Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said baru-baru ini telah membuat Bacaan Pertama terhadap Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar 2018 (D.R. 6/2018) di Parlimen.
1) Tujuan RUU:
Bertujuan untuk memperkatakan tentang berita tidak benar dan perkara berkaitan. Mengikut huraian kepada RUU ini, perkembangan pesat teknologi telah menjadi kebimbangan global dan semakin serius sehingga menyentuh orang awam sehingga memerlukan kawal selia yang lebih tegas.
2) Jumlah seksyen :
14 seksyen
3) Pemakaian : (Seksyen 3)
Mana-mana orang boleh dituduh sama ada warganegara atau bukan dan sama ada kesalahan itu dibuat di Malaysia atau di luar Malaysia asalkan berita tidak benar itu adalah mengenai Malaysia atau orang yang disentuh itu adalah warganegara Malaysia.
4) Definisi penting: (Seksyen 2).
‘Berita tidak benar’ telah ditafsirkan sebagai apa-apa berita, maklumat, data dan laporan, yang sebahagiannya atau keseluruhannya adalah palsu, sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea.
“Penerbitan” pula ditafsirkan sebagai termasuk apa-apa penerbitan bertulis atau yang serupa dengan penerbitan bertulis atau salinan atau penghasilan semula secara substansial penerbitan itu dan apa-apa penerbitan yang dihasilkan secara digital, elektronik, magnetik atau mekanikal atau replikasi substansial penerbitan itu.
5) Hukuman:
Boleh didenda tidak melebihi RM500 ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun. Selain itu, jika kesalahan itu dibuat secara berterusan denda tidak lebih RM3000 boleh dikenakan bagi tiap-tiap hari kesalahan itu dilakukan selepas sabitan (Seksyen 4(1)).
Mahkamah juga diberikan kuasa untuk memaksa pesalah itu untuk memohon maaf terhadap orang yang disentuh itu dan jika enggan maka boleh dikenakan hukuman menghina Mahkamah (Seksyen 4(2) & (3)).
Boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100 ribu dan denda tidak lebih RM3000 sehari selepas sabitan selama kesalahan itu berterusan (Seksyen 6).
6) Jenis kesalahan:
Seksyen 4(1) : Sesiapa yang mengadakan, menawarkan, menerbitkan, mencetak, mengedarkan, mengelilingkan atau menyebarkan apa-apa berita tidak benar atau penerbitan yang mengandungi berita tidak benar boleh disabitkan atas kesalahan tersebut. Denda - < RM500 ribu / 10 tahun penjara / RM3000 sehari selepas sabitan.
Contoh kesalahan:
i) A menawarkan maklumat palsu kepada B agar B menerbitkannya dalam blog. B tidak tahu maklumat itu palsu. A bersalah tetapi B tidak bersalah.
ii) A mereka-reka maklumat dan menerbitkan dalam blognya bahawa Z telah mendapatkan kontrak perniagaan dengan rasuah. A bersalah.
iii) A mereka-reka maklumat dan menerbitkan dalam blognya bahawa Z mendapat kontrak perniagaan secara rasuah. B tahu bahawa maklumat itu direka-reka dan berkongsi artikel itu di media sosialnya. A dan B bersalah.
iv) A menerbitkan iklan yang mengandungi karikatur Z sebagai pelabur berjaya dalam suatu skim pelaburan dengan mengetahui Z tidak terlibat dengan skim pelaburan itu. A bersalah.
v) A menerbitkan suatu pernyataan dalam media sosialnya bahawa produk makanan syarikat Z mengandungi ramuan berbahaya dan dijual kepada orang ramai dengan mengetahui bahawa pengeluaran produk itu telah dihentikan beberapa tahun lepas dan produk itu tidak lagi dijual kepada orang ramai. A bersalah.
vi) A mengadakan satu laman web yang meniru laman web kerajaan. Dalam laman web itu A menerbitkan satu garis panduan yang kononnya ketua agensi kerajaan itu menghendaki orang awam untuk memohon lesen bagi menjalankan sesuatu aktiviti. Tiada garis panduan sedemikian dikeluarkan. A bersalah.
vii) A memberikan ucapan dalam forum umum di tempat awam. A menyatakan Z telah menyalahgunakan wang yang dikutip untuk tujuan amal dengan mengetahui maklumat itu palsu. A bersalah.
viii) A mengadakan sidang akhbar dengan mendakwa Z seorang pengusaha pasar raya akan memberikan cenderamata percuma kepada 100 pelanggan terawal pada tiap hari Sabtu. Z tidak berhasrat berbuat demikian. A bersalah.
