Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

Mencari Nilai Diri Seorang Peguam Muda

Baru-baru ini sewaktu menghadiri sebuah acara, saya disapa oleh seorang peguam muda. Katanya, “Doktor! Tunggu jap.”. Saya termangu seketika cuba mengingati wajah anak muda itu. “Siapakah anak muda itu?”, getus saya dalam dalam hati. Puas saya cuba mengingati wajahnya namun memori ini tidak juga dapat dicapai. Sebentar sahaja, anak muda itu keluar kembali membawa buku “Peguam Bukan Peguam”. Nah! Baharu saya faham rupanya beliau ingin mendapatkan tandatangan saya. Menurunkan tandatangan atas kulit buku bukan suatu kebiasaan saya sebelum ini. Pada awalnya agak janggal juga apabila ada orang meminta tandatangan. Mungkin jiwa ini belum mahu menjadi selebriti yang dikenali orang ramai. Meskipun begitu, kata penerbit, buku ini laris di pasaran dan mendapat maklumbalas yang baik daripada pembacanya. Selepas menandatangani buku itu, saya sempat berbuat mesra dengan beliau. Rupa-rupanya beliau adalah seorang peguam muda yang baharu memulakan kerjayanya setahun yang lepas. Setelah habis me

Kontroversi Pindaan Akta 164 - Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

Selepas RUU 355 belum diluluskan dan ditangguhkan tanpa tarikh, ditimbulkan polemik baharu berkaitan pindaan kepada Akta 164 - Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Kononnya, pindaan itu adalah sebuah episod “Tragedi Malang Buat Umat Islam Di Negara Ini”. Entah apa yang malangnya kalau isu yang ditimbulkan hanya berkaitan bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam konteks Seksyen 46(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303). Yang malang sebenarnya jika tulisan sebegitu diangkat untuk membangkitkan emosi umat Islam untuk memprotes tanpa asas ilmu dan pengetahuan yang sebenar. Kebangkitan emosi itu hanya semata-mata dibataskan atas dasar sentimen tanpa paksi kepada kebenaran. Kontroversi yang sebenar adalah berkaitan cadangan pindaan kepada Seksyen 88A RUU D.R. 20/2016 yang menyatakan seperti berikut: “Religion of child 88A. (1) Where a party to a marriage has converted to Islam, the religion of any child of the mar

Catatan Ringkas Mengenai Kesan RUU bagi Meminda Akta Membaharui Undang-Undang Perkahwinan 1976

DR 20/2016 Akta Membaharui Undang-Undang Perkahwinan 1976. Akta ini dipinda bagi mengatasi isu yang berbangkit daripada kemasukan Islam suatu pihak kepada sesuatu perkahwinan. Kesan pindaan akta ini S.3(3) - dipinda bagi membolehkan mana-mana pihak sama ada yang baru masuk Islam atau keduanya untuk menfailkan kes (3) This Act shall not apply to a Muslim or to any person who is married under Islamic law and no marriage of one of the parties which professes the religion of Islam shall be solemnized or registered under this Act; but nothing herein shall be construed to prevent a court [before which a petition for divorce has been made under section 51 from]  “ from having exclusive jurisdiction over the dissolution of a marriage and all matters incidental thereto including ” granting a decree of divorce [on the petition of one party to a marriage where the other party has converted to Islam] , “ or other orders under Part VII and Part VIII on (a) a petition