang meminta saya menulis coretan tentang bagaimanakah caranya untuk menjadi peguam khususnya untuk bacaan anak-anak muda yang berada di persimpangan selepas tamat peperiksaan SPM. Saya harap tulisan ini dapat memberikan sedikit gambaran kepada adik-adik dan anak-anak yang ingin menceburi profesion ini.
Saya selalu dengar orang kata kerjaya peguam ini menjanjikan kemewahan, prestij, glamor, cerah masa depan dan boleh jadi bakal menantu yang diharap. Saya tidak kata perkara itu tidak benar tetapi tidak bermakna sangkaan orang itu semuanya benar belaka. Ramai juga peguam yang masih lagi berada di dalam kategori 'cukup makan'. Tetapi setakat ini, saya belum jumpa peguam yang menganggur dan tidak berupaya untuk mendapatkan kerja. Alhamdulillah! Paling tidak mereka mempunyai kerja untuk mencari rezeki. Tidak dinafikan juga, ramai peguam veteran yang telah berjaya dalam hidup dan telah mencapai tahap kemewahan yang tinggi. Tetapi, waktu itu jumlah populasi peguam tidaklah seramai sekarang.
Bagi anak-anak muda yang telah membuat keputusan untuk menceburi kerjaya sebagai peguam, saya fikir perkara pertama yang mereka harus lakukan adalah untuk mencari maklumat sebanyak mungkin berkaitan universiti dan kursus yang ditawarkan.
Bagi warganegara Malaysia yang telah menjalani peperiksaan SPM, mereka boleh memohon untuk memasuki pusat matrikulasi. Saya tidak pasti bagaimanakah caranya untuk memasuki pusat matrikulasi ini. Waktu saya dahulu (tahun 1990) saya telah mengisi borang UPU secara manual. Saya telah memohon untuk memasuki Pusat Matrikulasi UIAM kerana bahasa perantaraan di UIAM adalah Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Saya sangat gemar dengan Bahasa Arab tatkala itu. Universiti lain pada masa itu tidak menawarkan kelebihan ini. Pada masa itu, Pusat Matrikulasi UIAM itu berada di Lembah Pantai sebelah Universiti Malaya.
Waktu mengisi borang tersebut saya telah memohon untuk masuk Kulliyyah Ilmu Wahyu sebagai pilihan pertama dan Kulliyyah Ekonomi sebagai pilihan kedua. Pada masa itu saya cenderung untuk menjadi ustaz atau seorang ahli ekonomi. Saya tidak ingat apakah pilihan ketiga saya. Semasa ditemuduga oleh Almarhum Dr Mahamad Arifin, saya memberitahu beliau bahawa saya ingin mengikuti kelas Kulliyyah Undang-Undang. Beliau tanya kenapa tukar fikiran? Saya kata sebab ayah dan abang saya suruh ambil kursus undang-undang kerana kerja peguam tidak perlu terikat untuk kerja dengan orang lain dan senang untuk berdikari. Almarhum kata, tidak apa, nanti jika sudah diterima masuk boleh memohon untuk menukar kulliyyah. Bila dapat masuk ke pusat matrikulasi, saya sempat bersama dengan rakan-rakan di Kulliyyah Ilmu Wahyu dan kalau tidak silap, hanya pada semester ketiga saya dapat masuk kelas undang-undang.
Selain cara memasuki pusat matrikulasi, universiti juga menerima pelajar yang tamat pengajian peringkat STPM untuk memasuki universiti secara terus, ini dinamakan sebagai 'direct intake'. Ada beberapa orang rakan saya yang kini menjadi peguam yang mana mereka ini adalah lepasan STPM.
Jika ditanyakan apakah subjek yang perlu difokuskan semasa berada di sekolah menengah? Saya dahulu mengikuti kelas sains sosial. Subjek yang saya pelajari semasa SPM dahulu adalah Agama Islam (Rendah dan Tinggi), Bahasa Arab, Sejarah, Rampaian Sains, Bahasa Malaysia, Matematik, Bahasa Inggeris dan Prinsip Akaun.
Namun, jika kita melihat kepada syarat kemasukan ke Asasi Undang-Undang Pusat Matrikulasi UIAM, ianya terbuka untuk pelajar lepasan SPM samada aliran sains atau sastera. Syarat-syarat lain hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya gred A- bagi subjek Bahasa Inggeris ATAU kombinasi gred B dalam Bahasa Inggeris dan B+ dalam Bahasa Arab DAN gred A- dalam mana-mana 4 pelajaran yang lain, gred B dalam Sejarah dan C+ dalam Matematik, dan C+ dalam lain-lain mata pelajaran yang belum diambil kira. Syarat-syarat lanjut boleh dilihat di sini . Syarat yang dikenakan sekarang adalah lebih ketat daripada zaman saya 25 tahun yang lepas. Mungkin sekarang anak-anak sudah bertambah cerdik dan bijak.
