Skip to main content

Posts

Showing posts with the label berjaya dalam profesion undang-undang

Hijrah Peguam

Umat Islam telah menyambut sambutan Hijratul Rasul atau Maal Hijrah baru-baru ini. Semangat menyambut tahun baru gregorian mempunyai sedikit perbezaan dengan semangat berhijrah yang disambut setiap awal Muharam. Jika setiap tanggal 31 Disember, masing-masing memulakan tahun baharu dengan azam dan resolusi hidup yang baharu tetapi dalam semangat Hijratul Rasul ini kita membayangkan berpindah daripada kehidupan yang susah kepada kehidupan yang baharu yang kita sendiri tidak tahu masa hadapannya. Apa yang kita pasti adalah bahawa dengan meninggalkan kehidupan yang lama itu kita akan keluar daripada kesusahan kehidupan yang lama. Sewaktu umat Islam di dalam tahun ke-13 kenabian Nabi Muhammad SAW mereka merasakan kebebasan beragama mereka semakin terancam dan Nabi SAW telah diperintahkan untuk berhijrah daripada kota Mekah ke Yastrib. Mekah dan Yastrib ini berada kira-kira 400 kilometer perjalanan. Bayangkan perjalanan di padang pasir kering kontang 1439 tahun yang lampau. Tentu sekali...

Menasihati Klien - Bagaimanakah Ingin Berjaya Dalam Profesion Guaman - Siri 15

Dalam dunia media sosial hari ini, hubungan sesama insan banyak dipermudahkan dengan sistem teknologi. Setiap orang yang mempunyai facebook pasti mempunyai ramai teman maya yang mungkin beliau tidak pernah ketemu sepanjang hayatnya. Ramai teman-teman peguam yang menulis pengalaman masing-masing di mahkamah dan tindakan itu pada fikiran saya banyak membantu orang ramai dalam memahami bidang guaman ini. Saya juga kerap menerima pertanyaan daripada rakan facebook yang saya tidak pernah berjumpa. Setiap soalan yang ditanya itu akan dijawab dengan sebaik mungkin sehingga pihak yang bertanya itu berpuashati. Ada juga rakan facebook yang meminta pandangan kedua. Beliau telah melantik peguam yang lain dan cuba bertanyakan pandangan kedua mengenai kes beliau. Bagi saya jika bertanyakan pandangan kedua maka saya harus lebih berhati-hati kerana adalah menyalahi etika guaman jika kita mencampuri urusan peguam yang lain. Kaedahnya, peguam yang pertama itu lebih memahami perjalanan kes beliau...

Tawadhu’ Dalam Kepeguaman - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 14

Tawadhu’ atau ‘humility’ adalah prinsip dasar yang harus menjadi amalan dalam kepeguaman. Tawadhu’ ini merujuk kepada sikap dan sifat merendah diri dan hormat kepada pihak yang lain. Dalam “ Forum Prosiding Jenayah Syariah Di Malaysia: Perlukah Anjakan Paradigma?” anjuran Majlis Peguam pada 22/4/2017, Tuan Awang Armadajaya bin Awang Mahmud, Ketua Unit Rayuan, Jabatan Peguam Negara menyebutkan bahawa ‘tawadhu’ ini adalah suatu kemestian bagi yang beramal dalam profesion ini. Beliau menyatakan bahawa sifat ‘tawadhu’ ini bukan setakat perlu menjadi perhatian peguam malah kepada para pendakwaraya dan hakim itu sendiri. Kesemua pihak mempunyai peranan masing-masing dan perlu menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya. Ketiga-tiga pihak itu tidak boleh mendabik dada bahawa merekalah yang paling alim dan arif kerana yang paling utama dalam sesuatu kes adalah melaksanakan keadilan. Keadilan tidak akan tertegak jika mana-mana pihak itu ‘eksyen’ dan berlagak pandai. Pokoknya, masing...

Interaksi Antara Industri Dan Mahasiswa/i Undang-Undang

Baru-baru ini saya dan beberapa orang teman yang lain telah dijemput untuk berkongsi pengalaman bersama mahasiswa/i undang-undang tahun akhir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Sg Pusu dalam satu program yang dinamakan “Teh Tarik Session With Law Firms”. Kesemua panelis yang dijemput itu adalah peguam-peguam yang telah lama berkhidmat di dalam dunia perundangan mewakili pelbagai cabang amalan. Sejurus sebelum program bermula, kami dimaklumkan oleh seorang pensyarah kanan di universiti berkenaan bahawa ramai di kalangan graduan sekarang tidak berminat untuk menjadi peguam. Beliau meminta kami untuk berkongsi pengalaman dunia guaman sebagai galakan kepada mereka untuk turut menceburi bidang ini. Saya mewakili cabang amalan guaman syariah, Tuan Ariff Azami mewakili bidang litigasi jenayah, Tuan Noorazmir mewakili bidang guaman litigasi sivil dan Puan Azlina mewakili bidang dokumentasi ‘conveyancing’. Maklumbalas yang diperolehi daripada penganjur menunjukkan bahawa mah...

Memandang Manusia Daripada Sudut Hak Asasi Dan Taqwa

Sewaktu menikmati sarapan pagi di sebuah hotel, saya melihat dua wajah yang kontras. Saya melihat satu wajah ceria penuh senyuman daripada pelayan hotel yang bertugas mengangkat pinggan mangkuk dan satu wajah yang kusam tanpa keceriaan daripada penghuni hotel. Sebenarnya wajah pelanggan hotel itu pelbagai. Ramai pelanggan hotel datang bercuti bersama ahli keluarganya. Mereka datang bersarapan dengan ahli keluarga tetapi sangat kurang wajah yang ceria menampakkan senyuman. Ada yang begitu sibuk mencuba pelbagai menu sarapan sehingga lupa untuk menikmatinya. Mungkin mereka jarang ketemu dengan hidangan yang terlampau banyak dan pelbagai. Ada yang dihidangi senyuman oleh pelayan tetapi membalasnya dengan wajah yang kusam. Ya, kita akui bahawa pelayan itu barangkali sudah dilatih oleh majikannya untuk sentiasa senyum dan sentiasa berhemah apabila melayan pelanggan. Tidak hairanlah, bukan sedikit pengunjung kopihaus yang terpikat dengan pelayannya. Aneh bukan! Bagaimana seorang y...