DILEMA MENYAMBUNG PENGAJIAN LANJUTAN Sewaktu mula-mula menjadi peguam 20 tahun lepas, saya memberitahu seorang rakan sekelas yang juga kawan akrab semasa di universiti bahawa cita-cita saya adalah untuk menjadi jutawan apabila mencecah umur 40 tahun. Pada waktu itu, saya berumur 27 tahun. Saya memasuki alam pekerjaan agak lewat daripada rakan-rakan yang lain. Pada masa mendapat ijazah pertama kami berusia 24 tahun dan apabila habis latihan dalam kamar akan berusia 25 tahun. Ramai di kalangan kami yang terus memasuki alam pekerjaan dan masing-masing akan bergaya dengan kereta yang cantik-cantik. Sememangnya setiap graduan akan mempunyai cita-cita pertama mereka untuk memiliki kereta. Pada masa itu, kereta Proton Perdana kelihatan begitu gah di mata dan ada seorang teman yang telah memiliki kereta itu seawal dua tahun memasuki alam pekerjaan. Mungkin graduan sekarang sudah tidak pandang kepada kereta Proton Perdana. Kereta Proton Perdana pun sudah tidak lagi kelihatan di jalan raya. Mung...
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.