Bagi UKM, syarat yang dikenakan adalah lebih rendah iaitu lulus SPM dan mendapat kepujian dalam kertas Bahasa Malaysia serta lulus subjek Sejarah dan mendapat markah sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) untuk MUET (Malaysian University English Test). Syarat lain adalah mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam Matematik dan A- dalam Bahasa Inggeris. Syarat-syarat lanjut boleh dilihat di sini
Selain itu saya suka juga menasihati mereka yang ingin memasuki pengajian undang-undang ini untuk memastikan bahawa universiti tersebut hendaklah diiktiraf oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang. Usah percaya bulat-bulat apa yang dikatakan oleh pensyarah atau pentadbir universiti yang bermanis mulut menyatakan bahawa pengajian undang-undang di universiti tersebut akan mendapat pengiktirafan dan sebagainya. Pihak Majlis Peguam juga telah mengeluarkan amaran itu kepada pelajar undang-undang. Baca amaran itu di sini. Oleh itu, rajinkan diri untuk godek-godek website Lembaga Kelayakan (http://www.lpqb.org.my/)
Setelah berjaya memasuki pusat matrikulasi, anda harus belajar bersungguh-sungguh kerana jika CGPA kurang dari 3.00 agak sukar untuk menyambung ijazah sarjana muda undang-undang di UIAM. Pembelajaran di peringkat asasi ini akan memakan masa maksima 2 tahun. Satu tahun belajar bahasa arab dan bahasa inggeris dan tahun kedua akan belajar subjek asas undang-undang seperti Malaysian Legal System.
Apabila diterima masuk ke peringkat ijazah, subjek wajib yang akan dipelajari adalah seperti subjek Law of Contract, Family Law, Malaysian Legal System. Constitutional Law, Law of Evidence, Criminal Law, Law of Equity and Trusts, Criminal Procedure, Civil Procedure dan Professional Practice. Selain itu, anda juga dikehendaki untuk mengambil subjek pilihan seperti Petroleum Law, Administrative Law, Law of Succession, Intellectual Property Law, Revenue Law, Banking Law dan lain-lain.
Bagi pelajar yang mengikut pengajian di UIAM, anda akan perlu belajar secara perbandingan subjek-subjek yang berasaskan syariah iaitu Islamic Law of Contract, Islamic Family Law, Islamic Constitutional Law, Islamic Criminal Law, Islamic Civil Procedure dan lain-lain. Subjek syariah ini boleh dipelajari samada dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab. Ini bermakna credit hours yang dipelajari di UIAM akan lebih banyak berbanding dengan universiti lain.
Saya amat menggalakkan para pelajar yang mengikuti pengajian undang-undang ini untuk memahirkan diri dengan penggunaan sumber digital berkaitan undang-undang yang boleh didapati secara percuma di perpustakaan. Kemahiran dalam sumber digital ini amat membantu pelajaran kita dan meningkatkan prestasi kerjaya kita kelak. Namun, pelajar juga perlu mahir dalam penggunaan buku-buku, ensiklopedia, jurnal, laporan, akta, rang undang-undang, hansard parlimen dan lain-lain bahan yang terdapat di dalam perpustakaan. Lazimnya, universiti yang mempunyai jurusan undang-undang akan memperuntukkan ruang khusus untuk meletakkan buku-buku berkaitan undang-undang.
Saya amat sarankan kepada para pelajar untuk membaca buku teks undang-undang lebih banyak daripada membaca kes-kes yang dilaporkan. Ini adalah kesilapan terbesar untuk para pelajar jika mereka hanya menghafal nama-nama kes yang menjadi duluan (case precedent) dan prinsip undang-undang yang terkandung dalam kes itu tanpa memahami terlebih dahulu teori asas undang-undang. Teori asas undang-undang itu lazimnya dinyatakan secara terperinci di dalam buku teks dan bukan di dalam kes-kes duluan. Kes-kes itu hanya digunakan sebagai penguat hujah dan bukan menjadi hujah utama. Selain itu, baca juga buku-buku yang berkaitan mempelajari undang-undang seperti buku "Learning The Law - Glanville William" dan apa-apa buku yang dinamakan sebagai 'Introduction To Law'. Ini kerana buku-buku begini akan memberikan tasawwur atau sudut pandang yang jelas berkaitan undang-undang. Buku-buku novel karya John Grisham dahulu adalah bacaaan wajib saya yang akan memberikan motivasi kepada saya untuk mempelajari undang-undang.
