Skip to main content

Posts

Showing posts with the label RUU 355

RUU 355 : Bakal Membuka Jalan Ketidakseragaman Undang-Undang Jenayah Syariah

YB Ahli Parlimen Marang dalam usul persendirian berkaitan RUU 355 ini, antara lain telah mengusulkan seperti berikut: “2A. Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan diatas, selain dari hukuman mati.” Jika usul ini diterima dan diluluskan kelak tanpa sebarang pindaan maka secara nyatanya DUN di setiap negeri berhak menggubal dan meminda Enakmen Jenayah Syariah masing-masing mengikut kehendak mereka sendiri kerana tiada had atau takat hukuman yang diletakkan di dalam Akta 355. Mengikut usul ini, “Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah”. Apakah yang dimaksudkan oleh YB Ahli Parlimen Marang dengan undang-undang syariah? Perkataan ‘undang-undang syariah’ itu tidak didefinisikan di dalam Perlembagaan Persekutuan atau Undang-Undang Tubuh Negeri-Negeri a...

Perbandingan Tiga Usul YB Marang Berkaitan RUU 355

Berikut adalah perbandingan antara tiga usul YB Marang berkaitan RUU 355 sepertimana yang terkandung di dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat. Sepanjang kajian yang dibuat YB Marang telah mengemukakan usul pindaan RUU 355 ini sebanyak tiga kali dalam tiga mesyuarat berbeza. #Jika berlaku kesilapan dalam pengiraan ini mohon diperbetulkan. Apa yang menarik adalah bahawa ketiga-tiga usul itu adalah berbeza kandungannya. Apakah yang menyebabkan berlakunya perbezaan tersebut? Kenapakah berlaku taraddud begitu? Seharusnya jika pindaan RUU 355 telah dikaji oleh YB Marang melalui konsultasi dengan stakeholder atau pakar tentu sekali tidak mungkin berlaku perbezaan sedemikian. Penjelasan terbaik adalah daripada YB Marang sendiri. Aturan Urusan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas bertarikh 7/4/2015 24. Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49 (1) kepada Yang...

Ke Mana Arah RUU 355

Perkembangan mutakhir RUU 355 ini nampaknya semakin giat diperkatakan. Saya menerima klip video dan poster yang berkempen supaya semua orang menyokong Ahli Parlimen Marang semasa pembentangan RUU 355 pada bulan Oktober ini. Saya juga ambil maklum bahawa penyokong Ahli Parlimen Marang telah menubuhkan jawatankuasa yang dianggotai para ustaz untuk tujuan memberikan kuliah berkaitan RUU 355 di masjid, surau atau di dewan kuliah. Terdapat juga jawatankuasa yang ditugaskan untuk berjumpa dengan NGO bagi mengadakan ‘engagement’ untuk tujuan menyokong RUU 355. Saya terlihat di FB saya sekumpulan warga guru di Pulau Pinang yang membuat ikrar beramai-ramai untuk menyokong RUU 355 ini. Ada juga seruan daripada aktivits Felda yang membuat gesaan supaya kesemua warga Felda membuat desakan kepada ahli parlimen masing-masing untuk menyokong RUU 355 Ahli Parlimen Marang. Beberapa himpunan juga diadakan untuk menzahirkan sokongan kepada RUU 355. Di puncak klimaks itu, saya terbaca Nota Kesal Terhad...