Skip to main content

Posts

Showing posts with the label menjadi peguam

KERJAYA PEGUAM UNTUK LEPASAN SPM

Laluan untuk menjadi peguam ini hanya satu sahaja iaitu dengan mendapat ijazah LL.B(Hons) atau apa-apa ijazah sarjana muda undang-undang (kepujian) yang setara. Lain universiti lain nama ijazah tersebut. Jika hanya mendapat diploma anda tidak layak untuk menjadi peguam. Bagaimanakah untuk mendapat ijazah LL.B itu. Sekurang-kurangnya ada tiga laluan. Laluan pertama adalah dengan melalui matrikulasi, kedua melalui STPM dan ketiga melalui diploma. Maksudnya tiada laluan yang membolehkan anda terus mendapat ijazah. Bagi lulusan SPM, program asasi adalah laluan untuk mendapat ijazah LL.B ini. Jurusan undang-undang dikategorikan sebagai jurusan sains sosial. Syarat kemasukan untuk masuk ke jurusan ini lebih longgar berbanding dengan jurusan sains tulen yang memerlukan gred A bagi subjek Kimia, Fizik dan Biologi. Lazimnya bagi asasi sains sosial ini anda hanya perlukan gred B sahaja dalam subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik. Universiti manakah yang menawarkan ijazah...

Mencari Nilai Diri Seorang Peguam Muda

Baru-baru ini sewaktu menghadiri sebuah acara, saya disapa oleh seorang peguam muda. Katanya, “Doktor! Tunggu jap.”. Saya termangu seketika cuba mengingati wajah anak muda itu. “Siapakah anak muda itu?”, getus saya dalam dalam hati. Puas saya cuba mengingati wajahnya namun memori ini tidak juga dapat dicapai. Sebentar sahaja, anak muda itu keluar kembali membawa buku “Peguam Bukan Peguam”. Nah! Baharu saya faham rupanya beliau ingin mendapatkan tandatangan saya. Menurunkan tandatangan atas kulit buku bukan suatu kebiasaan saya sebelum ini. Pada awalnya agak janggal juga apabila ada orang meminta tandatangan. Mungkin jiwa ini belum mahu menjadi selebriti yang dikenali orang ramai. Meskipun begitu, kata penerbit, buku ini laris di pasaran dan mendapat maklumbalas yang baik daripada pembacanya. Selepas menandatangani buku itu, saya sempat berbuat mesra dengan beliau. Rupa-rupanya beliau adalah seorang peguam muda yang baharu memulakan kerjayanya setahun yang lepas. Setelah habis me...

Interaksi Antara Industri Dan Mahasiswa/i Undang-Undang

Baru-baru ini saya dan beberapa orang teman yang lain telah dijemput untuk berkongsi pengalaman bersama mahasiswa/i undang-undang tahun akhir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Sg Pusu dalam satu program yang dinamakan “Teh Tarik Session With Law Firms”. Kesemua panelis yang dijemput itu adalah peguam-peguam yang telah lama berkhidmat di dalam dunia perundangan mewakili pelbagai cabang amalan. Sejurus sebelum program bermula, kami dimaklumkan oleh seorang pensyarah kanan di universiti berkenaan bahawa ramai di kalangan graduan sekarang tidak berminat untuk menjadi peguam. Beliau meminta kami untuk berkongsi pengalaman dunia guaman sebagai galakan kepada mereka untuk turut menceburi bidang ini. Saya mewakili cabang amalan guaman syariah, Tuan Ariff Azami mewakili bidang litigasi jenayah, Tuan Noorazmir mewakili bidang guaman litigasi sivil dan Puan Azlina mewakili bidang dokumentasi ‘conveyancing’. Maklumbalas yang diperolehi daripada penganjur menunjukkan bahawa mah...

Memilih Tempat Beramal - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 5

Salam Sejahtera, Bagi pelatih dalam kamar yang telah menghabiskan latihan dalam kamar, persoalan ini kerap menghantui fikiran. Di manakah perlu saya beramal? ( beramal - ini bukan mengamalkan ajaran sesat. Ianya adalah istilah undang-undang yang merujuk kepada 'practising law'. Apabila sudah dialih bahasa maka istilahnya beramal ). Bagi pelatih dalam kamar yang mana bosnya memilih untuk mengambil pelatih tersebut untuk beramal di firmanya mungkin tidak mempunyai kesulitan. Adalah lazim bagi seorang pelatih dalam kamar untuk kekal di tempat beliau menjalani latihan kerana sudah terbiasa dengan keadaan di firma tersebut. Semua kerani dikenali dan perangai bos pun sudah terlazim. Kadang-kadang tawaran gaji yang diberikan pun adalah lumayan. Saya sendiri waktu habis latihan dalam kamar dahulu pada tahun 2000 telah diminta oleh bos saya untuk beramal di firma beliau. Pada waktu itu, gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM1000 sebulan. Elaun pelatih dalam kamar pada waktu itu a...

Menangani Klien - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 4

Klien atau kelayan adalah manusia terpenting dalam profesion guaman. Perkataan 'klien' ini saya tidak menjumpainya dalam laman portal pusat persuratan Melayu - DBP. Namun, dalam istilah perundangan, istilah klien ini telah digunakan secara meluas. Tanpa klien ibaratnya seperti doktor tanpa pesakit. Tanpa klien, sebuah firma guaman akan 'bungkus' atau 'tutup kedai'. Sepanjang beramal sebagai peguam semenjak tahun 2000, saya telah berjumpa dengan ratusan klien. Sepanjang tempoh itu saya menemui pelbagai karenah klien. Kata teman saya, Almarhum Engku Mohd Azri [semoga Allah terus mengampuni dosa-dosanya dan merahmati rohnya], belajar sains kemanusiaan adalah tidak sukar, yang sukarnya adalah menangani karenah manusia kerana setiap manusia mempunyai karenahnya tersendiri. Karenah seorang manusia tidak sama dengan seorang yang lain. Jika seseorang itu bekerja di sektor yang melibatkan manusia seperti peguam, doktor dan pakar motivasi maka kesulitan itu pasti dialam...

