Beberapa hari lepas Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, operator francais McDonald telah membuat laporan polis bagi menangkis seruan untuk memboikot restoran McDonald melalui media sosial. Mereka juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan syarikat tersebut tuduhan bahawa McDonalds Malaysia menyokong Israel adalah palsu dan fitnah. Katanya juga bahawa sumbangan McDonald di Amerika Syarikat melalui Jewish United Fund (JUF) adalah dibuat melalui suatu program “Matching Gift” yang dibuat pada tahun 2014 yang membenarkan syarikat untuk memadankan (matching) niat sumbangan pekerja-pekerjanya itu dengan penerima sumbangan. Sebanyak 2000 derma telah dibuat di bawah program itu dan hanya 3 derma daripada pekerjanya yang padan dengan JUF. Ada juga derma lain yang padan dengan badan-badan kebajikan Muslim. Laman web McDonald United Kingdom juga menafikan ada membuat apa-apa sumbangan kepada JUF atau apa-apa badan p...
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.