Skip to main content

Nasib Usul Persendirian RUU 355 Di Masa Hadapan


Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ketiga Belas (2017) telah berakhir pada 30 November 2017 setelah memulakan persidangan pada 23 Oktober 2017. Persidangan kali ini pada umumnya hanya menumpukan kepada bajet 2018. Meskipun begitu, beberapa rang undang-undang telah diluluskan. Ramai orang ternanti-nanti sama ada RUU 355 Ahli Parlimen Marang akan turut dibahaskan setelah ditangguhkan pada hari terakhir sidang yang lepas pada 6 April 2017. Pada hari tersebut rata-ratanya ahli parlimen kesemuanya telah bersedia untuk berbahas namun malang sekali sidang itu telah ditangguhkan oleh Speaker.


Pada 6 April 2017 itu, Ahli Parlimen Penampang, Tuan Ignatius Dorell Leiking yang mula-mula bertanya sama ada mereka mempunyai peluang untuk berbahas. Selepas itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Tuan Khalid Abd Samad juga bangkit bertanyakan hal yang sama, dicelah dengan gangguan oleh Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim dan Ahli Parlimen Setiu, Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh.

Speaker pula seolah-olah telah memberikan indikasi bahawa beliau akan memberikan peluang berbahas pada hari itu kepada ahli parlimen lain. Berikut adalah apa yang tercatat dalam hansard.

Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Tuan Yang di-Pertua, boleh minta celahan sikit? Yang Berhormat Kota Bharu, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, adakah had perbahasan Yang Berhormat Kota Bharu ini supaya kita ada peluang untuk berbahas nanti? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat itu bertanya kepada Speaker, Yang Berhormat Kota Bharu. Jadi bermakna bukan pencelahan, penjelasan itu daripada Speaker. Kalau saya tetapkan pada kebiasaannya saya daripada mula tetapkan. Kalau dalam perbahasan selepas itu saya kata, ”Okey, sekarang kita tetapkan”. Saya akan tetapkan. Sila teruskan.

Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Terima kasih Tuan Yang diPertua. Terima kasih...

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tuan Yang di-Pertua, jawapan Tuan Yang di-Pertua itu saya tak berapa faham. Minta maaf. [Dewan riuh] Adakah kami akan diberi peluang untuk turut membahas ataupun adakah hari ini hari PAS? Kita isytiharkan hari ini hari PAS, PAS bawa usul daripada pagi sampai...

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Hari (ini) PAN tak ada.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ataupun adakah kami— adakah PAS, maaf. PAS dan UMNO, hari PAS dengan UMNO. Ataupun adakah kami...

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Hei! PAN pergi tidurlah.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Adakah kami akan diberi peluang Tuan Yang di-Pertua? Pasal kami...

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: PAN dengan DAP.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, tolong Ahli Yang Berhormat, yang bersuara kita tidak nampak siapa yang bercakap itu. Tolong.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ya, ya. Pasal kami dah bersedia.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, saya faham Yang Berhormat. Yang Berhormat, dalam apa-apa perbahasan, kita harus mendengar peraturan mesyuarat. Sekarang ini saya sedang mendengar dengan teliti hujah daripada Yang Berhormat Kota Bharu menyokong usul Yang Berhormat Marang. Jadi kalau sudah sampai masa dia untuk saya kemukakan masalah untuk dibahas dan diputuskan, pada ketika itu baru saya menjemput, “Sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat untuk berbahas”.

■1530

Belum sampai pun ke situ Yang Berhormat. [Dewan riuh] Yang menjadi...

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Nanti dulu, nanti dulu.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Baik, terima kasih Tuan Yang diPertua, terima kasih atas penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua: Nanti dulu Yang Berhormat. Apa yang menjadi masalah kepada saya, Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri tidak konsisten dengan pendapat masing-masing. Kadang-kadang kalau saya bagi berucap panjang lebar, juga ditanya seperti begitu. Kalau saya hadkan masa kepada lima minit, mengompelin bahawa tidak cukup masa. Tolong. Sila.


