Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Memandang Manusia Daripada Sudut Hak Asasi Dan Taqwa

Sewaktu menikmati sarapan pagi di sebuah hotel, saya melihat dua wajah yang kontras. Saya melihat satu wajah ceria penuh senyuman daripada pelayan hotel yang bertugas mengangkat pinggan mangkuk dan satu wajah yang kusam tanpa keceriaan daripada penghuni hotel. Sebenarnya wajah pelanggan hotel itu pelbagai. Ramai pelanggan hotel datang bercuti bersama ahli keluarganya. Mereka datang bersarapan dengan ahli keluarga tetapi sangat kurang wajah yang ceria menampakkan senyuman. Ada yang begitu sibuk mencuba pelbagai menu sarapan sehingga lupa untuk menikmatinya. Mungkin mereka jarang ketemu dengan hidangan yang terlampau banyak dan pelbagai. Ada yang dihidangi senyuman oleh pelayan tetapi membalasnya dengan wajah yang kusam. Ya, kita akui bahawa pelayan itu barangkali sudah dilatih oleh majikannya untuk sentiasa senyum dan sentiasa berhemah apabila melayan pelanggan. Tidak hairanlah, bukan sedikit pengunjung kopihaus yang terpikat dengan pelayannya. Aneh bukan! Bagaimana seorang y

Menterjemah Elemen Rahman dan Raheem Dalam Kepeguaman

Dalam satu kes yang dibawa, saya telah mewakili seorang suami yang sudah menjadi orang kurang upaya dek sakit jantung dan gout yang dialami. Segala sendi dan badannya telah menjadi lemah dan bengkak sehingga beliau sudah tidak mampu berjalan. Beliau hanya berkerusi roda dan terpaksa ditolak oleh anaknya. Apabila beliau sampai ke Mahkamah (di sebuah daerah di Selangor) saya melihat kesukaran yang dialaminya untuk menuju ke kaunter pendaftaran. Saya agak ralat dengan binaan Mahkamah di dalam daerah di Negeri Selangor kerana reka bentuknya yang nampak canggih tetapi tidak mesra pengguna terutama warga OKU. Untuk naik ke pejabat Mahkamah di lantai bawah sudah ada tiga anak tangga yang perlu didaki. Bagi seorang yang mampu berjalan hal sedemikian tidak menjadi suatu yang sukar. Tetapi bagi OKU yang berkerusi roda beliau terpaksa diusung kerana tiada dibina laluan khas untuk OKU itu menolak kerusi roda. Mengangkat seorang OKU berkerusi roda bukanlah suatu kerja yang mudah dan memerlukan

Memilih Peguam Anda

Saya tahu ramai orang di Malaysia ini tidak pernah berjumpa peguam sepanjang hayat mereka. Semenjak lahir sehingga mati tidak pernah sekali pun mereka berjumpa peguam. Buat apa berjumpa peguam kalau tidak ada sebarang urusan. Sebab itu hidup sebagai peguam lebih sukar berbanding dengan doktor. Saya pasti setiap orang pernah berjumpa doktor sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Ada orang yang setiap bulan berjumpa doktor. Ada orang kalau ditimpa flu ringan pun akan bergegas berjumpa doktor bagi mengambil ubat seperti panadol atau claritine. Orang tidak akan berjumpa peguam kalau tidak ada masalah. Tetapi jika orang itu bertemu masalah yang berhajatkan peguam pasti dia tidak boleh tidur malam selagi tidak berjumpa peguam. Suatu ketika dahulu, ada seorang isteri yang menghubungi saya setiap hari untuk mengadu hal suaminya yang ditahan di bawah SOSMA. Saya faham keadaanya yang buntu kerana tidak faham kenapa suaminya ditahan di bawah SOSMA sedangkan padanya kesalahan yang dilaporkan it

RUU 355: Akhirnya "Cek Kosong" Akan Terisi

Semalam (22 November 2016), Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri bersama-sama dengan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri iaitu menteri yang bertanggungjawab berkaitan hal ehwal Islam telah memanggil kesemua Ahli Parlimen Islam untuk menghadiri satu taklimat khas berkaitan pindaan terhadap Akta 355. Sebelum itu, YB Ahli Parlimen Marang telah mengusulkan pindaan kepada Akta 355 yang lebih popular dengan istilah RUU 355 pada 26 Mei 2016. Usul YB Ahli Parlimen Marang itu telah menimbulkan polemik dan kontroversi yang besar kepada umat Islam di negara ini. Sebaik sahaja usul tersebut dibaca, YB Ahli Parlimen Marang menyatakan akan menghuraikan usul tersebut pada sesi Parlimen yang akan datang yang bermula pada 17 Oktober 2016 sehingga 24 November 2016. Berduyun-duyun penyokong YB Ahli Parlimen Marang turun ke Parlimen pada tarikh tersebut untuk memberikan sokongan dan akhirnya kesemuanya balik dalam kehampaan kerana usul tersebut tidak

Hak Asasi Manusia: Salah Faham Konsep Dan Pemahaman

Dewasa ini perkataan “Kebebasan Asasi” atau “Hak Asasi Manusia” menjadi suatu tema yang sangat popular. Saya mula menekuni bidang hak asasi ini selepas tamat ijazah kedua (LL.B (Shariah)) pada tahun 1998. Pada waktu itu, saya bertemu dengan seorang peguam senior iaitu Tuan Hj Syed Ibrahim. Beliau mengatakan bahawa abad ini adalah abad hak asasi setelah manusia mula melepasi revolusi industri. Sesiapa yang ingin menerokai masa hadapan perlu menekuni bidang hak asasi. Pada masa itu, beliau adalah bekas pimpinan sebuah parti politik Islam. Beliau menyarankan supaya parti itu mula mengambil perhatian terhadap arus hak asasi manusia dan menggunakan pentas hak asasi bagi kebaikan umat. Walau bagaimanapun, saranan beliau itu tidak begitu diambil perhatian sehinggalah unit guaman parti berkenaan menjenamakan diri sebagai unit guaman dan hak asasi manusia. Sayang sekali, perkara itu terhenti setakat isu perundangan sahaja dan gagal digarap oleh pihak berautoriti agama di dalam parti untuk me