Saya juga sarankan untuk para pelajar membaca jurnal-jurnal yang sangat banyak diterbitkan samada jurnal yang bersifat tempatan atau antarabangsa. Jurnal-jurnal ini mengandungi penulisan artikel bermutu karya penulis-penulis yang bergelumang dalam industri undang-undang. Sewaktu belajar di peringkat ijazah sarjana muda, tiada sesiapa pun yang menasihati saya untuk membaca jurnal-jurnal ini. Saya hanya memperolehi skil ini di peringkat ijazah lanjutan sahaja bila mana saya perlu mengemukakan rujukan yang kuat semasa menulis tesis dan disertasi. Rupanya, jurnal ini meluahkan kepada kita masalah kontemporari berkaitan industri dan jika kita membacanya dengan tekun nescaya kita akan menjadi lebih kritis semasa menjawab soalan peperiksaan. Ini akan menambahkan markah kita apabila hasil jawapan kita itu berbeza daripada rakan-rakan kita yang hanya bergantung kepada nota yang dibekalkan pensyarah. (Dahulu zaman saya nota Abdullah Pilus menjadi rujukan penting pelajar dan pensyarah, sekarang nota itu entah ke mana). Sehingga sekarang, saya dapati peguam yang rajin memasuki perpustakaan dan membaca jurnal menjadi peguam yang lebih bermaklumat dan berwibawa daripada peguam yang hanya bergantung kepada ilmu yang hanya dipelajari puluhan tahun yang lepas.
Seperkara lagi, saya tidak pernah memanfaatkan masa consultation yang diluangkan oleh pensyarah kepada para pelajar. Waktu mula-mula masuk universiti dahulu, saya tak faham pun maksud consultation dan tujuan consultation. Sedangkan ruang masa itu sangat bermanfaat untuk para pelajar menghadam pelajaran yang diajar. Puncanya, kerana saya sendiri tidak mengambil endah mengenai consultation ini dan sikap berpada dengan apa yang diajar. Saya tidak mempunyai rasa tamak dan haloba dengan ilmu semasa di peringkat ijazah sarjana muda. Ini adalah kesilapan yang saya sekarang sangat sesali. Mujurlah kesilapan itu saya telah perbetulkan semasa belajar di peringkat Masters dan PhD.
Saya percaya dengan keazaman yang kuat, anak-anak muda yang ingin menceburi bidang kepeguaman ini akan lebih berjaya daripada peguam yang ada sekarang. Saya juga doakan anda akan gembira apabila memasuki kerjaya ini. Jadilah peguam yang berguna dan bermanfaat untuk masyarakat.
Selamat Belajar!

Comments
yang benar,
pelajar dalam dilema
saudara tidak perlu risau, cuba duduk relaks, ambil nafas panjang dan cuba renungi dan buat diagnosis diri. Apakah yang menyebabkan teman kita mendapat pointer yg tinggi tetapi kita gagal utk mendapatkan pointer tinggi walaupun telah berusaha. Mungkin saudara pernah mendengar cerita bagaimana seorang penebang balak merungut kerana beliau telah berusaha bersungguh2 untuk menebang pokok tetapi beliau lupa utk mengasah kapaknya.
Pengalaman saya sbg pensyarah undang-undang, saya mendapati ramai pelajar masuk dalam kategori average krn mereka memuntahkan balik segala nota dan syarahan pensyarah. Jika begini amalannya memang sukar untuk mendapat pointer tinggi kerana lazimnya pensyarah hanya mampu mengajar 30% shj nilai sebenar mata pelajaran itu kerana kesuntukan masa. 30% itu bukan anggaran yg tepat tetapi ianya metafora bhw pensyarah hanya mengajar asas shj.
utk lebih berjaya, saya cadangkan saudara membuat perkara berikut:
1. cuba mentelaah buku teks sblm pelajaran tersebut diajar.
2. kenal pasti isu2 dalam subjek yg diajar, cthnya, subjek Offer dan Acceptance dalam undang-undang kontrak. kenal pasti apakah kes-kes yg berkaitan, apa beza dalam setiap kes itu, apa argumen loyer plaintif dan defendan, apakah kes2 terkini melibatkan isu tersebut.
3. membaca artikel dan jurnal tempatan dan antarabangsa. cuba pergi ke perpustakaan dan belek jurnal utk melihat apakah artikel yg telah ditulis berkaitan isu tersebut. mungkin juga ada disertasi atau tesis yang ditulis. Sdra tidaklah perlu menghafal semua perkara itu tetapi mesti mengenalpasti isu dan teori yg ditulis dalam artikel berkenaan.
4. Jumpa pensyarah utk konsultasi bukan sekadar utk mendapatkan pencerahan berkaitan apakah yg diajar dalam kelas, tetapi berjumpa mereka utk juga bertanya berkaitan isu yg kita jumpa semasa kita membaca artikel dalam jurnal itu dan berdialog dgn pensyarah berkaitan isu berkenaan.
