Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

The Art of Cross Examination - Bagaimana Mahu Mengenali Saksi Pembohong

Big Or Small: Lies Are Lies           Setelah mengendalikan puluhan jenis perbicaraan dan telah berpengalaman menyoal balas saksi-saksi, saya dapat mengenal pasti beberapa tingkah laku saksi berbohong di Mahkamah. Ingatlah! Sebelum seseorang saksi itu memberikan keterangan, beliau dikehendaki mengangkat sumpah bahawa beliau akan bercakap benar dan tidak akan sesekali bercakap perkara yang tidak benar.           Pada hari ini (31/12/2014) hari penutup tahun 2014, saya ditakdirkan bertemu dengan saksi yang pada penilaian saya beliau telah berbohong semasa memberikan keterangan. Lazimnya, saksi pembohong ini berpewatakan seperti orang alim, bertutur dengan lemah lembut, ada ketika saksi begini akan berpakaian seperti orang warak dengan bertudung litup, berketayap, berjubah atau mungkin memakai baju kot, berkasut hitam berkilat atau memakai pakaian yang bergosok, terurus penampilannya dan rambut bersikat rapi. Ada juga penjawat awam yang beruniform dan berpangkat besar tetapi berbo

Semakan Kes Ke Mahkamah Rayuan Syariah di bawah S. 53 Akta 505

Dalam kes Zxxxxx bt Mxxxxxxx Mxxxxxxxx lwn Majid bin Saith Mohamed, Rayuan No. 14000-041-0049-2013 & 14000-003-0045-2012, Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur (Panel: DS Yusup Che Teh, Dato Aidi, Dato Hussin) pada 26/8/2014 telah membuat keputusan seperti berikut: "S.53 Akta 505 membenarkan Mahkamah Rayuan Syariah untuk menyemak kes samada masih dalam prosiding atau kes yang telah diputuskan. Tiada sebarang tempoh masa tertentu proses semakan boleh dibuat namun ianya tidak boleh sewenang-wenangnya dibuat". Saya tak pasti samada kes ini akan dilaporkan atau tidak di dalam Jurnal Hukum. Oleh itu, maknanya kalau kes itu telah lama sekali pun, peluang untuk menyemak masih ada. Sakian melaporkan.

Tuntutan nafkah iddah menurut hukum syarak dan undang-undang

Pembayaran nafkah iddah adalah wajib ke atas suami yang menceraikan isterinya sepanjang tempoh iddah dan selagi isterinya tidak disabitkan dengan nusyuz. Kuasa Mahkamah untuk membuat perintah berhubung tuntutan nafkah iddah adalah termaktub dalam seksyen 59(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 yang menyatakan: “Tertakluk kepada Hukum Syarak, Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isterinya atau bekas isterinya.” Seksyen ini memberikan kuasa yang luas kepada Mahkamah untuk membuat perintah berkaitan nafkah iddah kepada isteri yang telah diceraikan selagi isteri itu tidak disabitkan nusyuz. Seksyen 65(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pula menyatakan tempoh kuatkuasa nafkah adalah sehingga tamat tempoh iddah seseorang isteri: “Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada suaminya yang dahulu di bawah sesuatu perintah Mahkamah hendakla

Tuntutan mutaah menurut hukum syarak dan undang-undang

Pembayaran mutaah adalah wajib ke atas suami yang menceraikan isterinya tanpa sebab yang patut di sisi Hukum Syarak. Seksyen 56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan: “Selain dari haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mutaah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.” Allah Taala telah berfirman, “Dan isteri-isteri yang diceraikan, berhak mendapat mutaah (pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang takwa” Al-Baqarah 2:241 Hal ini diperkuatkan lagi dengan tawaran Nabi S.A.W memberikan mutaah kepada isteri-isteri Baginda S.A.W sepertimana yang difirmankan,

Realiti Belajar Undang-Undang Tidak Sama Dengan Beramal Dengan Undang-Undang

Pagi ini ada rakan fb saya yang juga bekas pensyarah saya, Prof Madya Dr Shamrahayu meletakkan posting di fb beliau seperti berikut, "Sebelum terbaca satu status sahabat di laman FB ramai pelajar saya yang telah menamatkan "law school" dan sedang menjalani latihan dalam kamar atau sudah berkhidmat membuat rumusan bahawa banyak teori yang dipelajari di universiti tidak dapat diterima pakai di alam realiti. Respons saya: Universiti mengajar teori. Universiti cuba mencari kelebihan diri pelajar. Universiti cuma boleh memberi. Pelaj ar hendaklah berdikari. Dengan teori, dengan kelebihan diri dan dengan berdikari, pelajar perlulah bijak menatap realiti. Seterusnya, dengan berbekal kelebihan diri, pelajar hendaklah bijaksana menyuai padan realiti dan teori - menentukan sama ada realiti perlu disuai padan dengan teori atau teori yang perlu disuai padan dengan realiti. Semua itu pelajar perlu buat sendiri. Setelah tamat di sini, universiti hanya boleh memerhati. Alam realiti i

