Skip to main content

Posts

Showing posts with the label EKJS

Perjalanan RUU 355 Di Parlimen

RUU 355 YB Ahli Parlimen Marang dijangka akan dibaca semula di Parlimen pada sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada 17 Oktober 2016 sehingga 24 November 2016. Ada sahabat peguam yang menyatakan bahawa RUU 355 itu hanya perlu disebut dan diundi tanpa dibahaskan. Saya kurang bersetuju dengan pandangan tersebut. Bagi saya, sesuatu usul bagi rang undang-undang persendirian perlu dibahaskan dan diundi. Kekeliruan ini timbul mungkin disebabkan perbezaan pemahaman terhadap Peraturan 49 Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Peraturan 49 itu menyatakan: Rang Undang-undang daripada ahli yang bukan ahli Kerajaan. 49. (1) Dengan tertakluk kepada syarat-syarat dalam Perkara 67 dalam Perlembagaan siapa-siapa ahli yang bukan ahli Kerajaan yang hendak membawa Rang Undang-undang boleh meminta izin Majlis hendak berbuat demikian, dan ia hendaklah juga menyertakan bersama satu naskhah Rang Undang-undang berserta dengan huraian mengenai tujuan-tujuan dan sebab-sebabnya, tetapi tidak boleh ...

Murtad dan Kebebasan Beragama di Malaysia: Sorotan Pendapat Prof. Ahmad Ibrahim

Sewaktu mentelaah kes dalam Jurnal Hukum, saya terbaca tulisan Almarhum Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim, 'Penyelesaian Masalah Murtad Dalam Ruang Lingkup Undang-Undang Malaysia Yang Ada' [Jurnal Hukum Jld XII Bhg 1, Rabiul Awal 1419/Jun 1998, hlm vii-xxxvii]. Saya tidak bercadang untuk menyalin satu persatu tulisan itu tetapi hanya mengutip beberapa perenggan yang penting iaitu: "Murtad adalah merupakan dosa besar dan mengikut jumhur Ulama' ia bukan sahaja dibalas dengan hukuman pedih di akhirat akan tetapi boleh dihukum sebagai jenayah mengikut al-Quran dan al-Sunnah. Ini biasanya dipandukan kepada ayat al-Quran yang ....(rujuk surah al-Baqarah 2: 217). Hadis yang biasa dirujuk di dalam perkara ini ialah bermaksud: 'Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah ia' ..... Sungguh pun hadis itu menyebut pertukaran agama secara am, telah sepakat majoriti ulama Islam bahawa seorang bukan Islam yang menukar agama kepada suatu agama lain tidak dihukum, akan ...