Meskipun begitu, di akhir ucapan Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato’ Takiyuddin bin Hassan,  Speaker menyatakan bahawa beliau pada hari itu tidak dikekang dengan peraturan yang biasa sebagaimana lazimnya untuk mendengar urusan kerajaan. Pada hari berkenaan beliau mempunyai kuasa penuh untuk mengatur urusan mesyuarat Parlimen. Kata Speaker,

Tuan Yang di-Pertua:  … Jadi sehubungan dengan itu, saya ingin kongsi satu kata-kata hikmat oleh seorang pemimpin politik bukan di mana-mana di Sabah. Di Sabah ini kalau fikiran politik ini kami selalu dianggap bahawa we are below par compare dengan kami punya teman-teman di Semenanjung ataupun di Sarawak. Akan tetapi kata-kata hikmat ini terpahat di fikiran saya sampai sekarang iaitu dia kata tidak sebut namalah siapa pemimpin ini, ‘if you are in power you are powerful, if you don’t use your power your bloody fool’.

Jadi sehubungan dengan kata-kata hikmat ini, hari ini saya very powerful fasal apa saya tidak dikekang oleh Peraturan Mesyuarat 15. Saya bebas untuk mengatur urusan Mesyuarat. Jadi biasanya apabila sesuatu usul itu dibaca dan disokong sama ada, ada hujah daripada sokongan itu atau tidak, Tuan Yang di-Pertua mesti kemukakan kepada Majlis masalah itu untuk di bincang, dibahas dan diputuskan.

Pada hari ini I don’t want to be a bloody fool. Saya mahu gunakan kuasa saya bukan ada kekangan daripada Peraturan Mesyuarat 15, maka saya telah membuat ketetapan untuk perbahasan selanjutnya ataupun masalah ini dikemukakan kepada Majlis dan dibahas dan diputuskan pada sesi yang akan datang, atas sebab itu. [Dewan riuh] Atas sebab itu, saya mohon seorang Menteri untuk baca Peraturan Mesyuarat 12(1) supaya Dewan ini dapat ditangguhkan.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua beri peluang... [Tidak jelas]

Akhirnya pada 6/4/2017 itu, usul RUU 355 itu tidak dibahaskan dan ditangguhkan. Sekali lagi, menjelang sidang yang berlangsung pada 24 Julai 2017 sehingga 10 Ogos 2017, ramai orang khasnya penyokong YB Ahli Parlimen Marang sangat berharap usul RUU 355 akan dibahaskan. Sekali lagi hasrat penyokong YB Ahli Parlimen Marang itu dihampakan kerana usul RUU 355 tetap tidak dibahaskan kerana dikatakan YB Ahli Parlimen Marang dalam keadaan uzur disebabkan menjalani pembedahan jantung.

Maka, menjelang sidang parlimen yang bermula pada 23 Oktober 2017, beberapa pimpinan PAS telah memberikan komentar berkaitan peluang perbahasan dalam sidang parlimen kali ini. Anehnya, Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed sendiri sebelum sidang parlimen bermula telah mengagakkan bahawa usul RUU 355 tidak akan dapat dibentangkan. Beliau berpendapat adalah lebih baik untuk pembentangan usul RUU 355 pada sidang Dewan Rakyat, Oktober ini, ditangguhkan dahulu kerana kesukaran mendapat sokongan ahli parlimen. Nampaknya pada masa itu pun Ketua Dewan Ulama PAS sendiri tidak yakin PAS akan mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Menurut satu petikan klip video rakaman ketika ditanya sama ada Ahli Parlimen Marang akan hadir sidang parlimen dan meneruskan usul RUU 355, Datuk Dr Mahfodz berkata,  

