Mengikut buku undang-undang yang dipelajari oleh mahasiswa yang mengambil subjek Undang-Undang Prosedur Jenayah pastinya akan berjumpa dengan bab tujuan sesuatu hukuman jenayah dikenakan. Pelajaran ini biasanya akan dipelajari dalam subjek “Criminal Procedure’ dan ianya sangat penting kerana sesetengah mahasiswa ini akan menjawat jawatan majistret apabila mereka tamat belajar undang-undang. Tugas majistret adalah untuk mendengar kes. Kedudukannya sama seperti hakim. Dalam sistem perundangan Malaysia majistret akan menjadi hakim di Mahkamah Majistret. Bagi Mahkamah Sesyen orang itu dipanggil sebagai Hakim Sesyen. Begitu juga di Mahkamah Tinggi mereka juga dipanggil sebagai hakim. Apa yang membezakan hanyalah panggilan di pangkal nama iaitu majistret akan dipanggil Tuan Majistret dan hakim sesyen akan dipanggil Tuan Hakim. Apabila di Mahkamah Tinggi akan dipanggil Yang Arif Hakim atau Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman. Pangkat Yang Amat Arif pula akan diberikan kepada Hakim Besar, Presiden
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.