INTIPATI ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 2021 Tarikh warta: 14 Januari 2021 P.U.(A) 12/2021 Fasal 1 - Tarikh kuatkuasa 11 Januari 2021 Fasal 2 - Penubuhan Jawatankuasa Khas Bebas. JK Khas ini akan menasihati YDPA mengenai kewujudan berterusan darurat besar yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di Malaysia berikutan wabak penyakit berjangkit Covid-19. Perlantikan JK Khas ini akan dilantik oleh YDPA. Ulasan: Perkara yang penting untuk dilihat di sini adalah perlantikan ahli JK Khas ini tidak dibuat atas nasihat Perdana Menteri. Ini bermakna YDPA secara mutlak akan membuat keputusan siapakah yang akan menganggotainya. JK Khas ini akan terus menasihati YDPA tanpa perlu melalui kabinet. Ini adalah baik untuk mengurangkan karenah birokrasi. Lazimnya keputusan sesuatu JK ini perlu mendapatkan kelulusan kabinet terlebih dahulu. Ini juga bermakna JK Khas ini boleh bypass segala keputusan kabinet. Terma JK Khas ini juga adalah sangat luas kerana JK Kh...
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.