Skip to main content

Meneruskan Agenda Usul Persendirian RUU 355

YB Ahli Parlimen Marang telah mengemukakan usul persendirian bagi meminda Akta 355 semenjak Mac 2015 dan sehingga sekarang usul tersebut telah dibaca sebanyak 2 kali tanpa dibahaskan di Dewan Rakyat. Perbahasan hanya berlaku di dalam himpunan, ceramah dan kedai kopi.

Kesan nyata daripada usul persendirian itu adalah bahawa pindaan Akta 355 adalah bagi menaikkan takat bidang kuasa hukuman jenayah Syariah di Mahkamah Syariah.  Usul pindaan itu telah menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai. Sebahagian yang menyokong menyatakan bahawa menjadi kewajipan bagi orang Islam untuk menerimanya manakala sebahagian lagi menyatakan bahawa tindakan YB Ahli Parlimen Marang itu adalah dibuat tanpa persediaan yang rapi sehingga berlaku beberapa kesilapan teknikal di dalam usul tersebut.

Akta 355 adalah sebuah akta yang asalnya dibawah oleh Kerajaan Persekutuan dan akan dipakai oleh semua negeri. Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk memindanya. Bahkan pindaan sebelum ini juga telah dibuat oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan ianya diluluskan tanpa sebarang kontroversi

Sewajarnya pindaan kepada Akta 355 perlu dibuat melalui proses demokrasi selaras dengan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan, sebarang langkah pindaan sesuatu akta telah diterangkan dengan jelas. Perlembagaan juga hendaklah dibaca bersama dengan lain-lain akta atau peraturan subsidiari.

Langkah YB Ahli Parlimen Marang memasukkan usul persendirian ini tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan tetapi kurang menjiwai amalan dan konsep demokrasi. Tambahan lagi, tindakan dan langkah yang dibuat juga tidak mempunyai pelan yang strategik dan mampan (sustainable)  menyebabkan hasrat untuk meluluskan usul persendirian ini nampak semakin kabur.

Antara unsur penting demokrasi berpelembagaan di Malaysia ini adalah berkaitan hak sivil dan politik. Perlembagaan menjamin hak dan kebebasan bersuara bagi setiap warganegara. Ruang lingkup kebebasan bersuara itu adalah luas termasuklah hak untuk mendapatkan maklumat. Had dan takat kebebasan bersuara itu hanya dihalang jika ianya membawa kepada isu keselamatan, ketenteraman awam, fitnah, hasutan dan percanggahan dengan prinsip moral.

Ini bermakna, hak dan kebebasan mengkritik juga menjadi suatu elemen penting dalam ruang lingkup kebebasan bersuara. Kebebasan mengkritik ini boleh disalurkan dengan pelbagai medium sama ada melalui perbincangan, wacana, ceramah, penulisan, dialog mahupun debat.

Setiap medium ini mempunyai kesan dan yang berbeza. Justeru, seorang yang ingin membawa suatu idea baharu mestilah mempunyai langkah yang strategik supaya langkah itu tidak sia-sia dan mendatangkan manfaat. Langkah strategik ini akan mempunyai  objektif dan matlamat yang ingin dicapai. Langkah strategik juga mestilah mempunyai pelan alternatif yang menyatakan jika ianya gagal maka ada langkah lain yang boleh diambil. Sesuatu pelan strategik pasti akan mempunyai misi, objektif, pelan tindakan dan langkah yang akan diambil. Pelan strategik akan mempunyai ‘target audience’ yang akan dituju dan mekanisme untuk mengendalikan ‘target audience’ tersebut supaya segala halangan yang bakal dihadapi dapat ditangani dengan sebaiknya.

Inilah kekurangan yang ada dalam misi usul persendirian YB Ahli Parlimen Marang. Meskipun YB Ahli Parlimen Marang menyatakan berkali-kali bahawa tujuan usul persendirian ini adalah untuk memperkasakan Mahkamah Syariah namun tidaklah mudah untuk menyakinkan semua pihak akan hasrat ini. Penyokong YB Ahli Parlimen Marang sangat berjaya mempengaruhi massa orang awam mengenai kepentingan usul persendirian ini tetapi gagal untuk meyakinkan kesemua Ahli Parlimen yang akan mengundi nanti. Metod yang digunakan bagi menarik sokongan massa melalui kempen ungu, facebook, ceramah dan himpunan telah mencapai sasaran. Apatah lagi kempen ini juga dibantu dengan pelbagai ‘pyswar’ berbentuk keagamaan seperti anugerah pahala dan hukum wajib syarie serta ‘pyswar’ berbentuk ancaman seperti label jirat, munafik dan takfiri. Jika metod ini diterjemah dalam bentuk undi pasti ianya sangat menguntungkan parti YB Ahli Parlimen Marang.

