Sewaktu seorang pensyarah undang-undang mengadu bahawa rakannya tidak menjelaskan hutangnya, langsung terlintas di fikiran saya sama ada beliau ada menulis surat hutang. Malang sekali, lintasan fikiran saya itu menjadi kenyataan apabila beliau mengakui bahawa tidak ada surat hutang ditulis. Kami berbual panjang berkaitan hal itu. Katanya, “Ana ada bagi pinjam kat kawan RM80,000. Sampai sekarang dia tak bayar lagi.” Saya sedikit terpegun dan terkeluar daripada mulut menyapanya, “Banyak juga wang anta. Kaya betul anta bagi duit sebanyak itu tanpa sebarang rekod”. Katanya lagi, “Kebetulan pada masa itu ana baru dapat duit lepas jual rumah. Malam itu dia mengadu bisnes dia down. Dia minta tolong kawan-kawan. Ana pula jenis mudah kesiankan orang. Dia lama tak contact ana. Jadi kita pun berbual mesra. Terus kita pulak terkena.” Sambil memandang wajahnya yang naif memahami watak manusia, saya bertanya, “Dia cakap macam mana?”. Sambungnya, “Sebenarnya dia tak cakap pun. Dok main ikut sms
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.