1.
Dalam
Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji Jilid 4 (2002) hlm. 691-694 menyatakan bahawa syarat
sah talak ada tiga iaitu:
a.
Akadnikah
telah sabit berlaku.
b.
Waras
serta sempurna akal. Talak kanak-kanak, orang gila dan orang yang tidur adalah
tidak sah.
c.
Mempunyai
kuasa memilih yang sempurna dan mencukupi. Talak yang dibuat secara paksa
adalah tidak sah. Paksaaan itu mestilah paksaan yang berlaku secara tidak
syarie atau disertai ugutan yang ditujukan terus kepada suami seperti ugutan
yang menyebabkan suami terdedah kepada mudarat yang besar seperti dibunuh,
dipotong anggota atau dipukul dengan pukulan yang menyakitkan.
2.
Di
dalam kes Hasanah binti Abdullah lwn
Ali bin Muda Jurnal Hukum Disember 1999 Jld XIII Bhg II, di hlm 161,
Yang Arif Hakim telah memetik kitab I’anat al-Talibin, Jilid 4 yang menyatakan
bahawa rukun talaq ada lima iaitu, suami, lafaz yang digunakan, diqasadkan talaq,
kepada siapa talaq itu ditujukan ataupun isteri, dan talaq itu dijatuhkan
dengan kekuasaan suami.
3. Rukun talaq yang pertama iaitu suami perlu dibuktikan samada melalui pengakuan atau melalui keterangan dalam surat perakuan nikah yang menunjukkan bahawa beliau adalah suami kepada si isteri.
4. Rukun talaq yang kedua iaitu lafaz yang digunakan. Di dalam perbahasan hukum Syarak, ada ditimbulkan persoalan samada
lafaz itu dibuat secara jelas (soreh) atau secara sindiran (kinayah). Seumpama lafaz “I cerai you lah” itu adalah lafaz soreh.
5.
Di
dalam kitab Kifayatul Akhyar, Jilid 2 (1993), di hlm 176 menyatakan bahawa:
[Adapun soreh itu ada tiga lafaz: iaitu talaq (talak),
firaaq (cerai) dan saraah (lepas). Dan talak dengan yang soreh tidak lagi
memerlukan niat}.
Adapun talak itu menjadi soreh kerana memang lafaz itu
telah berulang-ulang dalam Al-Quran dan mengenai ertinya pula sudah dikenal
orang, iaitu niat melepaskan ikatan nikah pada masa jahiliah mahupun pada masa
Islam dan sebahagian besar manusia telah menerapkannya dalam kehidupan mereka
dan tak seorang pun berbeza faham.
6. Lafaz yang
soreh dan jelas dan tidak memerlukan niat untuk menjadikan lafaz ini efektif.
7.
Mengenai
rukun talaq ketiga, niat atau qasad adalah tidak menjadi isu jika lafaz yang
dilafazkan adalah lafaz yang soreh. Namun, jika ianya lafaz kinayah maka ianya memerlukan kepada niat. Niat dapat diketahui daripada pengakuan suami atau melalui bukti sokongan seperti tulisan di dalam sesuatu surat.
8.
Mengenai
rukun talaq keempat, iaitu kepada siapa lafaz dibuat atau isteri. Jika lafaz itu dibuat di hadapan isteri maka tiada ragu lagi bahawa lafaz itu ditujukan kepada isteri. Namun, kesulitan akan timbul jika suami mempunyai ramai isteri, maka suami perlu memberitahu Mahkamah kepada isteri manakah ditujukan lafaz talak tersebut.
9. Berkaitan
rukun talaq kelima, iaitu talaq dijatuhkan dengan kekuasaan suami. Jika suami dipaksa untuk melafazkan talak maka talak tersebut tidak jatuh. Soalnya, bagaimanakah yang dimaksudkan suami dipaksa?