Sehingga kini, tiada apa-apa keterangan yang jelas bahawa kesemua Ahli Parlimen akan mengundi menyokong usul persendirian ini. Tekanan yang dibuat oleh penyokong YB Ahli Parlimen Marang ini hanyalah melalui serahan memorandum kepada beberapa Ahli Parlimen yang terpilih.

Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, kebebasan mengkriitik juga menjadi sebahagian daripada amalan demokrasi di Malaysia. Kebebasan mengkriitik ini lahir daripada kebebasan berfikir. Tanpa fikiran yang jitu dan mantap, tidak mungkin seseorang itu dapat melahirkan kritikan.

Pelbagai kritikan yang dibuat kepada usul persendirian ini tidak ditangani dengan sewajarnya menyebabkan natijah usul persendirian ini masih kabur. Sehingga kini tiada penerangan yang jelas mengenai justifikasi terhadap kenaikan hukuman denda RM100 ribu dan penjara 30 tahun. Peluang dialog dan wacana tidak diambil peluang secara maksima misalnya peluang dialog dan debat antara Dato’ Dr Hj Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri dengan Dr Rozaime Ramlee sepatutnya jika ditangani dengan baik akan menterjemahkan lagi sokongan sebahagian orang yang masih belum bersetuju dengan usul persendirian ini.

Inilah antara perkara-perkara yang gagal dilihat oleh YB Ahli Parlimen Marang dalam mengatur stategi yang strategik. Melihat kepada perkembangan yang berlaku sepanjang isu usul persendirian ini menampakkan pelbagai kelemahan yang tidak ditangani secara sistematik dan berkesan. Hal-hal seperti ini sepatutnya ditangani oleh suatu jawatankuasa khas yang dibentuk khusus oleh YB Ahli Parlimen Marang untuk tujuan ini. Namun, nampaknya tiada suatu jawatankuasa khas di dalam parti YB Ahli Parlimen Marang yang ditubuhkan bagi mengendalikan hal-hal berbangkit ini. Kejayaan YB Ahli Parlimen Marang menarik isu ini selama 2 tahun adalah suatu tindakan yang hebat kerana jarang rakyat Malaysia akan terpesona dengan sesuatu isu untuk tempoh sebegini lama. Tetapi setiap yang bermula pasti akan berakhir dan kelihatan ‘oksigen’ usul persendirian ini semakin lama semakin habis. Setelah ‘oksigen’ habis maka tamatlah drama menarik sepanjang tempoh 2 tahun ini.



Comments

Popular posts from this blog

Apa nak buat bila dah kena tangkap?

Jika seseorang defendan atau responden ditangkap ekoran waran tangkap yang dikeluarkan ke atas dirinya, maka biasanya defendan itu akan dibawa ke balai polis yang berdekatan. Setelah butirannnya diambil, lazimnya defendan akan dibebaskan dengan jaminan polis. Polis boleh melepaskan defendan itu dengan jaminan mulut oleh defendan sendiri atau polis boleh meminta supaya defendan mendapatkan seorang penjamin yang lain. Defendan dan penjamin perlu hadir ke Mahkamah Syariah yang ditetapkan pada hari sebutan. Jika defendan hadir, maka Mahkamah boleh melanjutkan jaminan yang diberikan ke atasnya dengan jaminan yang sama atau Mahkamah boleh meminta supaya didepositkan wang sebagai jaminan kehadirannya ke Mahkamah. Biasanya di Mahkamah Syariah, kadar jaminan wang antara RM1000 - RM2000. Menariknya, seorang peguam syarie boleh memberikan jaminan ke atas defendan itu, Namun, akta yang ada tidak jelas samada peguam syarie itu adalah peguamnya sendiri atau pun peguam yang lain. Ini kerana, jika

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua

Pengiraan Kadar Mutaah

1.  Bagi pasangan yang bercerai, menetapkan kadar mutaah yang sewajarnya adalah suatu kesulitan. Bagi isteri, pasti mahu mendapatkan jumlah yang besar setimpal dengan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap suami. Bagi suami, jumlah yang dituntut oleh isteri itu mungkin melampau dan tidak setara dengan tindakan yang dibuat oleh bekas isteri. Misalnya, dalam kes tuntutan mutaah pelakon Rita Rudaini lwn Aidil Zafuan Abdul Razak, yang mana plaintif telah mendapat penghakiman sejumlah RM30,000 berbanding tuntutan asalnya yang berjumlah RM300,000.   2.   S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak memperincikan kaedah menetapkan jumlah mutaah yang perlu dibayar. Ianya hanya menyebutkan, kadar mutaah itu ditetapkan atas suatu jumlah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut Sebagai tambahan kepada haknya untuk memohon nafkah, seseor