Skip to main content

PEMELUKAN AGAMA ISLAM KANAK-KANAK

 Baru-baru ini Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun DorasamyArun Dorasamy mengecam jawapan Firdaus Wong mengenai pemelukan sepihak kanak-kanak ke dalam agama Islam. Arun menuntut tiga perkara iaitu, Kementerian Pendidikan mengharamkan program murid-murid sekolah dengan Firdaus Wong, menuntut tindakan tegas PDRM dan Peguam Negara ke atas Firdaus Wong dan ketiga, kenyataan rasmi daripada kerajaan Madani untuk mengecam perkara ini.





Isu ini sebenarnya berkaitan dengan pemahaman terhadap Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan,
12. Right in respect of education
(4) For the purposes of Clause (3) the religion of a person under the age of eighteen years shall be decided by his parent or guardian.
Terjemahan BM
(4) Bagi maksud Fasal (3) agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.
Dalam kes In Indira Gandhi Mutho v. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & Ors And Other Appeals [2018] 2 MLRA 1; [2018] 1 MLJ 545; [2018] 3 CLJ 145, Hakim Mahkamah Persekutuan, Zainun Ali FCJ menyatakan,
[157] Conversion to another religion is a momentous decision affecting the life of a child, imposing on him a new and different set of personal laws. Where a decision of such significance as the conversion of a child is made, it is undoubtedly in the best interests of the child that the consent of both parents must be sought. The contrary approach of allowing the child to be converted on the consent of only one parent would give rise to practical conundrums A purposive reading of art 12(4) of the Federal Constitution that promotes the welfare of the child and is consistent with good sense would require the consent of both parents (if both are living) for the conversion of a minor.
[161] Since custody of the children had been granted to the appellant, it was the appellant who exercised the dominant influence in their lives. To allow the other spouse to unilaterally convert the children without the appellant's consent would amount to a serious interference with the lifestyle of the family.
[175] Based on a purposive interpretation of art 12(4) read with the Eleventh Schedule of the Federal Constitution, and on application of ss 5 and 11 of the GIA, it is concluded that the consent of both the appellant and her husband are required before a Certificate of Conversion to Islam can be issued in respect of the children.
Secara ringkasnya, maksud perenggan ini menyatakan bahawa agama bagi seorang kanak-kanak itu perlu diputuskan oleh kedua-dua ibu bapanya dan tidak boleh diputuskan sepihak oleh ibu ATAU bapa sahaja seperti yang terkandung dalam teks Perlembagaan Bahasa Melayu. Maksudnya hakim menggunakan teks Bahasa Inggeris sebagai teks yang autoritatif. Dan mengikut Bahasa Inggeris perkataan 'parent' itu merujuk kepada ibu dan bapa. Tidak ada istilah 'parents', dan yang ada hanyalah 'parent'.
Namun, sebelum kes Indira Gandhi diputuskan, Mahkamah Persekutuan dalam kes Subashini Rajasingam v Saravanan Thangthoray & Other Appeal [2007] 3 MLRA 81 memutuskan,
[26] After a careful study of the authorities, I am of the opinion that the complaint is misconceived. Either husband or wife has the right to convert a child of the marriage to Islam. The word 'parent' in art 12(4) of the FC, which states that the religion of a person under the age of 18 years shall be decided by his parent or guardian, means a single parent.
In Teoh Eng Huat v. The Kadhi of Pasir Mas, Kelantan & Anor [1990] 1 MLRA 287; [1990] 2 MLJ 300; [1990] 1 CLJ (Rep) 277), Abdul Hamid Omar LP, delivering the judgment of the Supreme Court, said at p 14 (p 280):
In all the circumstances, we are of the view that in the wider interests of the nation, no infant shall have the automatic right to receive instructions relating to any other religion than his own without the permission of the parent or guardian.
