Skip to main content

Waran tangkap, apa faedahnya?

Apakah faedah mendapatkan waran tangkap dalam tuntutan berkaitan mal? Jika dalam kes jenayah, waran tangkap biasa dikeluarkan untuk memastikan kehadiran orang kena tuduh. Tetapi dalam kes mal atau kes sivil, sesuatu kes dapat dijalankan meskipun tanpa kehadiran pihak yang dituntut atau didakwa.

S.121(1)(b) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 menyatakan bahawa jika mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran, defendan tidak hadir, Mahkamah boleh, tertakluk kepada bukti penyampaian wajar, mendengar dan memutuskan tindakan itu tanpa kehadiran defendan itu, tertakluk kepada sumpah istizhar yang akan dibuat oleh plaintif.

Oleh itu, jika dalam sesuatu kes, asalkan penyampaian saman dan tuntutan telah disempurnakan samada melalui serahan saman kediri atau melalui cara penyampaian ganti, plaintif boleh memohon kepada mahkamah untuk mengeluarkan waran tangkap bagi memaksa kehadiran defendan.

Sesetengah kes seperti kes saman penghutang penghakiman atau permohonan komital,  kehadiran defendan akan memainkan peranan penting sebelum sesuatu keputusan akan dibuat oleh hakim. Maka, dalam keadaan ini adalah wajar plaintif atau pemohon memohon suatu waran tangkap dikeluarkan ke atas defendan atau responden.

Dalam sesetengah kes yang lain seperti permohonan untuk perceraian atau fasakh atau takliq, kehadiran defendan adalah tidak material kerana plaintif masih perlu untuk membuktikan kesnya berdasarkan bukti dan keterangan yang ada. Oleh sebab itu, jarang sekali plaintif memohon waran tangkap dikeluarkan ke atas defendan dalam kes seumpama ini. Ada juga yang memohon waran tangkap bagi tujuan untuk menekan defendan bagi mendesak defendan untuk bercerai secara baik.

Antara kes yang pernah saya alami antaranya, kes permohonan cerai fasakh, ada isteri yang masih memohon  untuk bercerai secara fasakh telah memohon untuk waran tangkap dikeluarkan ke atas suaminya disebabkan suaminya ini tidak pernah hadir ke mahkamah. Tetapi, akhirnya suami tidak dapat ditangkap kerana mungkin suami sudah tidak mendiami rumah kediaman yang lama. Akhirnya, perbicaraan berlangsung tanpa kehadiran suami dan di akhir kes, mahkamah membenarkan cerai fasakh itu.

Ada kes yang mana suami tidak hadir di peringkat perbicaraan tuntutan nafkah anak. Setelah mendapat perintah nafkah saraan anak, suami masih lagi engkar untuk menunaikan nafkah. Maka, perlu diambil tindakan perlaksanaan. Isteri memilih untuk mengkomitkan suami ke penjara, maka suatu permohonan untuk notis komital difailkan. Setelah serahan permohonan itu dibuat dengan sempurnnya, si suami masih enggan untuk hadir ke mahkamah. Maka, peguam telah memohon waran tangkap dikeluarkan. Setelah 3 kali waran tangkap dikeluarkan barulah polis berjaya menangkap si suami ini dan si suami ini akhirnya terpaksa datang ke Mahkamah untuk menjawab tuntutan yang dibuat ke atasnya.

Kesimpulannya, waran tangkap ini adalah suatu mekanisme berkesan untuk menjamin kehadiran seseorang defendan ke mahkamah. Oleh itu, pihak-pihak yang bertelingkah dalam kes mal ini perlu mengambil faedah dan manfaat daripada waran tangkap yang dikeluarkan samada bagi menjamin kehadiran defendan ataupun bagi mempercepatkan penyelesaian kes.

Comments

Unknown said…
Saya ingin bertanya..saya dlm kes penceraian luar mhkamah..kli ptma,suami tidak hadir bsebab..kli ke-2 juga tidak hadir tapi tanpa sebab lalu hakim mengeluarkab waran tangkap utk beliau..jadi saya nk tau,waran tangkap itu bfungsi utk memaksa beliau hadir atau beliau ditangkap dan dipenjarakn?
DrZ said…
sdri juelya safee,

waran tangkap itu untuk memaksa kehadiran suami ke mahkamah. lazimnya, penguatkuasa agama akan pergi ke alamat rumah suami itu dan tangkap dia dan bawa ke pejabat utk ikat jamin. kalau dah diikat jamin dah boleh kembali ke rumah.

kadang2 mereka datang 1 hari sblm tarikh bicara dan tangkap serta letak dalam lokap satu malam utk pastikan kehadirannya.
This comment has been removed by the author.
Dalam kes perceraian sy, sy baru selesai kes penghutang penghakiman dimana bekas suami gagal bayar nafkah 3 bulan. Oleh itu,hakim putuskn utk bayar scara ansuran tunggakan tersebut. Hakim ada menyatakan bahawa sekiranya dia gagal bayar, sy boleh mohon komitel order.