“Insya Allah Tuan Guru (Dato’ Seri Abdul Hadi Awang) akan hadir (ke sidang parlimen yang bermula pada 23/10/2017). Tentang pembentangan itu kita yang penting kalau bentang itu kita kalau boleh nak menang. Kita buat calculationlah kalau agak agak belum boleh lagi, UMNO sendiri pun tak sokong sepenuhnya, dengan orang Melayu dalam parlimen tak sokong sepenuhnya. Mudah-mudahan lepas pilihan raya nanti kita banyak kerusi menang barulah boleh bawa Insya Allah…”

Namun, suatu kenyataan berbeza telah dikeluarkan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki pada 17/10/2017 yang menyatakan, “Perbahasan tentang RUU 355 ini berkemungkinan besar akan diteruskan pada sesi Parlimen kali ini yang akan bermula Oktober, terutamanya selepas urusan Bajet 2018 selesai.”  

Beliau juga menyifatkan, “kenyataan yang dibuat oleh Dato Dr Mahfodz tersebut adalah berdasarkan jangkaan PAS, bahawa paling awal kemungkinan parlimen dibubar adalah pada November 2017, sebaik sahaja selepas Bajet 2017 dibentangkan. Jika jangkaan pembubaran parlimen itu benar-benar berlaku pada November, sememangnya agenda berkaitan pindaan Akta 355 ini oleh PAS ini perlu bawa selepas PRU14.” [harakahdaily: 17/10/2017].

Harapan supaya usul RUU 355 dapat diteruskan dengan perbahasan dalam sidang parlimen 23 Oktober 2017 itu juga turut disuarakan oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato’ Takiyuddin Hassan.

Setelah berakhir sidang kali ini, nampaknya hasrat Pusat Penyelidikan PAS, Exco Kelantan dan Ahli Parlimen Kota Bharu itu tidak menjadi kenyataan. Malah, apa yang dikatakan oleh Ketua Dewan Ulama PAS itu yang sebenarnya berlaku. Ketua Dewan Ulama PAS itu berkata benar apabila menurut perkiraannya PAS belum berjaya mendapat sokongan majoriti ahli parlimen untuk menyokong usul RUU 355 itu. Ahli Parlimen Kota Bharu itu sendiri tidak berkata apa-apa setelah Speaker menangguhkan sidang Parlimen pada 30 November 2017 yang lepas.

Jadi, apa yang dikatakan oleh Pusat Penyelidikan PAS dan Exco Kelantan itu hanyalah sekadar penyedap hati supaya orang ramai tidak terus mempersoalkan tindakan PAS yang sembrono cuba menjadi jaguh RUU 355. Tidak mungkin Pengarah Pusat Penyelidikan PAS tidak tahu bahawa sesuatu usul persendirian perlu dihabiskan dalam sesi parlimen ini dan tidak boleh dibawa selepas PRU 14. Jika ingin dibawakan semula sekalipun ianya akan menjadi usul persendirian yang baharu dengan pembentangan yang baharu. Hanya masa yang dapat menentukan sama ada Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih lagi menjadi Ahli Parlimen Marang selepas PRU 14 untuk membawa usul itu semula.

Pasca sidang parlimen yang berakhir pada 30 November 2017, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah dilaporkan berkata bahawa “Tanggungjawab itu kini digalas parti Umno dan Speaker Dewan Rakyat ibarat seperti bermain bola sepak yang mana PAS sudah melakukan hantaran, kini bola di kaki Umno untuk menjaringkan gol.”

Apakah maksud sebenar Timbalan Menteri Besar itu masih belum dapat dipastikan. Adakah dimaksudkannya bahawa YB Ahli Parlimen Marang sendiri sudah berputus asa dengan usul RUU 355 ini dan menyerahkannya kepada kerajaan? Jika ini yang dimaksudkannya maka tindakan YB Ahli Parlimen Marang mengemukakan usul persendirian semenjak 2015 hanyalah tindakan politik separa masak dan tidak mencerminkan maksud hadis Nabi SAW bahawa “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”- (Riwayat Al-Baihaqi).

