Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said baru-baru ini telah membuat Bacaan Pertama terhadap Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar 2018 (D.R. 6/2018) di Parlimen. 1) Tujuan RUU: Bertujuan untuk memperkatakan tentang berita tidak benar dan perkara berkaitan. Mengikut huraian kepada RUU ini, perkembangan pesat teknologi telah menjadi kebimbangan global dan semakin serius sehingga menyentuh orang awam sehingga memerlukan kawal selia yang lebih tegas. 2) Jumlah seksyen : 14 seksyen 3) Pemakaian : (Seksyen 3) Mana-mana orang boleh dituduh sama ada warganegara atau bukan dan sama ada kesalahan itu dibuat di Malaysia atau di luar Malaysia asalkan berita tidak benar itu adalah mengenai Malaysia atau orang yang disentuh itu adalah warganegara Malaysia. 4) Definisi penting: (Seksyen 2). ‘Berita tidak benar’ telah ditafsirkan sebagai apa-apa berita, maklumat, data dan laporan, yang sebahagiannya atau keseluruhannya adalah palsu, sama ada dalam be
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.