Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2017

Menulis Surat Hutang

Sewaktu seorang pensyarah undang-undang mengadu bahawa rakannya tidak menjelaskan hutangnya, langsung terlintas di fikiran saya sama ada beliau ada menulis surat hutang. Malang sekali, lintasan fikiran saya itu menjadi kenyataan apabila beliau mengakui bahawa tidak ada surat hutang ditulis. Kami berbual panjang berkaitan hal itu. Katanya, “Ana ada bagi pinjam kat kawan RM80,000. Sampai sekarang dia tak bayar lagi.” Saya sedikit terpegun dan terkeluar daripada mulut menyapanya, “Banyak juga wang anta. Kaya betul anta bagi duit sebanyak itu tanpa sebarang rekod”. Katanya lagi, “Kebetulan pada masa itu ana baru dapat duit lepas jual rumah. Malam itu dia mengadu bisnes dia down. Dia minta tolong kawan-kawan. Ana pula jenis mudah kesiankan orang. Dia lama tak contact ana. Jadi kita pun berbual mesra. Terus kita pulak terkena.” Sambil memandang wajahnya yang naif memahami watak manusia, saya bertanya, “Dia cakap macam mana?”. Sambungnya, “Sebenarnya dia tak cakap pun. Dok main ikut sms

Memberi Hutang

Beberapa minggu lepas ada klien yang datang berjumpa berkaitan cadangannya untuk memberi hutang kepada seorang kenalannya. Beliau agak gusar untuk memberikan wang itu sebab jumlahnya yang besar dan takut ditipu. Berikut adalah intisari perbualan antara klien dan peguam. Klien: “Ada kawan saya nak pinjam duit. Katanya untuk modal berniaga sebab dia tak sempat nak rolling modal. Saya tengok dia ada banyak projek yang dia dapat daripada kerajaan. Tapi saya takut nak bagi sebab dia minta pinjam lebih RM100 ribu. Bagaimana saya nak buat dalam hal ini tuan?” Peguam: “Adakah kawan kamu ada beritahu bilakah dia ingin membayarnya semula?” Klien: “Dia kata nak bayar dalam tempoh sebulan. Dia pun ada janji nak bagi imbuhan sikit hasil keuntungan projek dia itu. Dia kata ada satu projek yang hampir siap dan sedang tunggu gomen bayar. Jadi saya cadang nak buat perjanjian supaya kalau dia mungkir bayar saya adalah hitam putihnya.” Peguam: “Kalau dia tak bayar bagaimana? Kadang-kala kalau ada p

Boikot McDonalds : Perspektif Undang-Undang

Beberapa hari lepas Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, operator francais McDonald telah membuat laporan polis bagi menangkis seruan untuk memboikot restoran McDonald melalui media sosial. Mereka juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan syarikat tersebut tuduhan bahawa McDonalds Malaysia menyokong Israel adalah palsu dan fitnah. Katanya juga bahawa sumbangan McDonald di Amerika Syarikat melalui Jewish United Fund (JUF) adalah dibuat melalui suatu program “Matching Gift” yang dibuat pada tahun 2014 yang membenarkan syarikat untuk memadankan (matching) niat sumbangan pekerja-pekerjanya itu dengan penerima sumbangan. Sebanyak 2000 derma telah dibuat di bawah program itu dan hanya 3 derma daripada pekerjanya yang padan dengan JUF. Ada juga derma lain yang padan dengan badan-badan kebajikan Muslim. Laman web McDonald United Kingdom juga menafikan ada membuat apa-apa sumbangan kepada JUF atau apa-apa badan p

Nasib Usul Persendirian RUU 355 Di Masa Hadapan

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ketiga Belas (2017) telah berakhir pada 30 November 2017 setelah memulakan persidangan pada 23 Oktober 2017. Persidangan kali ini pada umumnya hanya menumpukan kepada bajet 2018. Meskipun begitu, beberapa rang undang-undang telah diluluskan. Ramai orang ternanti-nanti sama ada RUU 355 Ahli Parlimen Marang akan turut dibahaskan setelah ditangguhkan pada hari terakhir sidang yang lepas pada 6 April 2017. Pada hari tersebut rata-ratanya ahli parlimen kesemuanya telah bersedia untuk berbahas namun malang sekali sidang itu telah ditangguhkan oleh Speaker. Pada 6 April 2017 itu, Ahli Parlimen Penampang, Tuan Ignatius Dorell Leiking yang mula-mula bertanya sama ada mereka mempunyai peluang untuk berbahas. Selepas itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Tuan Khalid Abd Samad juga bangkit bertanyakan hal yang sama, dicelah dengan gangguan oleh Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim dan Ahli Parlimen Setiu, Tuan Che Mohamad Zulkifl