Skip to main content

Kandungan dan Bentuk Petisyen Pilihan Raya


Kandungan dan bentuk petisyen pilihan raya

1)              Bagaimana membuat petisyen?
Mesti mematuhi kehendak kaedah 4 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954 (“KKPP”).

2)            Bolehkah berikan contoh petisyen
Contoh petisyen – seperti di lampiran di kaedah 4 KKPP 1954.

3)              Bagaimana melantik peguambela untuk mewakili pempetisyen.
           Perhatian khusus kepada perlantikan peguambela oleh pempetisyen (kaedah 9 KKPP 1954) iaitu   
           notis yang ditandatangani oleh pempetisyen melantik peguam.

4)              Apakah perlu dibuat deposit wang untuk mengemuka petisyen?
Deposit RM10 ribu mesti dibayar kepada mahkamah sebagai jaminan kos (kaedah 12 KKPP 1954)

5)              Bagaimana membuat serahan petisyen?
Notis mengenai pengemukaan petisyen disertai sesalinan petisyen hendaklah dikemukakan kepada responden dalam tempoh 15 hari selepas petisyen dikemukakan ke mahkamah dan diserahkan menurut kaedah 15 KKPP 1954. Kaedah mengenai penyerahan petisyen ini haruslah dibuat dengan teliti kerana banyak kes-kes yang dilaporkan telah dibatalkan kerana perserahan yang tidak mengikut KKPP 1954.

6)              Apakah relif yang boleh diperolehi dalam suatu petisyen?
           Terdapat 3 relif yang boleh dituntut iaitu suatu perisytiharan bahawa pilihanraya itu tidak sah, suatu   
            perisytiharan bahawa orang itu telah tidak dipilih dengan sewajarnya atau sepatutnya telah tidak 
            dilapor pilih dan jika kerusi itu dituntut untuk seorang calon yang tidak berjaya atas alasan bahawa 
             dia telah mendapat majoriti undi yang sah di sisi undang-undang, suatu tafahus (seksyen 35 Akta 
            Kesalahan Pilihan Raya 1954 (“AKPR”). Rujukan kepada tafahus hendaklah dibaca bersama 
            seksyen 40 AKPR.

7)              Siapakah yang boleh membuat petisyen?
Pengundi dalam kawasan pilihanraya itu, seseorang yang menuntut sebagai telah ada hak untuk dilapor pilih atau dipilih atau seseorang calon pilihanraya.

8)              Apakah alasan untuk membuat petisyen?
Apa jua alasan boleh dimasukkan bagi membuat petisyen ini termasuklah dakwaan rasuah, sogokan, jamuan dan lain-lain perkara yang bercanggah dengan kesalahan pilihanraya termasuk juga mengenai ketidakpatuhan dengan peraturan pilihanraya yang memprejudiskan pempetisyen.

9)              Bila boleh dikemukakan petisyen pilihanraya?
21 hari dari tarikh keputusan pilihanraya digazetkan tertakluk kepada beberapa syarat lain (lihat seksyen 38 AKPR)

10)          Bolehkah pemilihan seseorang calon itu dibatalkan?
Boleh menurut seksyen 32 AKPR.

Comments

Popular posts from this blog

Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)

Secara umumnya undang-undang berkaitan hak penjagaan anak ini adalah mudah. Lazimnya jika seseorang anak itu belum mumaiyyiz (belum dapat membezakan antara yang baik dan buruk), hak jagaan adalah diberikan kepada ibu. Jika anak itu telah mencapai umur mumaiyyiz, lazimnya umur 7 tahun ke atas, Mahkamah akan menemuramah anak itu dan menanyakan anak tersebut dengan siapakah dia lebih selesa untuk tinggal. Walaupun terdapat beberapa pengecualian kepada prinsip umum ini, Mahkamah biasanya jarang lari daripada prinsip umum ini. Namun, pengalaman lepas menunjukkan bahawa kes berkaitan hadhanah ini paling sulit untuk diselesaikan disebabkan faktor-faktor yang mendatang. Ini disebabkan seseorang ibu atau bapa itu gagal memahami konsep hadhanah ini menurut hukum syarak. Ibu atau bapa yang bercerai itu kadang-kadang terbawa-bawa dengan sebab perceraian sehinggakan anak tersebut menjadi mangsa. sumber: www.jurnalberita.com Sewaktu kes hadhanah itu berlangsung, pihak-pihak biasanya akan m...

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua...

THE CONCEPT OF CONSTRUCTIVE DISMISSAL IN MALAYSIA

1)            Constructive dismissal is a term used when an employee terminates his employment contract and considers himself discharged from further performance of his work as a result of his employer’s behaviour. For example, the employer has made the employee’s position at work untenable leaving the employee with no alternative but to quit his employment under protest. Although there is no actual dismissal by the employer, the end result is the same as if the employee had been fired. 2)            Gopal Sri Ram JCA in Quah Swee Khoon v Sime Darby Bhd [2001] 1 CLJ 9 at 19 described ‘constructive dismissal’ as follows: “A reading of the pleaded case for the parties resolved the issue that fell for adjudication before the Industrial Court into what the profession has come to call as a “constructive dismissal”. There is no magic in the phrase. It simply means this. An employer does not like...