Saban tahun setiap orang akan membuat resolusi tahun baru. Tidak kiralah sama ada resolusi tahun lepas sudah dilaksanakan atau tidak. Masing-masing akan bertanyakan kepada kawannya yang lain mengenai resolusi tahun baharunya. Saya terbaca artikel seorang penulis buku yang menyatakan bahawa resolusi yang dibuat pada 5 tahun lepas baru tercapai. Beliau membuat resolusi untuk menulis dan menerbitkan sebuah buku dan hanya selepas 5 tahun resolusi itu dibuat baharulah cita-cita beliau itu tercapai.
Bagi seorang peguam, realiti dan data ekonomi yang ada pada tahun 2017 ini adalah agak mencabar. Dalam kerjaya seorang peguam, seseorang itu akan bekerja sendiri atau makan gaji. Seorang yang bekerja sendiri akan membuka sebuah firma guaman secara solo (sole proprietor) atau secara perkongsian dengan peguam yang lain (partnership). Ada satu lagi kategori peguam iaitu yang bersekutu (associate) dengan firma guaman yang lain. Bagi seorang yang solo, segala kos dan perbelanjaan adalah ditanggung sendiri. Tetapi bagi seorang pekongsi lazimnya kos akan dikongsi bersama. Bagi seorang yang bersekutu beliau mungkin hanya memberikan sumbangan kepada firma itu tetapi tidak berkongsi sebarang ekuiti syarikat. Beliau ini hanya menumpang dan seolah-olah hanya menjadi penyewa kepada firma itu sahaja.
Satu lagi jenis peguam adalah peguam makan gaji. Peguam ini hanya berkerja di firma guaman dan mendapat gaji bulanan. Pekerja ini tidak akan menghadapi masalah untuk berfikir bagaimana untuk membayar sewa pejabat dan membayar gaji kakitangan tetapi peguam seperti ini akan bertanyakan bilakah dan berapakah jumlah kenaikan gaji dan bonus yang akan diterima. Jika prospek kenaikan gaji itu tidak ada mungkin beliau akan berasa kecewa dan ini akan menurunkan produktiviti dirinya.
Antara indikator ekonomi yang baik adalah terletak kepada indikator hartanah. Industri hartanah ini berkait rapat dengan ekonomi peguam kerana peguam akan diupah untuk menjayakan sesuatu transaksi hartanah terutamanya jika melibatkan pinjaman bank. Pada suku tahun ketiga 2016, data NAPIC (National Property Information Centre) menunjukkan kejatuhan kadar transaksi hartanah sebanyak 32.3%. Ini bermakna jika kurang transaksi maka akan kuranglah bisnes bagi seorang peguam yang mengendalikan kes ‘conveyancing’ yang berkaitan transaksi hartanah. Begitu juga dilaporkan bahawa jumlah pinjaman untuk pembelian hartanah juga berkurangan kerana banyak permohonan pinjaman telah ditolak.
Faktor lain yang menunjukkan kedudukan ekonomi yang baik adalah pengukuhan nilai matawang. Kadar kejatuhan nilai matawang ringgit kini semakin mengerikan. Dilaporkan bahawa pengurup matawang di India dan Thailand sudah tidak menerima tukaran matawang ringgit. Baru-baru ini Dato’ Dr Nazri Khan ada menulis bahawa kadar tukaran Won Korea dengan Ringgit merosot teruk. Beliau menyatakan bahawa kadar tukaran 1 ringgit adalah bersamaan 400 Won pada tahun 1997 tetapi pada tahun 2016 ianya sudah jatuh kepada 1 ringgit bersamaan 269 Won.
Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataaan bahawa graduan doktor dan doktor gigi akan menghadapi masalah untuk diambil berkerja di hospital kerajaan kerana masalah kewangan negara.
Semasa berbual dengan rakan saya pada minggu lepas yang beramal dalam bidang litigasi jenayah menyatakan bahawa meskipun beliau masih mempunyai ramai pelanggan tetapi ramai pelanggannya itu sukar untuk menjelaskan yuran guaman.
Realiti ekonomi yang ada sekarang ini menunjukkan bahawa ramai pihak yang akan terkesan dengan kelembapan ekonomi pada tahun ini dan tahun hadapan. Maka, wajar bagi peguam sama ada yang beramal secara solo, perkongsian atau makan gaji untuk berfikir secara lebih kreatif dalam menambahkan pendapatan.

