Beberapa hari yang lepas, kami telah melakukan permusafiran ke bumi Sulawesi yang menjadi tempat mastautin masyarakat Bugis. Setepatnya perjalanan ini adalah ke Bandaraya Makassar, Sulawesi Selatan. Rombongan kami terdiri daripada peguam, pegawai tadbir diplomatik dan mahasiswa tahun akhir undang-undang. Perjalanan kali ini adalah perjalanan untuk berkongsi ilmu kepeguaman dan perundangan dengan STISIP (Sekolah Tinggi Ilmu Sosial dan Ilmu Politik) di Kabupaten (Daerah) Rappang, Sulawesi Selatan. Sulawesi Selatan adalah salah sebuah provinsi (negeri) yang berada dalam negara Indonesia. Provinsi ini mengandungi 24 daerah iaitu 21 Kabupaten dan 3 Kota Madya. Pada mulanya agak sukar untuk memahami sistem kenegaraan dan struktur organisasi pentadbiran di Indonesia. Persoalan berkaitan sistem kenegaraan Indonesia sudah lama bermain di fikiran khasnya selepas Jokowi berjaya memenangi jawatan Presiden Indonesia. Tambahan lagi, kepakaran yang dipelajari selama ini adalah dalam bidang perlem...
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.