Further down, His Lordship continued:
We would observe that the appellant (the father) would have been entitled to the declaration he had asked for. However, we decline to make such declaration as the subject is no longer an infant. (emphasis added)
Therefore, art 12(4) must not be read as entrenching the right to choice of religion in both parents. That being so, art 8 is not violated as the right for the parent to convert the child to Islam applies in a situation where the converting spouse is the wife as in Nedunchelian, (supra), and as such, the argument that both parents are vested with the equal right to choose is misplaced. Hence the conversion of the elder son to Islam by the husband albeit under the Selangor Enactment did not violate the FC.
Also reliance cannot be placed on s 5 of the Guardianship of Infants Act 1961 which provides for equality of parental rights since s 1(3) of the same Act has prohibited the application of the Act to such person like the husband who is now a Muslim. (See Shamala Sathiyaseelan v. Dr Jeyaganesh C Mogarajah & Anor [2004] 1 MLRH 67; [2004] 2 MLJ 648; [2004] 2 CLJ 416; [2004] 5 AMR 75).
Jadi di sini ada 2 penghakiman Mahkamah Persekutuan yang menggunakan pendekatan yang berbeza. Namun, oleh kerana dalam prinsip perundangan Malaysia doktrin binding precedent adalah terpakai maka kes yang paling akhir diputuskan itulah yang akan menjadi paling autoritatif.
Disebabkan hal tersebut juga maka dalam kes pengislaman 3 orang anak Loh Siew Hong oleh Pendaftar Mualaf Perlis telah dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan pada Januari 2024 yang lepas.
Jadi apakah seorang kanak-kanak yang berusia di bawah 18 tahun tidak boleh memeluk agama Islam? Ini yang menjadi persoalan apabila ditanyakan hal tersebut kepada Firdaus Wong. Dan jawapan dalam majlis itu menyatakan bahawa boleh menjadi Islam tetapi secara berahsia seperti bersolat secara sembunyi-sembunyi dan sebagainya.
Islam tidak memaksa orang bukan Islam untuk menganut agama Islam. Untuk menjadi Islam orang itu harus percaya bahawa Allah itu adalah yang paling berhak disembah dan Nabi Muhammad SAW adalah nabi dan pesuruh Allah. Islam itu datang daripada hati dan percaya kepada 6 Rukun Iman.
Walau pun begitulah kedudukan undang-undang sekarang ini yakni, keislaman seorang kanak-kanak tidak dapat didaftarkan tanpa kebenaran bertulis daripada kedua-dua ibu dan bapanya, namun hakikatnya tiada siapa dapat menghalang hidayah itu singgah ke mana-mana hati manusia.
Kanak-kanak itu (jika telah baligh) masih boleh menjadi Islam apabila dia percaya kepada rukun Iman dan dia mengucap dua kalimah syahadah. Cuma kanak-kanak itu tidak akan memperolehi kad mualaf yang dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf.
Berkaitan tiga tuntutan Arun itu sebenarnya bergantung kepada Kementerian Pendidikan. Jika hal sebegitu menimbulkan lebih banyak kontroversi berbanding kebaikan maka tidak perlulah dijemput Firdaus Wong ke sekolah-sekolah.
Namun untuk satu tindakan siasatan dan pendakwaan dibuat ke atasnya oleh PDRM atau Peguam Negara adalah satu perkara yang tiada asas yang jelas kerana mengislamkan orang lain atau menyeru orang lain menganut agama Islam bukanlah satu jenayah.
Begitu juga seruan supaya Kerajaan Madani untuk mengeluarkan satu kecaman juga tidak mempunyai asas kerana ianya menganut Islam itu adalah pilihan masing-masing termasuk bagi kanak-kanak itu. Apa yang tidak boleh dibuat sekarang hanyalah untuk mendaftarkan kanak-kanak itu dalam pendaftaran seorang mualaf.
Akhir sekali, Astro Awani dalam berita 10 Jun 2024 melaporkan mengenai seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang menganut ajaran Islam dan pada masa dia berumur 17 tahun ibu bapanya pula menganut Islam. Bagi kita berita seperti ini lebih mendamaikan berbanding berita yang mengadu domba antara satu sama lain.




