Baru-baru ini dilaporkan bahawa mereka yang berpendapatan RM5000 sebulan dan tinggal di kota adalah dalam keadaan cukup-cukup makan. Bagi sesetengah orang, jumlah tersebut sudah dianggap sebagai jumlah yang besar. Laporan itu menyatakan bahawa lelaki berkenaan mempunyai seorang isteri dan dua orang anak. Seorang anak sudah bersekolah berumur 11 tahun dan seorang lagi masih kecil berumur setahun. Lanjutan daripada laporan tersebut, beberapa radio di ibu kota telah mendapatkan pandangan beberapa pendengar dan para penyelidik. Seorang penyelidik menyatakan dalam temu bual radio itu bahawa jumlah pendapatan yang agak selesa sedikit jika tinggal di ibu kota ini adalah sebanyak RM8000 sebulan. Bagi seorang peguam, gaji yang diperolehi pada masa mula-mula menjadi peguam tidak akan mencapai jumlah RM5000 sebulan. Gaji RM5000 sebulan itu mungkin akan dicapai jika sudah bekerja 3-6 tahun. Gaji permulaan seorang peguam di ibu kota ini mungkin sekit...
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.