The Art of Cross-Examination

Please have a look at the way YB Hanipa Maidin crossed the witness. It is indeed fascinating to become a lawyer especially when you have the opportunity to cross a witness. Especially if a witness has acted as if he knows everything about the subject or the witness is giving his opinion rather than stating the fact. Unfortunately, this article is in Malay. You may seek help from Mr Google Translator. The original article can be found at  http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/25781-rahim-noor-teruk-dikerjakan-oleh-hanipa PULAU PINANG:  Perbicaraan kes saman fitnah Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu ke atas Utusan berhubung berita yang disiarkan pada 27 dan 28 Ogos 2011 semakin panas apabila saksi Utusan, Tan Sri Rahim Noor, mantan Ketua Polis Negara disoal balas bertalu-talu oleh peguam Mohamad Sabu, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) . YB Hanipa Maidin Di dalam keterangannya semalam, Rahim Noor menyatakan secara panjang tentang sejarah ideologi komunis di mana Hanipa bangun

Pelanggan Berulang - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman _ Siri 2

Sebenarnya kejayaan itu datang dengan usaha. Usaha itu yang harus diterokai dengan ilmu dan pengalaman. Kejayaan tidak datang bergolek. Saya teringat tulisan Pak Subky Latif, seorang wartawan veteran bahawa kejayaan itu bukan jadi dengan 'kun fa yakun'. Kejayaan sebagai peguam menjadi dambaan setiap pelajar undang-undang. Pada waktu belajar dahulu, ramai kawan-kawan ingin menjadi berjaya seperti Karpal Singh, legenda Harimau Jelutong. Tidak salah mempunyai idola atau orang yang didambakan. Tetapi tidak semestinya kita mesti mengikut jalan yang dilalui oleh Karpal Singh untuk berjaya. Salah satu cara untuk berjaya dalam profesion guaman ini adalah dengan mempunyai pelanggan tetap atau dalam bahasa marketing - 'repeat customer'. Repeat Customer ini bermaksud pelanggan yang berulang-ulang mendapatkan khidmat guaman daripada firma kita. Soalnya bagaimanakah ingin mendapatkan repeat customer ini? Sebabnya peguam bukan penjual kambing percik macam Pak Wan (ada satu gerai

Fokus - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 1

Tahun ini adalah tahun ke 14 saya bertugas dalam bidang kepeguaman. Dalam kata lain, saya dipetisyen masuk ke Mahkamah Tinggi Malaya adalah pada tahun 2000. Bagaimanakah saya dapat survive dalam kerjaya yang mencabar ini. Sudah ramai rakan-rakan yang meninggalkan kerja kepeguaman ini. Ada rakan yang menceburi bidang perniagaan lain seperti menjadi pemusnah anai-anai, pensyarah, pengusaha resort dan pelbagai kerjaya. Untuk berjaya dalam mana-mana bidang sekalipun saya fikir kita memerlukan daya tahan dan sikap inovatif (syukur juga Kerajaan Malaysia sekarang menekankan sifat inovatif ini dalam belajar). Saya tidak sanggup untuk ke Mahkamah semata-mata kerana ingin mendapat JID (judgment in default). Saya juga tidak sanggup ke Mahkamah untuk mendapatkan tarikh sebutan semata-mata. Pada masa mula beramal dahulu, antara kesukaan saya adalah untuk pergi ke Mahkamah dan membuat beberapa sebutan kes dan selepas itu beramai-ramai berkumpul di kantin Mahkamah untuk bercerita dan bergosip.

Menggunakan Waran Tangkap Di Mahkamah Syariah

Seringkali waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Apakah yang menjadi punca waran tangkap tersebut tidak dapat dilaksanakan. Mungkin yang ingin tahu mengenai waran tangkap ini dapat lihat posting saya terdahulu (May 2012). Ada 3 posting berkaitan waran tangkap di sana. Apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah bahawa untuk memastikan perlaksanaan berkesan ke atas waran tangkap adalah dengan memastikan masa penguatkuasa agama atau polis membuat tangkapan itu, defendan mesti ada di alamat di mana waran tangkap itu dikeluarkan. Minggu lepas, ada satu kes di mana waran tangkap tidak dapat dilaksanakan. Kes tersebut telah difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Lumpur. Pada mulanya setelah mendapat salinan waran tangkap, plaintif sendiri telah pergi ke balai polis berdekatan dengan rumah defendan. Sewaktu pergi ke sana, plaintif telah menunjukkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah dan memohon untuk berjumpa den

Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)

Secara umumnya undang-undang berkaitan hak penjagaan anak ini adalah mudah. Lazimnya jika seseorang anak itu belum mumaiyyiz (belum dapat membezakan antara yang baik dan buruk), hak jagaan adalah diberikan kepada ibu. Jika anak itu telah mencapai umur mumaiyyiz, lazimnya umur 7 tahun ke atas, Mahkamah akan menemuramah anak itu dan menanyakan anak tersebut dengan siapakah dia lebih selesa untuk tinggal. Walaupun terdapat beberapa pengecualian kepada prinsip umum ini, Mahkamah biasanya jarang lari daripada prinsip umum ini. Namun, pengalaman lepas menunjukkan bahawa kes berkaitan hadhanah ini paling sulit untuk diselesaikan disebabkan faktor-faktor yang mendatang. Ini disebabkan seseorang ibu atau bapa itu gagal memahami konsep hadhanah ini menurut hukum syarak. Ibu atau bapa yang bercerai itu kadang-kadang terbawa-bawa dengan sebab perceraian sehinggakan anak tersebut menjadi mangsa. sumber: www.jurnalberita.com Sewaktu kes hadhanah itu berlangsung, pihak-pihak biasanya akan m