Islam bukanlah memaksa anak untuk memisahkan silaturrahim antara ibu bapanya apabila si anak memeluk Islam. Si anak perlu tetap mentaati ibu bapanya.
Masalah pendakwah moden sekarang ini seperti Firdaus Wong dan seumpamanya itu adalah sering menunjukkan di khalayak ramai cara berdakwah yang tidak harmoni dan tidak mesra antara pelbagai kaum sehingga mengundang curiga penganut agama lain kepada Islam.
Berdakwah dengan cara merendah-rendahkan agama lain atau kaedah perbandingan agama bukanlah satu-satunya cara untuk mengembangkan Islam. Metod sebegitu tidak begitu sesuai dalam konteks masyarakat Malaysia. Kaedah yang terbukti berkesan dalam dakwah nusantara ini adalah kaedah asimilasi dan ubahsuai seperti mana cara wali songo berdakwah di pulau Jawa yang mana dalam tempoh tidak sampai 100 tahun hampir seluruh pulau Jawa kecuali Bali telah memeluk agama Islam.
Kaedah perbandingan itu mungkin sesuai untuk orang teologi yang telah mempunyai asas pelbagai agama seperti mana nabi dahulu berhujah dengan golongan ahli kitab.
Apa pun adalah penting untuk mengekalkan keharmonian pelbagai kaum di Malaysia ini supaya Malaysia tetap aman dan damai dan semua penganut agama dapat beramal secara harmonis. Pendekatan yang melampau (ghuluw) dan ekstremis tidak akan membawa kita ke hadapan.

Bersederhanalah dalam beragama!

Comments

Popular posts from this blog

Apa nak buat bila dah kena tangkap?

Jika seseorang defendan atau responden ditangkap ekoran waran tangkap yang dikeluarkan ke atas dirinya, maka biasanya defendan itu akan dibawa ke balai polis yang berdekatan. Setelah butirannnya diambil, lazimnya defendan akan dibebaskan dengan jaminan polis. Polis boleh melepaskan defendan itu dengan jaminan mulut oleh defendan sendiri atau polis boleh meminta supaya defendan mendapatkan seorang penjamin yang lain. Defendan dan penjamin perlu hadir ke Mahkamah Syariah yang ditetapkan pada hari sebutan. Jika defendan hadir, maka Mahkamah boleh melanjutkan jaminan yang diberikan ke atasnya dengan jaminan yang sama atau Mahkamah boleh meminta supaya didepositkan wang sebagai jaminan kehadirannya ke Mahkamah. Biasanya di Mahkamah Syariah, kadar jaminan wang antara RM1000 - RM2000. Menariknya, seorang peguam syarie boleh memberikan jaminan ke atas defendan itu, Namun, akta yang ada tidak jelas samada peguam syarie itu adalah peguamnya sendiri atau pun peguam yang lain. Ini kerana, jika

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua

Pengiraan Kadar Mutaah

1.  Bagi pasangan yang bercerai, menetapkan kadar mutaah yang sewajarnya adalah suatu kesulitan. Bagi isteri, pasti mahu mendapatkan jumlah yang besar setimpal dengan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap suami. Bagi suami, jumlah yang dituntut oleh isteri itu mungkin melampau dan tidak setara dengan tindakan yang dibuat oleh bekas isteri. Misalnya, dalam kes tuntutan mutaah pelakon Rita Rudaini lwn Aidil Zafuan Abdul Razak, yang mana plaintif telah mendapat penghakiman sejumlah RM30,000 berbanding tuntutan asalnya yang berjumlah RM300,000.   2.   S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak memperincikan kaedah menetapkan jumlah mutaah yang perlu dibayar. Ianya hanya menyebutkan, kadar mutaah itu ditetapkan atas suatu jumlah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut Sebagai tambahan kepada haknya untuk memohon nafkah, seseor