Media sosial telah menjadi kecoh semenjak semalam setelah berita penolakan RUU 355 versi YB Ahli Parlimen Marang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seusai mesyuarat bersama parti komponen Barisan Nasional. Hal itu cukup mengejutkan setelah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi telah mengumumkan pada bulan November 2016 yang lepas bahawa kerajaan akan mengambil alih usul pindaan Akta 355. Semenjak awal lagi, saya konsisten menyatakan bahawa RUU 355 sewajarnya dibawa oleh pihak kerajaan. Namun, permainan politik RUU 355 ini mengatasi rasional akal. Permainan politik RUU 355 ini dimainkan oleh kedua-dua pihak UMNO dan PAS. Masing-masing mempunyai kepentingan sendiri yang pastinya akhir sekali mahu permainan ini diterjemahkan dalam bentuk undi kepada parti masing-masing. Permainan politik ini juga menarik pihak yang bertentangan iaitu parti Gerakan, DAP, MCA dan MIC untuk turut membantah RUU 355 ini disebabkan kesan undi yang bakal mereka perolehi da
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.