Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

Peguam Cap Ayam dan Peguam Cap Babi

Baru-baru ini tular dalam media sosial mengenai tulisan seorang warga fb yang tidak berkenan dengan tindakan seorang peguam yang mewakili Dato Boy Iman. Pada tanggapannya peguam tersebut adalah peguam cap babi kerana katanya “peguam yang membela Boy Iman itu walaupun tahu Boy Iman itu bersalah tetapi sanggup membela beliau kerana duit dan imbuhan.” Kesimpulannya bahawa peguam sedemikian adalah peguam yang tak berguna. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa “kalau sudah tahu klien itu bersalah maka jangan ambil kes tersebut dan mohon tarik diri.” Katanya lagi, “peguam sudah tidak tahu halal dan haram dan hanya fikirkan job masuk supaya duit dapat masuk poket.” Sewaktu di Universiti Islam Antarabangsa dahulu, isu halal dan haram dalam kerja-kerja guaman ini sudah menjadi perdebatan khasnya bagi pelajar tahun akhir. Polemik itu berlaku kerana ramai yang tidak memahami kaedah fiqh yang betul. Kebanyakan orang hanya menonton rancangan televisyen berkaitan undang-undang dan terus memb

Kebebasan berfikir dan bersuara dan polemik berkaitan liberalisme

Khutbah Jumaat di Negeri Selangor pada 13 Oktober 2017 bertajuk “Liberalisme Perosak Islam”. Sewaktu khatib menyebut tajuk khutbah ini, terlintas langsung di benak fikir, apakah yang ingin disampaikan oleh sang khatib? Adakah khatib sendiri memahami maksud liberalisme atau khatib hanya berupaya membaca teks khutbah tanpa memahami isi khutbah itu? Langsung tergerak untuk menyemak kembali isi khutbah tersebut yang telah dimuatnaik di portal e-masjid.jais.gov.my. Teks itu menyatakan, antara lain, “Fahaman liberalisme adalah fahaman bebas yang tidak terikat dengan syariat Islam. Fahaman ini menjauhkan seseorang Muslim daripada agamanya…” Kemudian dihuraikan juga bahawa bahaya liberalisme kerana “Fahaman liberalisme membawa kepada fahaman semua agama adalah sama...” “Golongan liberalisme dan pluralisme menolak wujudnya kebenaran Islam dan menyatakan semua agama adalah sama dan menganjurkan kepada kebaikan. Mereka mendakwa bahawa jika orang bukan Islam diberikan kebebasan untuk menukar a