10. Dalam Kifayatul Akhyar, Jilid 2 (1993), hlm
213, ada dijelaskan bahawa paksaan itu ialah apabila orang yang memaksa itu
berkuasa dan sanggup melaksanakan apa yang diancamkannya kepada orang yang
dipaksa. Kesanggupan itu dapat diukur dalam bentuk kekuasaan, atau dapat
mengalahkan dengan pengaruh, ataupun menyerang dengan ganas. Dan orang yang
dipaksa memang dapat dikalahkan dan tidak sanggup mempertahankan diri dengan
melarikan diri atau melawan ataupun meminta pertolongan kepada orang lain. Juga
ia mesti mempunyai sangkaan kuat kalau ia menentang apa yang dipaksakan kepadanya
dia akan ditimpakan bahaya.
11. Di dalam Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji Jilid 4
(2002) seperti yang dinyatakan di atas suatu paksaan itu mestilah disertai
ugutan yang ditujukan terus kepada suami seperti ugutan yang menyebabkan suami
terdedah kepada mudarat yang besar seperti dibunuh, dipotong anggota atau
dipukul dengan pukulan yang menyakitkan.
12. Dalam kes yang mana suami sendiri mengakui bahawa
tiada paksaan atau ancaman bersenjata atau sekadar berlaku perdebatan atau perbalahan lisan sahaja, meskipun suami mengatakan dia dalam keadaan
tertekan namun dia akui dia masih waras dan boleh berfikir maka akan jatuh talak tersebut.
13. Oleh itu, jika cukup kelima-lima rukun talak ini maka telah sempurna di sisi hukum syarak talak itu dan lafaz yang dibuat oleh suami itu telah menjatuhkan talak ke atas isteri.
Isu
ketiadaan niat tentang jumlah talak
14. Berdasarkan kepada kitab Fathul Mu’in,
Jilid 3 (2005) hlm 155 yang menyatakan:
[Apabila suami mengatakan “Saya mentalakmu” dan meniatkan
adanya bilangan talak dua atau satu, maka talak jatuh seperti yang diniatkan,
sekalipun pada isteri yang belum pernah digauli. Dan jika tidak meniatkan
bilangan maka jatuh talak satu.]
Pensabitan Talak
15. Dalam kes Hasanah
binti Abdullah lwn Ali bin Muda Jurnal Hukum Disember 1999 Jld XIII Bhg II,
di hlm 164, Yang Arif Hakim telah memetik kitab I’anat al-Talibin juzuk ke 4
yang menyatakan: ‘Sesungguhnya talaq itu disabitkan dengan persaksian dua orang
lelaki yang adil lagi merdeka, sebagaimana pula ianya disabitkan dengan iqrar
adanya talaq.”
16. Oleh itu, jika si isteri mahu menfailkan kes pengesahan lafaz talak, hendaklah dipastikan samada suami itu akan mengakui lafaz tersebut telah dibuat atau mestilah ada 2 orang saksi lelaki yang mendengar lafaz tersebut dibuat baharulah Mahkamah akan mensabitkan perceraian itu.
Wallahualam
Comments
Sy nak minta pandangan tentang talak..
Sy isteri kedua dari suami sy sebelum nie..
Isteri pertama mengugut jika suami sy tak cerailan sy maka dia akn bunuh anak mereka.. masa tu anak ada di pangkuan isteri pertama.. dan dia juga ugut untuk merosakan kerjaya suami jika dia tak ceraikan sy..
Maka isteri pertama memaksa suami sebut apa yg di tulis nya dan suruh suami sy bercakap dengan sy melalui panggilan hp..
Sy nak fau.. sama ada talak itu jatuh sah atau tidak.. sebab di nyatakan kalau memudaratkan suami.. tapi kalau memudaratkan org lain dan suami cuba untuk trnangkan emosi isteri dan nak selamatkn anak mereka.. suami akur dan lafazkan cerai 3 kat sy..
Mohon jawabpan nya.. sekarang kami tak tahu sama ada kami masih sah suami isteri atau tak..