Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pilihan raya

Perihal Pembangkang Disekat Memasuki Sarawak Semasa Pilihan Raya Negeri

        Saya ada membaca beberapa laporan akhbar perihal beberapa pemimpin pembangkang dilarang daripada memasuki negeri Sarawak semasa tempoh berkempen pilihan raya negeri Sarawak kali ini. Penamaan calon telah dibuat pada 24/4/2016 dan hari pengundian telah ditetapkan pada 7/5/2016.         Sepanjang tempoh kempen ini, Presiden Parti Amanah Negara, Hj Muhamad Sabu telah tiba di Sarawak tetapi ketika sampai di lapangan terbang Kuching, pihak imigresen telah menghalang beliau daripada memasuki Sarawak dan beliau telah dihantar pulang pada hari yang sama. Pemimpin muda parti yang sama, Shazni Munir juga turut menerima nasib yang sama.          Selain itu, beberapa pimpinan NGO seperti Dato Ibrahim Ali daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa juga menerima nasib yang serupa. Tetapi, Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Azmin Ali menerima nasib yang lebih baik. Beliau tidak dilarang daripada memasuki Sarawak teta...