Seorang peguam boleh menjadi seorang yang hebat di Mahkamah. Hujahnya barangkali boleh memukau hakim dan pelanggannya tetapi hakikatnya pandai berhujah sahaja tiada berguna melainkan jika pelanggannya mampu untuk membayar upah guaman.
Peguam seharusnya sudah merangka apakah jalan keluar daripada permasalahan ekonomi yang mendatang ini. Ekonomi ini ibarat seperti roda yang sering berubah-ubah. Sekejap ekonomi akan mapan tetapi dalam masa yang lain akan turun.
Peguam seharusnya berfikir untuk mempelbagaikan sumber pendapatannya. Sumber pendapatan sebagai peguam ini sama seperti pendapatan seorang peniaga. Seorang peniaga yang menggunakan teknik jualan 30 tahun lepas tidak mungkin akan mampu bersaing dengan teknik jualan yang lebih baharu. Peguam perlu lebih kreatif dalam memasarkan produknya dalam kekangan etika yang ada. Menurut etika kepeguaman, seseorang peguam tidak boleh mengiklankan atau mempublisitikan dirinya.

Lihat sahaja bagaimana berlaku perubahan perniagaan runcit yang berasaskan kedai. Kini kita melihat pertumbuhan pesat dalam e-dagang. Contohnya, syarikat Alibaba yang dimiliki oleh Jack Ma muncul sebagai salah satu syarikat e-dagang raksasa sehingga Jack Ma telah pun dilantik untuk menjadi penasihat kerajaan Malaysia. Khabarnya, syarikat pelaburan negara, Khazanah telah memperolehi keuntungan mencecah RM1 billion hasil pelaburan mereka sebanyak 400 juta pada tahun 2012 dalam syarikat Alibaba ini.
Bagi seorang peguam, sebahagian daripada hasil pendapatan sebagai seorang pengamal undang-undang harus dilaburkan dalam sektor lain yang boleh mendatangkan pulangan pasif seperti membeli hartanah yang boleh disewakan, membuka perniagaan sampingan seperti kedai runcit dan perladangan.
Selain itu, peguam juga harus mengoptimakan pengetahuan undang-undang yang dipelajari dan diamalkan itu dalam bentuk produk lain seperti menganjurkan seminar undang-undang dan menulis buku. Kegiatan seperti ini akan memberikan nilai tambah kepada peguam berkenaan dan mendatangkan sumber pendapatan yang baharu.
Pada mula-mula saya menjadi peguam pada tahun 2000, saya juga mengalami masalah kewangan. Bayangkan saya bermula hanya dengan gaji RM1000 sahaja sebagai peguam. Selepas tiga bulan, gaji dinaikkan kepada RM1,500. Namun, saya berusaha untuk menambahkan pendapatan dengan bekerja sebagai pensyarah sambilan. Pada masa yang sama saya juga percaya bahawa ilmu adalah suatu bentuk pelaburan yang tidak ternilai. Justeru, saya telah mendaftarkan diri untuk meneruskan pengajian di peringkat kedoktoran. Perjalanan untuk menuju kedoktoran itu adalah perjalanan yang sunyi. Ianya sunyi kerana tiada sesiapa yang berupaya membantu kita hatta penyelia kita sendiri pun tidak mampu membantu. Saya bernasib baik kerana saya mendapat jaminan pembiayaan kewangan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA). Namun, akhirnya sebelum konvokesyen pada tahun 2011 saya mendapat tahu bahawa MARA tidak pernah membayar yuran tuisyen kepada UIAM (tempat saya melanjutkan ijazah kedoktoran) kerana tiada pernah dibuat tuntutan dan saya terpaksa mencari kewangan lain untuk menjelaskan yuran pengajian. Selain itu, saya juga berusaha untuk menjana pendapatan lain melalui pelbagai bentuk lain seperti membuat kajian kes bagi peguam lain dan menjadi pemudahcara di dalam seminar undang-undang yang dibuat oleh seorang peguam senior.
Saya tahu ramai rakan peguam sudah beralih arah. Ada rakan peguam yang membuka pelbagai bisnes termasuk bisnes yang tiada kaitan langsung dengan kepeguaman seperti bisnes menghapus makhluk perosak, membuka pusat dialisis, membuka kedai makan, menjual insuran dan menjual produk MLM.
