Skip to main content

Posts

Showing posts from 2008
Masalah Menjual Kereta Baru-baru ini saya menerima pertanyaan daripada seorang saudara baru. Beliau telah menjualkan kereta melalui sebuah syarikat menjual kereta terpakai. Menurutnya, syarikat tersebut telah berjanji untuk menyelesaikan segala bayaran tebus hutang dengan pihak bank. Namun, janji tetap tinggal janji sahaja. Syarikat tersebut telah menjualkan kereta tersebut kepada orang lain dan pembeli itu telah meneruskan ansuran bank tanpa nama saudara baru itu ditukar milik. Sebagaimana kelaziman, pembeli itu telah gagal menjelaskan bayaran ansuran bank dan bank menghantar notis kepada saudara baru itu. Saudara baru itu telah bersemuka dengan pemilik syarikat itu dan pemilik syarikat berjanji untuk melunaskan bayaran hutang bank. Akhirnya, kereta itu telah dirampas oleh bank dan dilelong. Setelah ditolak hasil lelongan, masih terdapat baki hutang kira-kira RM25 ribu. Syarikat tersebut masih gagal untuk menjelaskan bayaran baki hutang itu. Malah, telefon dan sms sudah tidak dilayan.
Semanis Kurma, 'Duitku Duitmu' Dalam rancangan TV9 sebentar tadi iaitu rancangan Semanis Kurma yang dihoskan oleh 2 selebriti agama terkenal dan pasangan suami isteri iaitu Ustaz Wan Akashah dan Ustazah Bahyah, dan 4 tetamu Ahmad Idham dan isterinya Amy dan Zulkfili Zain dan isteri telah membincangkan masalah suami isteri yang mana suami hidup dengan berharapkan pendapatan isteri. Terdapat beberapa pemanggil yang telah membuat panggilan semasa rancangan berlangsung dan mengadu hal suami mereka yang bacul kerana tidak menyediakan nafkah kepada isteri. Malah, ada yang mengadu suami mereka bukan setakat malas bekerja tetapi telah mencuri barang kemas isteri dan menjualkannya. Ada yang sudah tidak larat dan benci memandang muka suami. Ada yang telah 7 tahun tidak diberikan nafkah malah ada yang semenjak kahwin tidak pernah merasa duit suami. Kesemua ahli panel dan hos rancangan sepakat menyatakan keadaan tersebut tidak sepatutnya wujud sebab nafkah adalah tanggungjawab suami. Baru-
Membeli rumah pertama Sepanjang karier saya sebagai peguam, sudah lebih 1500 fail berkaitan hartanah telah diuruskan oleh saya (dengan bantuan staf - terima kasih). Sepanjang tempoh itu, pelbagai jenis rumah dan tanah telah saya lihat dan proseskan supaya pihak pembeli mendapat hakmilik hartanah itu. Daripada tanah yang harganya berbelas ribu hinggalah kepada tanah yang berharga RM100 juta. Setiap satu transaksi itu ada signifikannya. Saya rasa kasihan apabila ada pembeli yang telah membayar deposit tetapi akhirnya milikan rumah itu tidak menjadi miliknya sehingga akhir hayat. Kenapakah perkara itu terjadi? Jawabnya, kerana pembeli tersebut tidak meneliti betul-betul memahami transaksi yang dibuat. Tidak kurang juga yang malang, mendapat peguam cabuk, yang hanya mempunyai sijil dan kelayakan sebagai peguam tetapi tidak faham proses pindahmilik tanah. Akhirnya fail itu tersadai di pejabat dan pelanggan menunggu bak buah tak gugur. Baru-baru ini ada kawan lama saya datang ke pejabat untu
Peguam, Pensyarah, Pegawai Undang-Undang, PTD Saya percaya ramai di kalangan bakal graduan undang-undang masih tercari-cari hala tuju ke arah mana mereka akan tuju setelah bergelar siswazah. Bagi pelajar di peringkat menengah barangkali kerjaya sebagai seorang peguam menjadi impian di hati. Ikon seperti Karpal Singh, Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Dato' Wan Mutalib Embong, Allahyarham Aris Rizal Christopher Fernando, Hj Sulaiman Abdullah, Datuk Zaid Ibrahim (sekadar beberapa peguam ternama) menjadi idola mereka. Tidak dinafikan bahawa ikon yang disebutkan itu bukan sahaja terbilang di dunia perundangan tetapi berjaya mengumpul harta benda yang mewah di dunia ini. Tarikan utama dunia perundangan adalah duit. Ramai orang menyangka bahawa title sebagai peguam itu akan menjadikan seseorang itu kaya serta merta. Hakikatnya, menjadi seorang peguam pada masa sekarang adalah tidak sama seperti menjadi peguam 20 tahun yang lampau. Ikon yang disebutkan di atas sebenarnya telah berusaha seme
Ramadan Kareem , Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita sama-sama menambahkan takwa dan iman. Bulan ini adalah bulan muhasabah diri dan bulan menambahkan amal. Janji Allah taala adalah bahawa hambanya yang beramal akan dilipatgandakan pahala dan kebajikan. Amalan istighfar, solat sunat, tilawatul quran dan bersedekah adalah amalan utama yang perlu dilakukan oleh setiap insan. Perbanyakkan solat malam dan doa kepada Allah supaya melimpahkan kebaikan dunia dan akhirat. Pesan tok guru adalah supaya janganlah kita meminta doa untuk senang dan kaya di dunia, malah yang terlebih utama adalah kebaikan dan kesenangan di akhirat. Oleh itu, saya menyeru kepada tuan dan puan supaya menambahkan amal kebajikan. Ramai juga di kalangan klien saya mempunyai masalah rumah tangga. Pada bulan inilah kalian harus memperbanyakkan solat dan doa dan memohon petunjuk daripada Allah terhadap kes-kes yang dihadapi oleh kalian. Allah telah menjadikan Adam dan Hawa sebagai teman. Jika terdapat perteli
Salam. Kepada semua pengunjung blog ini saya ucapkan salam perkenalan. Semoga semua pengunjung berada dalam keadaan sihat sejahtera di bawah naungan Allah S.W.T. Sebagai posting yang pertama saya mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana limpahan kurnianya saya telah berjaya mengatasi kesibukan selama ini untuk mencuba dalam arena penulisan. Sebenarnya, nawaitu untuk menulis ini telah lama wujud namun kesibukan bekerja ditambah lagi dengan kesibukan menyiapkan tesis PhD telah menggendalakan rancangan yang ada. Alhamdulillah, pada hari Rabu bersamaan 20/8/2008 saya telah berjaya menyiapkan tesis tersebut dan menghantar kepada penyelia tesis untuk semakan dan kelulusan. Sekiranya tiada aral, insya-Allah boleh dihantar kepada Unit Pasca Ijazah dan ditetapkan hari untuk viva tesis tersebut. Insya-Allah Taala, blog ini akan membahaskan berkaitan perundangan memandangkan saya telah berkecimpung sekian lama dalam subjek perundangan. Seingat saya, saya mula mengenali dunia perundangan ini p