Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

PENAMBAHBAIKAN YANG PERLU DIBUAT KE ATAS USUL PERSENDIRIAN RUU 355 [SELEPAS PINDAAN]

Pada 18 Februari 2017, suatu himpunan untuk menyokong Usul Persendirian RUU 355 telah diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Antara salah satu objektif yang ditetapkan dalam himpunan tersebut adalah untuk memberikan penjelasan kenapa Akta 355 perlu dipinda, disokong dan didukung. Antara hujah yang dinyatakan bagi meminda akta ini adalah bahawa akta ini sudah lama tidak dipinda dan setelah berlalunya sekian masa yang panjang maka timbulah kewajaran untuk meminda akta ini disebabkan perkembangan tempoh masa yang memerlukan supaya peruntukan hukuman itu disemak semula. Dato’ Mahamad Naser Disa, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam (IKSIM) di dalam satu forum yang pernah diadakan mengatakan pindaan kepada Akta 355 ini perlu dibuat untuk menjaga ‘burung-burung kita yang liar’ yang menyumbangkan kepada kelahiran anak-anak di luar nikah yang kian meningkat. Justeru, YB Ahli Parlimen Marang telah mengemukakan usul pindaan bagi RUU Persendirian 355 sepertimana y

RUU 355 [SELEPAS PINDAAN] : BENARKAH AKAN MEMPERKASAKAN MAHKAMAH SYARIAH

Menjelang 18 Februari 2017, suatu himpunan yang diungkapkan sebagai himpunan raksasa seramai 300,000 orang manusia akan diadakan di bandaraya Kuala Lumpur sempena RUU 355 [Pindaan] yang dijangka akan dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat pada bulan Mac, 2017. Setakat ini sudah dua kali peluang diberikan kepada YB Ahli Parlimen Marang untuk membacakan usul persendirian bagi pengemukaan RUU 355 iaitu pada 26 Mei 2016 dan 24 November 2016. Namun, sayang sekali usul itu hanya setakat dibaca tanpa dibuat pembentangan yang sewajarnya mengenai justifikasi bagi usul tersebut untuk disokong. Hal ini menyebabkan polemik RUU 355 ini berterusan sehingga ke hari ini. Salah satu war-war yang kerap diulang adalah bahawa tujuan RUU 355 ini adalah untuk memperkasakan Mahkamah Syariah. Ironinya, war-war ini hanya berani dibuat di luar Dewan Rakyat semata-mata. Sekurang-kurangnya, war-war seperti ini hendaklah dijelaskan di dalam Dewan Rakyat supaya hal tersebut menjadi terang dan nyata dan dapat

Ekonomi Seorang Peguam

Saban tahun setiap orang akan membuat resolusi tahun baru. Tidak kiralah sama ada resolusi tahun lepas sudah dilaksanakan atau tidak. Masing-masing akan bertanyakan kepada kawannya yang lain mengenai resolusi tahun baharunya. Saya terbaca artikel seorang penulis buku yang menyatakan bahawa resolusi yang dibuat pada 5 tahun lepas baru tercapai. Beliau membuat resolusi untuk menulis dan menerbitkan sebuah buku dan hanya selepas 5 tahun resolusi itu dibuat baharulah cita-cita beliau itu tercapai. Bagi seorang peguam, realiti dan data ekonomi yang ada pada tahun 2017 ini adalah agak mencabar. Dalam kerjaya seorang peguam, seseorang itu akan bekerja sendiri atau makan gaji. Seorang yang bekerja sendiri akan membuka sebuah firma guaman secara solo (sole proprietor) atau secara perkongsian dengan peguam yang lain (partnership). Ada satu lagi kategori peguam iaitu yang bersekutu (associate) dengan firma guaman yang lain. Bagi seorang yang solo, segala kos dan perbelanjaan adalah ditanggung sen