Seusai menghadiri Bengkel Faraid - Pengiraan Kes Munasakhat yang dikuliahkan oleh Tuan Haji Wan Abdul Halim Wan Harun, seorang tokoh ilmu faraid terkemuka tanahair di Masjid Wilayah, Jalan Duta sempatlah untuk bersolat Jumaat di masjid berkenaan. Tajuk khutbah pada tanggal 8 September 2017 itu adalah ‘Payung Negara’ yang merujuk kepada institusi kesultanan yang wujud di Malaysia. Khutbah ini adalah khutbah khas yang dikarang sempena Hari Keputeraan Yang di Pertuan Agong pada tahun 2017 yang ditetapkan pada 9 September 2017. Sebelum ini tarikh hari keputeraan itu ditetapkan pada 27 Julai. Antara isi menarik khutbah itu adalah bahawa: “ Raja dan Sultan, selaku ketua agama juga bertindak sebagai penerus kepimpinan Rasulullah dalam melaksanakan perintah-perintah Allah SWT di tengah-tengah masyarakat dan negara. Memelihara dan mengembangkan agama ini termasuk tugas ketua negara dari segi keagamaan. Sebagai ketua agama, baginda perlu memastikan segala bentuk perundangan yang ter...
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.