Ketekunan di sini bermaksud membuat pekerjaan daripada mula sehingga selesai. Apa yang berlaku sekarang ini sepatutnya YB Ahli Parlimen Marang mengusahakan supaya sekurang-kurangnya usulnya itu lulus dan diangkat menjadi Bacaan Pertama dan bukannya hanya setakat membaca usulnya di Parlimen dengan disokong oleh YB Ahli Parlimen Kota Bharu dan kemudiannya menyerahkan kepada kerajaan tanpa terlebih dahulu ianya dibahaskan dan diundi. Jika ianya diluluskan dan diangkat sebagai Bacaan Pertama baharulah ianya menjadi urusan kerajaan untuk memperhalusinya sebelum membawanya semula sebagai Bacaan Kedua.

Dalam perkembangan lain, pada 4 Ogos 2017 kabinet telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah (JKMMS) yang bertujuan untuk meningkatkan dan memartabatkan sistem perundangan Syariah secara holistik selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Induk Memperkasa Mahkamah Syariah pula telah diadakan pada 13 Oktober 2017 di Kompleks Islam Putrajaya yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Prof. Dr Mohd Yusof Noor, Presiden Universiti Islam Malaysia. Susulan itu, beberapa kluster telah diwujudkan iaitu:

    1. Kluster Pengharmonian antara Undang-Undang Sivil dan Undang-Undang Syariah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Engku Rabiah Adawiah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia;
    2. Perbincangan : Mencari jalan penyelesaian kepada konflik antara Undang-Undang Sivil dan Undang-Undang Syariah ke arah pengharmonian kedua undang-undang berkenaan.
    3. Kluster Cadangan Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Shamrahayu binti Ab. Aziz, Pensyarah, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia;
    4. Perbincangan : Mengenal pasti permasalahan yang berbangkit berhubung dengan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355] dan undang-undang lain yang berkaitan dan seterusnya mencadangkan apa-apa jalan penyelesaian ke arah menyelesaikan permasalahan tersebut.
    5. Kluster Pengurusan dan Penstrukturan Mahkamah Syariah dipengerusikan oleh Y.A. Prof. Adjung Dato' Dr. Hj Mohd Naim bin Hj Mokhtar, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah;
    6. Perbincangan : Sistem pengurusan dan penstrukturan Mahkamah Syariah yang lebih mantap, dinamik dan memenuhi kehendak serta keperluan semasa;
    7. Kluster Latihan Hakim dan Pegawai Syariah dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Mohamad Shakir bin Abdul Hamid, Ketua Pendaftar, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia;
    8. Perbincangan : Latihan Hakim dan Pegawai Syariah yang bersistematik ke arah melahirkan Hakim dan Pegawai Syariah yang berpengetahuan tinggi, syakhsiah yang mantap dan tegas dalam melaksanakan tugasnya;
    9. Kluster Pendidikan Undang-undang Syariah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Bin Nik Mahmood, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; dan
    10. Perbincangan : Sistem pendidikan undang-undang Syariah yang mantap untuk melahirkan hakim-hakim Syariah, pendakwa-pendakwa Syarie, penguatkuasa-penguatkuasa Syarie, peguam-peguam Syarie dan pentadbir-pentadbir perundangan Islam yang berilmu tinggi dan berdaya saing; dan
    11. Kluster Hal-ehwal berkaitan Peguam Syari’e dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Musa bin Awang, Presiden Persatuan Peguam Syarie.
    12. Perbincangan : Penambahbaikan semua perkara yang berhubungan dengan hal ehwal peguam Syarie ke arah melahirkan peguam Syarie yang mahir dan profesional.
    13. Kluster Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah.
    14. Perbincangan: Penambahbaikan perkara-perkara yang berhubung dengan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah.

