Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Penggunaan Satu Logo Dalam Pilihan Raya Adalah Tindakan Strategik Tun M dan BN

Satu perkara strategik pilihan raya yang dibuat oleh Tun M dalam PH adalah bertanding dengan menggunakan satu logo iaitu logo PKR. Tindakan ini bukan setakat memberikan keyakinan kepada pengundi terhadap kemampuan PH untuk bersatu dan menjadi alternatif kepada BN tetapi mempunyai implikasi undang-undang di bawah Peraturan 25F Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981. Tinda kan ini nampak simple dan mudah tetapi gagal dibuat semasa PRU 13 di bawah Pakatan Rakyat. Ini juga membezakan kedudukan Gagasan Sejahtera kerana Gagasan Sejahtera tidak bertanding di bawah satu logo. Tambahan lagi. Gagasan Sejahtera tidak menamakan calon PM mereka. 2. Menurut Peraturan 25F itu, setelah selesai semua penjumlahan undi, SPR boleh membuat perisytiharan bahawa sesuatu parti yang bertanding di Dewan Rakyat atau DUN telah memenangi pilihan raya itu jika parti itu telah mendapat majoriti melebihi 50% daripada kerusi yang dipertandingkan. Bermakna, jika PH yang bertanding atas lo

Kerahsiaan Undi Rakyat Malaysia.

1. Undi anda adalah rahsia. Tiada siapa dapat meneka siapakah yang anda undi kecuali anda sendiri menceritakannya. 2. Seksyen 5 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 sebut sesiapa yang ada dalam bilik mengundi mesti angkat sumpah kerahsiaan tak kira pegawai, kerani, calon, wakil calon atau petugas bilik mengundi. Borang A itu akan jadi jaminan undi anda rahsia. 3. Waktu kertas undi diberikan, kerani SPR hanya akan potong nama pengundi sahaja dan TIDAK BOLEH buat apa-apa catatan untuk mengenal pasti pengundi itu diberikan kertas undi yang mana (Rujuk Peraturan 19(5) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981). 4. Selepas mendapat kertas undi, pengundi perlu pergi ke kotak tempat mengundi dan menanda undi secara RAHSIA (Rujuk Peraturan 19(7) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981). 5. Selepas kertas undi ditandakan, pengundi perlu melipat kertas undi untuk MERAHSIAKAN undinya dan memasukkan ke dalam peti undi (Rujuk Peraturan 19(8) Peraturan-Perat

Nota Ringkas Berkaitan Akta Antiberita Tidak Benar 2018

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said baru-baru ini telah membuat Bacaan Pertama terhadap Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar 2018 (D.R. 6/2018) di Parlimen.  1) Tujuan RUU: Bertujuan untuk memperkatakan tentang berita tidak benar dan perkara berkaitan. Mengikut huraian kepada RUU ini, perkembangan pesat teknologi telah menjadi kebimbangan global dan semakin serius sehingga menyentuh orang awam sehingga memerlukan kawal selia yang lebih tegas.  2) Jumlah seksyen :  14 seksyen 3) Pemakaian : (Seksyen 3)  Mana-mana orang boleh dituduh sama ada warganegara atau bukan dan sama ada kesalahan itu dibuat di Malaysia atau di luar Malaysia asalkan berita tidak benar itu adalah mengenai Malaysia atau orang yang disentuh itu adalah warganegara Malaysia. 4) Definisi penting: (Seksyen 2). ‘Berita tidak benar’ telah ditafsirkan sebagai apa-apa berita, maklumat, data dan laporan, yang sebahagiannya atau keseluruhannya adalah palsu, sama ada dalam be

Amalan Ayat 1000 Dinar Dalam Perceraian

Baru-baru ini seorang wanita muda berusia awal 30-an datang mengadu halnya yang telah diceraikan oleh suaminya. Kasih yang dipupuk di bangku sekolah menengah akhirnya runtuh setelah lima tahun mendirikan mahligai bahagia. Tambah menyayatkan hatinya apabila beliau diceraikan tatkala masih dalam tempoh berpantang anak bongsunya. Air matanya berderai tatkala menitipkan kisahnya. Mujurlah ada kotak tisu yang disediakan di dalam bilik tetamu, dapatlah digunakan untuk menyembunyikan rasa sedihnya itu. Setiap perkahwinan yang dilangsungkan tidak pernah seorang pun yang mengimpikan untuk bercerai. Namun, kadang kala perceraian itu tidak dapat dielakkan apabila sakinah, mawaddah wa rahmah (ketenangan, kecintaaan dan kasih sayang) sudah luput dalam kamus pasangan berkenaan. Perceraian yang berakhir antara pasangan yang tidak mempunyai anak lazimnya tidak mendatangkan parut luka yang lama. Namun, jika pasangan itu mempunyai anak maka hubungan dengan bekas suami dan isteri tidak dapat dielakka

Meminta Cagaran Semasa Memberi Hutang

Baru-baru ini ada klien yang datang berjumpa untuk meminta pandangan peguam berkaitan memberi hutang. Ceritanya bahawa seorang kenalannya telah berjumpa dengannya untuk meminjam wang berjumlah lebih RM100 ribu. Beliau berasa was-was sama ada kenalannya itu kelak mampu untuk menjelaskan hutang yang berjumlah ratusan ribu itu. Katanya, “Saya risau kalau-kalau dia tidak dapat menjelaskan hutangnya. Walaupun saya ada wang tetapi jumlah wang itu besar dan sepatutnya saya gunakan wang itu untuk melabur di tempat lain.” Peguam menjawab, “Kalau awak khuatir kenalan awak itu tak menjelaskan hutang lebih baik jika awak meminta sesuatu sebarang cagaran bagi hutang itu. Mungkin kereta, rumah, barang kemas atau apa-apa sahaja yang berharga.” Selanjutnya peguam terangkan, “Cuba awak lihat bank. Mana ada bank bagi hutang ratusan ribu tanpa cagaran. Paling kuat pun bank hanya bagi pinjaman peribadi secara tunai RM20-30 ribu sahaja. Itu pun beri kepada pegawai kerajaan atau pekerja syarikat besa