Saya nak bertanya,
1)bagaimana kiranya selepas itu bekas suami tetap enggan bayar? Apa tindakan lanjut yang perlu saya lakukan?

2) selepas selesai hutang tersebut, saya akan memfailkan tuntutan mutaah dan nafkah iddah. Saya pasti bekas suami akan berkeras menyatakan tidak mampu dan tiada duit. Bolehkah saya mohon bayaran tersebut dibayar dari KWSP bekas suami?

Dan bolehkah pihak Tuan beri nasihat dan membuka minda saya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sekian terima kasih.. (malina3h@gmail.com)
DrZ said…
Sdri Ain Ahmad

1) utk kes penghutang penghakiman sememangnya begitu prosedurnya. Mahkamah akan tetapkan berapakah yang patut dibayar. Sekiranya gagal maka bekas suami akan dipenjarakan. Jadi sekiranya ada tunggakan, puan boleh mohon untuk notis penghakiman dikeluarkan.

2) puan boleh failkan tuntutan mutaah dan nafkah iddah tanpa menunggu kes penghutang penghakiman selesai. Puan boleh juga memohon garnishment atau hawalah ke atas kwsp atau banker suami atau memohon tahanan pendapatan daripada majikan suami. Tetapi kwsp hanya membenarkan pengeluaran jika suami itu sudah mencapai umur yang ditetapkan utk pengeluaran. dahulu umurnya 50 tahun dan 55 tahun. sekarang saya tidak pasti
Anonymous said…
<Saya ingin bertanya.bekas isteri saya telah mempunyai hubungan dengan lelaki lain semasa sedang hamil anak saya.kami bercerai secara baik dan saya dikehendaki membayar nafkah anak sebanyak rm300.Sekarang saya tidak mahu membayar nafkah anak tersebut kerana sy tidak dibenarkan untuk berjumpa serta mengambil tahu mengenai anak.Bekas isteri saya juga gemar membuat laporan polis palsu mengenai saya.Adakah apa2 tindakan akan diambil terhadap saya sekiranya sy tidak membayar nafkah anak tersebut.Dan sekiranya sy boleh tidak membayar nafkah,bagaimana kah cara untuk menguruskannya.
Unknown said…
assalam.. sye na tnye.. dlm kes p'ceraian sye.. suami tidak pernah hdir.. dan kini telah smpai thap p'lntikan hakam.. bgai mana klau suami tidak hadir dan tidak m'lntik hakam ?? .. prosiding akn trus ke taklik atau fasakh.. dan bgai mana klau taklik atau fasakh tidak b'jaya??

Popular posts from this blog

Apa nak buat bila dah kena tangkap?

Jika seseorang defendan atau responden ditangkap ekoran waran tangkap yang dikeluarkan ke atas dirinya, maka biasanya defendan itu akan dibawa ke balai polis yang berdekatan. Setelah butirannnya diambil, lazimnya defendan akan dibebaskan dengan jaminan polis. Polis boleh melepaskan defendan itu dengan jaminan mulut oleh defendan sendiri atau polis boleh meminta supaya defendan mendapatkan seorang penjamin yang lain. Defendan dan penjamin perlu hadir ke Mahkamah Syariah yang ditetapkan pada hari sebutan. Jika defendan hadir, maka Mahkamah boleh melanjutkan jaminan yang diberikan ke atasnya dengan jaminan yang sama atau Mahkamah boleh meminta supaya didepositkan wang sebagai jaminan kehadirannya ke Mahkamah. Biasanya di Mahkamah Syariah, kadar jaminan wang antara RM1000 - RM2000. Menariknya, seorang peguam syarie boleh memberikan jaminan ke atas defendan itu, Namun, akta yang ada tidak jelas samada peguam syarie itu adalah peguamnya sendiri atau pun peguam yang lain. Ini kerana, jika

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua

Pengiraan Kadar Mutaah

1.  Bagi pasangan yang bercerai, menetapkan kadar mutaah yang sewajarnya adalah suatu kesulitan. Bagi isteri, pasti mahu mendapatkan jumlah yang besar setimpal dengan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap suami. Bagi suami, jumlah yang dituntut oleh isteri itu mungkin melampau dan tidak setara dengan tindakan yang dibuat oleh bekas isteri. Misalnya, dalam kes tuntutan mutaah pelakon Rita Rudaini lwn Aidil Zafuan Abdul Razak, yang mana plaintif telah mendapat penghakiman sejumlah RM30,000 berbanding tuntutan asalnya yang berjumlah RM300,000.   2.   S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak memperincikan kaedah menetapkan jumlah mutaah yang perlu dibayar. Ianya hanya menyebutkan, kadar mutaah itu ditetapkan atas suatu jumlah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut Sebagai tambahan kepada haknya untuk memohon nafkah, seseor