Skip to main content

Posts

Showing posts with the label darurat

NASIHAT DARURAT PM KEPADA YDPA

NASIHAT DARURAT PM KEPADA YDPA 1. Ada dua persoalan berkaitan isu nasihat darurat PM kepada YDPA. Persoalan pertama sudah terjawab dalam senario darurat yang berlaku sebelum ini dan baru-baru ini. Persoalan pertama adalah sama ada YDPA boleh mengisytiharkan darurat tanpa ada nasihat PM dan sama ada YDPA terikat dengan nasihat PM tersebut. 2. Pada bulan 25 Oktober 2020, YDPA telah menolak nasihat PM untuk mengisytiharkan darurat di seluruh negara. Ini membuktikan bahawa menurut Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan, YDPA mempunyai budi bicara atau prerogatif untuk tidak menerima nasihat PM bagi maksud perisytiharan darurat. 3. Perkara 150(1) menyatakan, "(1) Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytih...

PERMINTAAN PERDANA MENTERI KEPADA YDPA UNTUK PERISYTIHARAN DARURATPERMINTAAN PERDANA MENTERI KEPADA YDPA UNTUK PERISYTIHARAN DARURAT

PERMINTAAN PERDANA MENTERI KEPADA YDPA UNTUK PERISYTIHARAN DARURAT 1. Semalam (25/10/2020), YDPA telah menolak permintaan PM untuk satu perisytiharan darurat. Ada yang berpendapat bahawa  YDPA sebagai raja berperlembagaan wajib mengikuti nasihat PM atau Jemaah Menteri. 2. Alasan yang diberikan adalah kerana menurut Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan menghendaki YDPA untuk mematuhi nasihat. Walau bagaimanapun Perkara 40(2) Perlembagaan memberikan kuasa prerogatif (budi-bicara) kepada YDPA dalam beberapa hal seperti berikut: "(2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:  (a) melantik seorang Perdana Menteri;  (b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen;  (c) meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu,  dan dalam apa-apa hal...