Seksyen 5 : Kesalahan bagi orang yang bersubahat dalam membuat penerbitan itu dengan memberikan bantuan kewangan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Denda - < RM500 ribu / 10 tahun penjara.
Seksyen 6 : Kewajipan kepada mana-mana orang yang mempunyai milikan, jagaan atau kawalan terhadap penerbitan tidak benar itu untuk menghapuskan penerbitan itu secara serta-merta dan sesiapa yang tidak melaksanakannya boleh dikenakan denda. Denda - < RM100 ribu / RM3000 sehari selepas sabitan.
7) Permohonan untuk menghapuskan berita tidak benar:
Seksyen 7 : Pihak yang disentuh dengan berita tidak benar boleh membuat permohonan secara ex-parte ke Mahkamah untuk menghapuskan berita tidak benar itu. Syaratnya mesti disokong dengan laporan polis dan mengandungi salinan dokumen yang membuktikan penerbitan berita tidak benar.
Seksyen 8 : Pihak yang terkilan dengan perintah di Seksyen 7 boleh memohon untuk mengenepikan perintah tersebut.
Seksyen 9 : Mahkamah boleh mengarahkan PDRM atau SKMM untuk menghapuskan berita tidak benar.
KOMENTAR:
a) Definisi ‘berita tidak benar’ adalah terlalu longgar dan mudah untuk disalahgunakan. Berbanding dengan undang-undang di Filipina dan Jerman, definisi dalam kedua-dua undang-undang itu lebih jelas. Contohnya di Filipina berita tidak benar itu mestilah dikaitkan dengan telah menyebabkan atau mempunyai kecenderungan untuk menyebabkan perasaan panik, pecah belah, huru-hara, keganasan, kebencian atau menjadikannya sebagai satu propaganda untuk menjatuhkan reputasi seseorang.
Manakala undang-undang yang hampir sama di Jerman iaitu (Netzwerkdurchsetzungsgesetz) telah diberikan definisi yang lebih spesifik iaitu berita tidak benar itu hendaklah berkaitan dengan seksyen yang khusus dalam undang-undang jenayah seperti menyebarkan propaganda Nazi, aktiviti terorisme, fitnah terhadap Presiden atau negara, penderhakaan, penipuan, keganasan dan pornografi.
b) Siapakah pihak yang menentukan sesuatu ‘berita tidak benar’ tidak dijelaskan. Mengikut skema undang-undang tugas itu akan dipikul oleh PDRM dan Peguam Negara. Ini akan membawa kepada perasaan ragu-ragu orang ramai berkaitan ketelusan siasatan. Sebaiknya ada satu badan khusus yang ditubuhkan di bawah Akta ini yang diberikan kuasa sedemikian. Ini kerana penentuan ‘berita tidak benar’ ini memerlukan kemahiran khusus yang tidak mungkin ada pada kesemua pegawai PDRM.
c) Hukuman denda RM500 ribu / RM100 ribu dan/atau penjara 10 tahun adalah terlalu melampau dan tidak berkadar dengan kesalahan yang dibuat.
d) Berkemungkinan RUU ini melanggar Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan kerana menyekat kebebasan bersuara dan tidak spesifik terhadap skop yang ditetapkan dalam Perkara 10(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
e) Pemakaian akta ini sangat luas terhadap apa-apa medium penerbitan termasuklah melalui facebook atau aplikasi whatsapp. Ini mungkin menyebabkan ramai orang yang akan didakwa kerana kejahilan undang-undang. Sewajarnya sebelum undang-undang ini dikuatkuasakan, penerangan yang luas perlu diberikan kepada semua rakyat.

Comments