Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2020

PELABURAN PEGUAM SUPERSKIL

PELABURAN PEGUAM SUPERSKIL Jika anda menjadi peguam pasti anda akan tertanya-tanya apakah yang akan menjamin kehidupan peguam sekiranya beliau dapat hidup panjang ke usia senja. Mungkinkah jika beliau berumur 80 tahun beliau masih mampu untuk menampung kehidupan sendiri tanpa bergantung harap kepada orang lain. Cuba bayangkan apakah yang seorang peguam lakukan jika dia mampu hidup panjang seperti Tun Mahathir yang masih hidup aktif pada usia 95 tahun. Dalam usia 90-an Tun Mahathir bukan sahaja mampu menjadi Perdana Menteri kali kedua bahkan mampu untuk menubuhkan 2 parti baharu iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang). Dalam usia 90-an, adakah kita masih mampu menyara hidup sendiri dalam keadaan kita sebagai peguam tidak mempunyai sebarang pencen? Jika seseorang itu bekerja kerajaan maka kehidupannya pada waktu akan datang tidak menjadi isu kerana setiap bulan pasti akan mendapat pencen. Malah, kadang-kala kehidupan bekerja seseorang penjawat

TUGAS FIDUSIARI PEGUAM

TUGAS FIDUSIARI PEGUAM Perkataan fidusiari ini agak asing dalam bahasa Melayu. Barangkali jika tidak menjadi peguam saya tidak akan ketemu dengan istilah ini. Namun, sebenarnya istilah fidusiari ini adalah istilah biasa yang kita amalkan dalam kehidupan seharian kerana ianya membabitkan isu amanah dan integriti. Malahan kalau kita lihat kamus PRPM DBP pun tidak mendefinisikan maksud dan makna fidusiari ini. Dalam bahasa teknikal, fidusiari ini didefinisikan oleh wikipedia sebagai memberikan maksud bahawa seseorang itu memegang hubungan secara perundangan atau etika atas dasar kepercayaan dengan pihak yang lain kepada beliau sehinggakan hubungan ini menimbulkan hubungan amanah dan percaya (A fiduciary is a person who holds a legal or ethical relationship of trust with one or more other parties (person or group of persons). ... A fiduciary is someone who has undertaken to act for and on behalf of another in a particular matter in circumstances which give rise to a relationship of trust a

MEMILIH UNTUK MENJADI PEGUAM

MEMILIH MENJADI PEGUAM Semenjak kecil lagi ibu bapa sering kali berhasrat untuk anaknya menceburi tiga profesion yang terunggul iaitu doktor, peguam dan jurutera. Apakah dorongan yang menyebabkan ibu bapa mahukan anak-anak mereka menceburi ketiga-tiga profesion ini. Kemungkinan besar kerana bagi ibu bapa ketiga-ketiga profesion ini boleh menjamin masa depan anak-anak mereka dari segi kewangan. Ini tidak menghairankan kerana mereka sering kali berjumpa doktor, peguam dan jurutera yang kaya raya. Namun, ibu bapa itu sendiri tidak tahu betapa sukarnya kehidupan ketiga-tiga golongan ini pada masa kini berbanding dengan profesion lain. Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan ketiga-tiga profesion ini mempunyai masa depan yang gemilang. Tetapi takkala kita menyangka langit akan selalunya cerah tiba-tiba hujan turun mencurah-curah. Pada masa keadaan sebegitu berlaku maka kehidupan akan menjadi sukar. Mungkin saya tidak layak untuk bercakap berkaitan dengan profesion kedoktoran atau kejuruteraa

IKON HEBAT DUNIA PEGUAM: TAN SRI MD ARIFF YUSOF - SIRI 2

IKON HEBAT DUNIA PEGUAM: TAN SRI MD ARIFF YUSOF - SIRI 2 Apabila berlaku pilihan raya umum 2004, pembangkang telah mengalami kemerosotan kerusi yang ketara. PAS sebagai parti memerintah di Kelantan juga tidak terkecuali menerima tempias itu sehinggakan BN hampir menawan Kelantan semula daripada PAS. Namun, takdir Tuhan masih menyebelahi PAS yang memerintah dengan kelebihan dua kerusi sahaja.  Tanggal 31/10/2005, seorang adun PAS di Dun Pengkalan Pasir iaitu Wan Abdul Aziz Wan Jaafar telah meninggal dunia menyebabkan berlakunya satu pilihan raya kecil. Dalam PRK itu berlaku pertandingan 3 penjuru antara Hanafi Mamat (BN), Hanifa Ahmad (PAS) dan Ibrahim Ali (Bebas). PRK itu dimenangi oleh Hanafi Mamat dengan majoriti sebanyak 134 undi sahaja. Ini bermakna PAS memerintah Kelantan dengan kelebihan satu kerusi sahaja. Akhirnya, PAS Kelantan telah bermesyuarat dan membuat keputusan untuk menfailkan petisyen pilihan raya. Difahamkan individu yang banyak mempengaruhi PAS Kelantan untuk membuat