MANIFESTO PH Manifesto PH yang terdiri daripada 94 mukasurat terdiri daripada 10 keutamaan tawaran. Manifesto ini telah dilancarkan pada 2 November 2002. Kali ini manifesto PH tidak lagi dinamakan sebagai manifesto tetapi dinamakan sebagai Tawaran Harapan. Barangkali mungkin kerana tidak mahu lagi terpalit dengan kata-kata ‘manifesto sebagai bukan kitab suci’. Sebenarnya, Mahkamah sendiri pun pernah memutuskan bahawa manifesto bukanlah satu kontrak yang mana pihak-pihak akan terikat dengannya. Manifesto sebenarnya lebih tepat jika dianggap sebagai visi atau aspirasi parti yang bertanding. Manifesto PH meletakkan 3 matlamat utama iaitu kesejahteraan rakyat, mewujudkan pentadbiran beramanah dan mempersiapkan negara untu menghadapi cabaran masa hadapan. Sememangnya, kita semua menghadapi masalah ekonomi yang serius khasnya pasca Covid-19. Ramai orang telah hilang pekerjaan dan perniagaan baharu sahaja untuk tumbuh dan pulih kembali. Oleh itu, menjadi keutamaan untuk mana-mana kerajaan se
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.