Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

PEGUAM TAHUN BARU

PEGUAM TAHUN BARU Setiap kali tahun baru menjelang tiba setiap kali itulah juga orang mula membuat azam tahun baru. Tahun baru itu ibaratnya sebagai permulaan kepada suatu tempoh. Syukurlah Allah Taala telah menciptakan matahari dan bulan yang bergerak di atas orbit masing-masing sehingga kita semua dapat membuat kiraan dan hitungan masa. Bayangkan sekiranya tiada matahari dan bulan pastinya kita sendiri pun tidak tahu masa itu berlalu. Apakah maksud tahun baru bagi kita semua. Kita pastinya memperbaharui azam kita dengan melihat kemungkinan yang akan berlaku pada tahun berikutnya. Kita juga membuat muhasabah terhadap masa yang telah lepas. Muhasabah ini adalah penting untuk kita mengetahui prestasi yang kita telah hadapi pada tahun berikutnya. Ramai orang yang membuat muhasabah terhadap prestasi ekonomi yang dia hadapi pada tahun lepas. Muhasabah atau audit ini adalah dibuat bagi menghitung kedudukan dirinya. Paling penting peguam itu tahu berapa pendapatannya supaya peguam itu dapat

Peguam COVID-19

PEGUAM COVID-19 Semenjak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac 2020 sehingga sekarang, semua orang mengeluh mengenai kesusahan mereka untuk bergerak. Kerajaan telah membuat tindakan drastik untuk membuat perintah kawalan pergerakan di seluruh negara bagi menangani masalah Covid-19. Masalah Covid-19 ini bukan sahaja mendatangkan musibah kesihatan tetapi juga mendatangkan musibah ekonomi yang teruk kepada semua sektor kehidupan. Satu-satunya sektor ekonomi yang berkembang pesat semenjak Covid-19 ini adalah sektor pembuatan sarung tangan getah. Syarikat berkaitan sarung tangan getah seperti Topglov, Hartalega, Kossan, Supermx telah mencapai zaman kegemilangan mereka. Topglove misalnya melaporkan pendapatan mereka bertambah berganda-ganda. Begitu juga saham syarikat mereka pernah mencapai harga hampir RM30 sesaham dari paras terendah sekitar RM5 sebelum ini. Pendapatan mereka untuk suku tahun sahaja sudah mencecah RM1 billion.  Namun, kemakmuran ekonomi sektor sarung tan

PEGUAM KALAH KES

PEGUAM KALAH KES Sejujurnya bila jadi peguam kita akan lebih ingat saat kita kalah kes daripada kita menang kes. Anehnya, ramai sekali menulis di facebook atau instagram bahawa mereka menang kes dan jarang sekali yang menulis berkenaan kalah kes. Bagi peguam litigasi kalah kes itu adalah lumrah dan hakikat yang perlu diterima. Sama seperti orang yang membeli saham di Bursa Malaysia, ada ketika untung dan ada ketika rugi. Pokoknya jangan biarkan kerugian itu mengatasi keuntungan yang diperolehi. Namun, bukan senang untuk seseorang itu menerima kekalahan. Dalam dunia kepeguaman, ianya ibarat ‘zero sum game’. Tiada hakim yang memutuskan peguam itu seri. Penghakiman adalah warna hitam dan putih sama seperti baju uniform peguam ke mahkamah. Tiada hijau, tiada oren, tiada biru, tiada merah. Noktah! Sebab itu bagi peguam litigasi mereka harus belajar cara menangani emosi diri dan emosi klien. Peguam yang gagal menangani emosi diri akan mengalami saat depresi. Ada peguam yang berhari-hari menj

PEGUAM MENIPU

PEGUAM MENIPU Antara aduan yang sering kita dengar adalah wujudnya peguam yang menipu. Penipuan yang berlaku ini sering kali yang melibatkan wang atau melibatkan culas membuat kerja. Penipuan melibatkan wang lazimnya berlaku apabila peguam itu menjadi stakeholder (pemegang taruh) bagi kliennya. Dalam perjanjian jual beli, fungsi peguam adalah untuk menguruskan perjanjian jual beli sehinggalah nama pembeli berjaya didaftarkan sebagai pemilik untuk sesuatu hartanah. Proses perjanjian jual beli akan bermula dengan menandatangani perjanjian jual beli antara penjual dan pembeli. Penjual mungkin mengupah ejen hartanah untuk menjual hartanahnya. Ejen hartanah itu kemudiannya akan mencari pembeli. Sebaik sahaja pembeli bersetuju maka ejen hartanah akan meminta pembeli menandatangani satu surat yang dikenali sebagai ‘Offer To Purchase’ (Surat Tawaran Membeli). Surat ini akan mengandungi butiran ringkas mengenai hartanah yang dibeli dan tempoh untuk menandatangani perjanjian jual beli. Lazimnya,

PEGUAM PUTAR BELIT

PEGUAM PUTAR BELIT Antara sangkaan ramai adalah bahawa peguam ini pandai putar belit. Peguam pandai bermain kata-kata sehingga yang benar jadi salah yang salah jadi benar. Ada yang kata jadi peguam itu tidak salah tetapi yang salahnya apabila dia memutar belit. Ada yang kata peguam ini bekerjasama dengan penjenayah-penjenayah sehingga menyebabkan tertuduh yang 99% diketahui melakukan kesalahan dilepaskan daripada pertuduhan. Justeru, ramai peguam yang dipandang serong dan ramai peguam yang dianggap sebagai tali barut penjenayah. Anehnya, pihak lawan peguam seperti polis dan pendakwaraya pula dianggap suci dan tidak bersalah serta dianggap sebagai penegak kebenaran. Padahal mereka pun dalam bidang yang sama.  Ada yang menyarankan supaya peguam itu mengkaji sesuatu kes dan jika selepas itu mendapati klien itu bersalah maka janganlah mewakili orang itu. Biarkan tertuduh itu dibelasah sehingga terkulai dan dipenjarakan semaksima mungkin. Ini pun pelik juga sebab tugas peguam bukan untuk te