Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kadar mut'ah

Kesilapan Lazim Dalam Prosiding Tuntutan Mutaah

Dalam tulisan terdahulu saya telah jelaskan maksud  mutaah  dan cara  pengiraan kadar mutaah . Tulisan ini bercadang untuk menjelaskan kesilapan yang lazim berlaku dalam tuntutan mutaah. Ini kerana menurut pemerhatian saya kesilapan ini bukan sahaja dibuat oleh orang awam tetapi juga oleh peguam syarie. Saya sendiri tidak terkecuali daripada membuat kesilapan ini dahulu. Tetapi, setelah mengendalikan beberapa kes berkaitan mutaah maka pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih baik. Saya melihat wujud kesilapan yang dibuat sewaktu dalam penyediaan Pernyataan Tuntutan. Dalam kes berkaitan mutaah, si isteri hendaklah menfailkan saman dan pernyataan tuntutan. Pernyataan Tuntutan adalah sebahagian daripada pliding yang mana akan menjadi panduan kepada hakim dan pihak-pihak yang bertikai sewaktu perbicaraan kelak. Sesuatu yang tidak ditulis di dalam pliding tidak boleh dibangkitkan atau dibicarakan sewaktu perbicaraan. Bukti dan keterangan yang boleh dikemukakan hanya yan...

Pengiraan Kadar Mutaah

1.  Bagi pasangan yang bercerai, menetapkan kadar mutaah yang sewajarnya adalah suatu kesulitan. Bagi isteri, pasti mahu mendapatkan jumlah yang besar setimpal dengan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap suami. Bagi suami, jumlah yang dituntut oleh isteri itu mungkin melampau dan tidak setara dengan tindakan yang dibuat oleh bekas isteri. Misalnya, dalam kes tuntutan mutaah pelakon Rita Rudaini lwn Aidil Zafuan Abdul Razak, yang mana plaintif telah mendapat penghakiman sejumlah RM30,000 berbanding tuntutan asalnya yang berjumlah RM300,000.   2.   S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak memperincikan kaedah menetapkan jumlah mutaah yang perlu dibayar. Ianya hanya menyebutkan, kadar mutaah itu ditetapkan atas suatu jumlah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut Sebagai tambahan kepada haknya untuk mem...