Namun, ada juga peguam lain yang masih mengekalkan status sebagai peguam dan memperbaharui sijil amalan guaman setiap tahun tetapi membuka cabang bisnes yang lain seperti membela haiwan ternakan, membuka ladang pertanian, melabur dalam hartanah atau melabur saham di Bursa Malaysia. Bagi saya cara sebegini adalah lebih afdal kerana hakikatnya bisnes kepeguaman ini jika kurang berdaya saing atas faktor-faktor tertentu sekalipun masih mempunyai tempat di Malaysia. Paling penting adalah bahawa melalui kerjaya kepeguaman ini kita mampu untuk memberikan kesedaran dan pencerahan undang-undang kepada masyarakat. Ramai ahli masyarakat yang tidak tahu undang-undang dan akhirnya mereka diperkotak-katikkan oleh orang lain atas kelemahan pengetahuan mereka sendiri.
Ekonomi seorang peguam sebenarnya tidak menentu dan terpulang kepada peguam itu sendiri bagaimanakah kebijaksanaannya merancang hala tuju kerjayanya. Jika seorang peguam itu hanya berharap kepada bisnes yang diberikan oleh pihak bank maka akan ada ketikanya peguam itu terpaksa menebalkan muka untuk meminta bisnes dengan mereka sehingga ada yang sanggup berkongsi yuran guaman dengan pegawai bank. Bisnes dengan pihak bank ini ada pasang surutnya kerana bisnes dengan bank amat berkait rapat dengan ekonomi negara.

Baru-baru ini saya berjumpa seorang peguam yang bijak merencanakan kariernya. Beliau mempunyai kepakaran dalam urusan korporat dan perbankan dan telah mengaturkan kerjayanya dengan mencari peluang perniagaan melalui ‘start up’ dan syarikat SME. Ini adalah suatu bidang yang baharu dan berbeza dengan urusan ‘conveyancing’ yang lazim dibuat dan mempunyai pasaran yang baik kerana syarikat ‘start up’ dan SME pasti membutuhkan pinjaman daripada pihak bank. Oleh itu, beliau bukan sahaja boleh mengenakan yuran guaman atas penyediaan dokumen bank tetapi juga boleh mengenakan yuran konsultasi perniagaan.
Akhir sekali, bagi para peguam yang sudah berputus asa daripada kepeguaman ini dan berhasrat untuk melarikan diri daripada kerjaya ini kerana faktor ekonomi perlu berehat sejenak dan berfikir semula arah dan halatuju kariernya. Cubalah berhubung silaturrahim dengan rakan peguam yang lain dengan menziarahi mereka dan bertukar-tukar fikiran tentang halatuju guaman mereka. Mungkin ada idea-idea baharu atau mungkin ada jalinan perniagaan yang boleh dibuat untuk memajukan ekonomi diri. Kadang-kadang fikiran kita buntu dan orang lain boleh memberikan pencerahannya. Ada kala, kelemahan diri sendiri yang menyebabkan bisnes kepeguaman runtuh. Ada peguam yang diberikan tugasan tetapi mengambil remeh tugasan itu sehingga mendatangkan amarah klien. Ada peguam yang disyorkan oleh rakan peguam lain tetapi gagal untuk melaksanakan tugas yang diberi sehingga menyebabkan klien tidak berpuas hati dan menyebabkan rasa serba-salah kepada peguam yang membuat syor itu. Masalah seperti Ini memerlukan kepada anjakan paradigma diri sendiri dan pemulihan gaya kerja serta corak berfikir. Selagi gaya pemikiran dan tabiat diri tidak berubah selagi itu peguam itu tidak akan maju.
Bagi saya tidak salah untuk mereka menceburkan diri dalam bisnes lain tetapi sebaiknya peguam seperti ini dapat mengekalkan asas kepeguaman yang mereka telah bina selama ini. Jadikanlah perkara lain itu sebagai sumber pendapatan baharu tanpa menjejaskan amalan kepeguaman yang sedia ada. Saya percaya prospek kepeguaman ini masih luas dan selamanya akan ada orang akan berhajat kepada peguam. Tambahan lagi, dunia kepeguaman ini adalah dunia yang serba mungkin. Meminjam pesanan daripada Allahyarham Tan Sri Harun Hashim, mantan Hakim Mahkamah Agung dan Dekan Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL) UIAM, seorang yang belajar undang-undang itu boleh menjadi apa sahaja kecuali seorang jurutera atau doktor sahaja. Ini kerana jurutera atau doktor memerlukan pengajian yang khusus dan tidak mampu dipelajari melalui pembacaan atau pengamatan semata-mata.

Comments