Justeru, adalah dipercayai bahawa usul RUU 355 ini tidak akan dibawa lagi ke Parlimen sehinggalah Kluster Cadangan Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Shamrahayu binti Ab. Aziz itu selesai membuat kertas cadangan yang akhirnya akan diluluskan oleh kabinet. Sehingga kini masih belum ada apa-apa pengumuman mengenai ahli jawatankuasa Kluster ini. Tidak diketahui juga sama ada wakil daripada Kerajaan Negeri Kelantan turut dijemput untuk menduduki sebagai jawatankuasa Kluster ini.

Namun, melihat kepada pendirian Prof. Madya Dr. Shamrahayu binti Ab. Aziz sebelum ini nampaknya cadangan untuk meluluskan usul RUU 355 melalui usul persendirian adalah tidak mungkin berlaku. Beliau sebelum ini tegas menyatakan bahawa usul persendirian Ahli Parlimen Marang itu telah lari daripada roadmap yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Jenayah Syariah Peringkat Kebangsaan. Pada pandangannya, RUU 355 sepatutnya dibentangkan oleh Menteri seperti kelaziman aturan mesyuarat kerajaan yang lain dan bukannya melalui usul persendirian ahli parlimen.

Justeru, nampaknya usul RUU 355 Ahli Parlimen Marang itu tidak akan dibahaskan langsung dan kemungkinan besar akan berkubur hanya di peringkat pengemukaan usul pada 6 April 2017 yang lepas.

Kesimpulannya, siapakah akhirnya yang akan menjadi ‘nyamuk dan agas kecil’ seperti mana yang disifatkan oleh YB Ahli Parlimen Marang ke atas penentang usul RUU 355 tajaannya pada malam Himpunan Ungu di Padang Merbok tempohari?

Comments

AMISHA said…
KABAR BAIK

Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 400 juta rupiah (Rp400.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut

Popular posts from this blog

Apa nak buat bila dah kena tangkap?

Jika seseorang defendan atau responden ditangkap ekoran waran tangkap yang dikeluarkan ke atas dirinya, maka biasanya defendan itu akan dibawa ke balai polis yang berdekatan. Setelah butirannnya diambil, lazimnya defendan akan dibebaskan dengan jaminan polis. Polis boleh melepaskan defendan itu dengan jaminan mulut oleh defendan sendiri atau polis boleh meminta supaya defendan mendapatkan seorang penjamin yang lain. Defendan dan penjamin perlu hadir ke Mahkamah Syariah yang ditetapkan pada hari sebutan. Jika defendan hadir, maka Mahkamah boleh melanjutkan jaminan yang diberikan ke atasnya dengan jaminan yang sama atau Mahkamah boleh meminta supaya didepositkan wang sebagai jaminan kehadirannya ke Mahkamah. Biasanya di Mahkamah Syariah, kadar jaminan wang antara RM1000 - RM2000. Menariknya, seorang peguam syarie boleh memberikan jaminan ke atas defendan itu, Namun, akta yang ada tidak jelas samada peguam syarie itu adalah peguamnya sendiri atau pun peguam yang lain. Ini kerana, jika

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua

Pengiraan Kadar Mutaah

1.  Bagi pasangan yang bercerai, menetapkan kadar mutaah yang sewajarnya adalah suatu kesulitan. Bagi isteri, pasti mahu mendapatkan jumlah yang besar setimpal dengan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap suami. Bagi suami, jumlah yang dituntut oleh isteri itu mungkin melampau dan tidak setara dengan tindakan yang dibuat oleh bekas isteri. Misalnya, dalam kes tuntutan mutaah pelakon Rita Rudaini lwn Aidil Zafuan Abdul Razak, yang mana plaintif telah mendapat penghakiman sejumlah RM30,000 berbanding tuntutan asalnya yang berjumlah RM300,000.   2.   S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak memperincikan kaedah menetapkan jumlah mutaah yang perlu dibayar. Ianya hanya menyebutkan, kadar mutaah itu ditetapkan atas suatu jumlah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut Sebagai tambahan kepada haknya untuk memohon nafkah, seseor