Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Masalah dalam S.32(b) Akta Kesalahan Pilihan Raya

Sesiapa yang membuat petisyen pilihan raya atas isu dakwat kekal perlu sedar kekangan dalam S.32(b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Masalah utamanya kerana sikap hakim di Malaysia yang memandang sepi pandangan Lord Denning dalam kes Morgan vs Simpson. Lord Denning telah menyatakan bahawa: 1. Jika sesuatu pilihan raya telah dijalankan dengan begitu teruk yang mana secara amnya tidak menurut peraturan pilihan raya, pilihan raya itu akan terbatal samada perlanggaran itu menjejaskan atau tidak menjejaskan keputusan pilihan raya. 2. Jika sesuatu pilihan raya telah dijalankan menurut peraturan dan undang-undang, pilihan raya itu tidak boleh dibatalkan atas alasan berlaku sedikit perlanggaran peraturan dan undang-undang tersebut, jika perlanggaran itu tidak menyentuh keputusan pilihan raya. 3. Jika sesuatu pilihan raya itu telah dijalankan secara amnya telah mematuhi peraturan pilihan raya, tetapi telah berlaku sedikit perlanggaran peraturan pilihan raya itu, dan akibat daripad

Kandungan dan Bentuk Petisyen Pilihan Raya

Kandungan dan bentuk petisyen pilihan raya 1)               Bagaimana membuat petisyen? Mesti mematuhi kehendak kaedah 4 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954 (“KKPP”). 2)             Bolehkah berikan contoh petisyen Contoh petisyen – seperti di lampiran di kaedah 4 KKPP 1954. 3)               Bagaimana melantik peguambela untuk mewakili pempetisyen.            Perhatian khusus kepada perlantikan peguambela oleh pempetisyen (kaedah 9 KKPP 1954) iaitu               notis yang ditandatangani oleh pempetisyen melantik peguam. 4)               Apakah perlu dibuat deposit wang untuk mengemuka petisyen? Deposit RM10 ribu mesti dibayar kepada mahkamah sebagai jaminan kos (kaedah 12 KKPP 1954) 5)               Bagaimana membuat serahan petisyen? Notis mengenai pengemukaan petisyen disertai sesalinan petisyen hendaklah dikemukakan kepada responden dalam tempoh 15 hari selepas petisyen dikemukakan ke mahkamah dan diserahkan menurut kaedah 15 KKPP 1954. Kaedah