Apakah faedah mendapatkan waran tangkap dalam tuntutan berkaitan mal? Jika dalam kes jenayah, waran tangkap biasa dikeluarkan untuk memastikan kehadiran orang kena tuduh. Tetapi dalam kes mal atau kes sivil, sesuatu kes dapat dijalankan meskipun tanpa kehadiran pihak yang dituntut atau didakwa.
S.121(1)(b) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 menyatakan bahawa jika mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran, defendan tidak hadir, Mahkamah boleh, tertakluk kepada bukti penyampaian wajar, mendengar dan memutuskan tindakan itu tanpa kehadiran defendan itu, tertakluk kepada sumpah istizhar yang akan dibuat oleh plaintif.
Oleh itu, jika dalam sesuatu kes, asalkan penyampaian saman dan tuntutan telah disempurnakan samada melalui serahan saman kediri atau melalui cara penyampaian ganti, plaintif boleh memohon kepada mahkamah untuk mengeluarkan waran tangkap bagi memaksa kehadiran defendan.
Sesetengah kes seperti kes saman penghutang penghakiman atau permohonan komital, kehadiran defendan akan memainkan peranan penting sebelum sesuatu keputusan akan dibuat oleh hakim. Maka, dalam keadaan ini adalah wajar plaintif atau pemohon memohon suatu waran tangkap dikeluarkan ke atas defendan atau responden.
Dalam sesetengah kes yang lain seperti permohonan untuk perceraian atau fasakh atau takliq, kehadiran defendan adalah tidak material kerana plaintif masih perlu untuk membuktikan kesnya berdasarkan bukti dan keterangan yang ada. Oleh sebab itu, jarang sekali plaintif memohon waran tangkap dikeluarkan ke atas defendan dalam kes seumpama ini. Ada juga yang memohon waran tangkap bagi tujuan untuk menekan defendan bagi mendesak defendan untuk bercerai secara baik.
Antara kes yang pernah saya alami antaranya, kes permohonan cerai fasakh, ada isteri yang masih memohon untuk bercerai secara fasakh telah memohon untuk waran tangkap dikeluarkan ke atas suaminya disebabkan suaminya ini tidak pernah hadir ke mahkamah. Tetapi, akhirnya suami tidak dapat ditangkap kerana mungkin suami sudah tidak mendiami rumah kediaman yang lama. Akhirnya, perbicaraan berlangsung tanpa kehadiran suami dan di akhir kes, mahkamah membenarkan cerai fasakh itu.
Ada kes yang mana suami tidak hadir di peringkat perbicaraan tuntutan nafkah anak. Setelah mendapat perintah nafkah saraan anak, suami masih lagi engkar untuk menunaikan nafkah. Maka, perlu diambil tindakan perlaksanaan. Isteri memilih untuk mengkomitkan suami ke penjara, maka suatu permohonan untuk notis komital difailkan. Setelah serahan permohonan itu dibuat dengan sempurnnya, si suami masih enggan untuk hadir ke mahkamah. Maka, peguam telah memohon waran tangkap dikeluarkan. Setelah 3 kali waran tangkap dikeluarkan barulah polis berjaya menangkap si suami ini dan si suami ini akhirnya terpaksa datang ke Mahkamah untuk menjawab tuntutan yang dibuat ke atasnya.
Kesimpulannya, waran tangkap ini adalah suatu mekanisme berkesan untuk menjamin kehadiran seseorang defendan ke mahkamah. Oleh itu, pihak-pihak yang bertelingkah dalam kes mal ini perlu mengambil faedah dan manfaat daripada waran tangkap yang dikeluarkan samada bagi menjamin kehadiran defendan ataupun bagi mempercepatkan penyelesaian kes.

Comments
waran tangkap itu untuk memaksa kehadiran suami ke mahkamah. lazimnya, penguatkuasa agama akan pergi ke alamat rumah suami itu dan tangkap dia dan bawa ke pejabat utk ikat jamin. kalau dah diikat jamin dah boleh kembali ke rumah.
kadang2 mereka datang 1 hari sblm tarikh bicara dan tangkap serta letak dalam lokap satu malam utk pastikan kehadirannya.
Saya nak bertanya,
1)bagaimana kiranya selepas itu bekas suami tetap enggan bayar? Apa tindakan lanjut yang perlu saya lakukan?
2) selepas selesai hutang tersebut, saya akan memfailkan tuntutan mutaah dan nafkah iddah. Saya pasti bekas suami akan berkeras menyatakan tidak mampu dan tiada duit. Bolehkah saya mohon bayaran tersebut dibayar dari KWSP bekas suami?
Dan bolehkah pihak Tuan beri nasihat dan membuka minda saya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sekian terima kasih.. (malina3h@gmail.com)
1) utk kes penghutang penghakiman sememangnya begitu prosedurnya. Mahkamah akan tetapkan berapakah yang patut dibayar. Sekiranya gagal maka bekas suami akan dipenjarakan. Jadi sekiranya ada tunggakan, puan boleh mohon untuk notis penghakiman dikeluarkan.
2) puan boleh failkan tuntutan mutaah dan nafkah iddah tanpa menunggu kes penghutang penghakiman selesai. Puan boleh juga memohon garnishment atau hawalah ke atas kwsp atau banker suami atau memohon tahanan pendapatan daripada majikan suami. Tetapi kwsp hanya membenarkan pengeluaran jika suami itu sudah mencapai umur yang ditetapkan utk pengeluaran. dahulu umurnya 50 tahun dan 55 tahun. sekarang saya tidak pasti