Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2008
Masalah Menjual Kereta Baru-baru ini saya menerima pertanyaan daripada seorang saudara baru. Beliau telah menjualkan kereta melalui sebuah syarikat menjual kereta terpakai. Menurutnya, syarikat tersebut telah berjanji untuk menyelesaikan segala bayaran tebus hutang dengan pihak bank. Namun, janji tetap tinggal janji sahaja. Syarikat tersebut telah menjualkan kereta tersebut kepada orang lain dan pembeli itu telah meneruskan ansuran bank tanpa nama saudara baru itu ditukar milik. Sebagaimana kelaziman, pembeli itu telah gagal menjelaskan bayaran ansuran bank dan bank menghantar notis kepada saudara baru itu. Saudara baru itu telah bersemuka dengan pemilik syarikat itu dan pemilik syarikat berjanji untuk melunaskan bayaran hutang bank. Akhirnya, kereta itu telah dirampas oleh bank dan dilelong. Setelah ditolak hasil lelongan, masih terdapat baki hutang kira-kira RM25 ribu. Syarikat tersebut masih gagal untuk menjelaskan bayaran baki hutang itu. Malah, telefon dan sms sudah tidak dilayan.