5. tanya pensyarah apakah kelemahan yg beliau nampak pada diri kita dan apakah yg kita perlu buat untuk penambahbaikan.
6. luangkan masa setiap hari dalam 20 - 30 minit berseorangan untuk merenung apakah langkah2 yg kita buat itu sudah wajar dan apakah lagi langkah2 yg perlu dibuat. Cthya jika belajar berkaitan Occupier's Liability dalam undang-undang tort, cuba mind mapping definisi, elemen yg perlu dibuktikan, pengecualian dan nama kes rujukan serta prinsip yg dinyatakan dalam kes itu.
7. setiap bacaan yg kita buat perlu kita buat catatan dalam buku nota khas utk mudahkan rujukan. catatkan point penting, nama buku rujukan, nama pengarang, tahun cetakan buku, pencetak buku dan hlm rujukan.
8. hasilkan penulisan daripada catatan yg kita buat. tempat yg paling mudah utk dibuat catatan itu adalah di bahagian nota dalam fb atau di blog.
9. Lontarkan isu yg kita baca itu kpd rakan group study dan cuba beraksi secara devil's advocate.
10. setiap kali hendak tidur sewaktu otak dalam gelombang alpha, baca doa-doa utk mudahkan ingatan dan mohon supaya ditunjukkan jalan yg sebenar utk kejayaan.
11. ceritakan masalah ini kpd ibu dan mohon ibu juga doakan supaya kita berjaya.
ramai teman saya tidak cemerlang semasa belajar tetapi sangat cemerlang semasa bekerja sendiri sbg peguam. teman saya ini dahulu memang kaki ponteng kelas dan malas membaca. result cukup2 makan. tetapi bila berkerja mereka terpaksa menghadapi klien, peguam lawan dan mahkamah. ini menyebabkan otak mereka mula berfikir bgmana mahu cemerlang. sb itu mereka memulakan langkah yg paling efektif dan cemerlang. tetapi semua rakan saya ini menyesali perbuatan mereka di universiti dahulu dan berkata "kalaulah saya belajar bersungguh dahulu pasti saya lebih cemerlang sekarang'.
nama2 kes akan diingat lebih mudah jika kita memahami isu dan berhujah dgn orang lain berkaitan isu itu. langkah menghafal semata-mata nama kes tidak akan membawa kita ke mana-mana melainkan sekadar kita memuntahkan balik apa yg kita hafal
selamat berjaya
saya pelajar tahun pertama Bachelor of Juriprudence (eksternal) di UM.
Di mana, saya tidak menghadir sebarang kelas @kuliah. Berterus terang, saya tidak pernah pergi ke perpustakan pun. Ini adalah kerana kerjaya saya yang kebanyakaanya atas jalan raya ( travelling).
Peperiksaan akan bermula August 2016 nanti. saya berasa amat risau kerana tidak tahu hendak bermula dari mana dan bagaimana...
setakat nie saya cuma ade keyakinan diri.
Harap En dapat tolong saya.
sering kali kaedah ini saya dapati dapat membantu kita untuk mengulangkaji dalam tempoh yg singkat krn cara ini adalah cara terfokus.
Walaubagaimana cara begini tidak membantu sdri utk menjadi pelajar yang pandai dan berilmu.
selamat berjaya.
Saya ingin bertanya apakah perbezaan belajar diploma undang-undang dan asasi? Kalau saya mengambil diploma undang-undang adakah saya mendapat kelebihan daripada pelajar asasi untuk sambung dalam ijazah? Saya tidak begitu yakin untuk masuk asasi/matrik kerana saya adalah pelajar average. Mohon doktor beri penjelasan.
Sy brminat nk bljr law dan sy dah tgk syarat klayakkan di stiap universiti utk ambil law.
Ape kaitan subject math dgn bidang law?Adkh math akn dpelajari dlm bidang law?
Jika result SPM sy mndpt math dan eko D serta sej C+,adkh pluang utk sy ambil law susah?
Jika sy mngambil STPM (pngajian am,sej,syariah,b.arab),adkh pluang utk sy mngambil bidang law masih cerah dan adkh pihak universiti masih mrujuk result SPM sy ?
Mohon doktor beri pnjelasan scpt mungkin.
sila ws saya 01139873345 ( AIN )
Saya cuma ingin dapatkn maklumat lanjut, adakah peluang bagi pekerja di firma guaman yang mempunyai pengalaman kerja berkaitan undang-undang untuk menyambung pelajaran dalam jurusan undang-undang. sekiranya ada, bagaimana caranya?
Terima kasih