Realiti Belajar Undang-Undang Tidak Sama Dengan Beramal Dengan Undang-Undang

Pagi ini ada rakan fb saya yang juga bekas pensyarah saya, Prof Madya Dr Shamrahayu meletakkan posting di fb beliau seperti berikut, "Sebelum terbaca satu status sahabat di laman FB ramai pelajar saya yang telah menamatkan "law school" dan sedang menjalani latihan dalam kamar atau sudah berkhidmat membuat rumusan bahawa banyak teori yang dipelajari di universiti tidak dapat diterima pakai di alam realiti. Respons saya: Universiti mengajar teori. Universiti cuba mencari kelebihan diri pelajar. Universiti cuma boleh memberi. Pelaj ar hendaklah berdikari. Dengan teori, dengan kelebihan diri dan dengan berdikari, pelajar perlulah bijak menatap realiti. Seterusnya, dengan berbekal kelebihan diri, pelajar hendaklah bijaksana menyuai padan realiti dan teori - menentukan sama ada realiti perlu disuai padan dengan teori atau teori yang perlu disuai padan dengan realiti. Semua itu pelajar perlu buat sendiri. Setelah tamat di sini, universiti hanya boleh memerhati. Alam realiti i...

Pelanggan Berulang - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman _ Siri 2

Sebenarnya kejayaan itu datang dengan usaha. Usaha itu yang harus diterokai dengan ilmu dan pengalaman. Kejayaan tidak datang bergolek. Saya teringat tulisan Pak Subky Latif, seorang wartawan veteran bahawa kejayaan itu bukan jadi dengan 'kun fa yakun'. Kejayaan sebagai peguam menjadi dambaan setiap pelajar undang-undang. Pada waktu belajar dahulu, ramai kawan-kawan ingin menjadi berjaya seperti Karpal Singh, legenda Harimau Jelutong. Tidak salah mempunyai idola atau orang yang didambakan. Tetapi tidak semestinya kita mesti mengikut jalan yang dilalui oleh Karpal Singh untuk berjaya. Salah satu cara untuk berjaya dalam profesion guaman ini adalah dengan mempunyai pelanggan tetap atau dalam bahasa marketing - 'repeat customer'. Repeat Customer ini bermaksud pelanggan yang berulang-ulang mendapatkan khidmat guaman daripada firma kita. Soalnya bagaimanakah ingin mendapatkan repeat customer ini? Sebabnya peguam bukan penjual kambing percik macam Pak Wan (ada satu gerai ...

Fokus - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 1

Tahun ini adalah tahun ke 14 saya bertugas dalam bidang kepeguaman. Dalam kata lain, saya dipetisyen masuk ke Mahkamah Tinggi Malaya adalah pada tahun 2000. Bagaimanakah saya dapat survive dalam kerjaya yang mencabar ini. Sudah ramai rakan-rakan yang meninggalkan kerja kepeguaman ini. Ada rakan yang menceburi bidang perniagaan lain seperti menjadi pemusnah anai-anai, pensyarah, pengusaha resort dan pelbagai kerjaya. Untuk berjaya dalam mana-mana bidang sekalipun saya fikir kita memerlukan daya tahan dan sikap inovatif (syukur juga Kerajaan Malaysia sekarang menekankan sifat inovatif ini dalam belajar). Saya tidak sanggup untuk ke Mahkamah semata-mata kerana ingin mendapat JID (judgment in default). Saya juga tidak sanggup ke Mahkamah untuk mendapatkan tarikh sebutan semata-mata. Pada masa mula beramal dahulu, antara kesukaan saya adalah untuk pergi ke Mahkamah dan membuat beberapa sebutan kes dan selepas itu beramai-ramai berkumpul di kantin Mahkamah untuk bercerita dan bergosip. ...

Keseronokan Kerjaya Guaman

Antara keseronokan kerjaya guaman adalah apabila anda dihargai oleh klien ( saya pun tidak pasti kenapa dalam kerjaya guaman perkataan 'klien' digunakan dan jarang perkataan 'pelanggan' digunakan; selain itu, ejaan klien kadang-kala dieja sebagai 'kelayan' ). Lebih-lebih lagi jika anda dihargai oleh pihak lawan. Ini tentu sekali memberikan impak yang besar kepada diri seorang peguam. sumber: www.commentskart.com Pada tahun 2004-2005, sejurus selepas PRU 11, saya berpeluang untuk bersama-sama dengan Datuk Haji Mohd Ariff Yusof (sekarang Hakim Mahkamah Rayuan) untuk membawa kes petisyen pilihan raya di Mahkamah Pilihan Raya. Pada masa itu, Datuk Haji Mohd Ariff Yusof adalah peguam kanan di firma Cheang & Ariff sebelum beliau ditawarkan untuk berkhidmat sebagai seorang hakim. Meskipun kalah di peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan, kekalahan itu adalah kekalahan yang bermaruah. Antara isu penting yang dibangkitkan adalah samada prinsip yan...

Kerjaya sebagai peguam

Hj Sulaiman Abdullah adalah peguam yang dihormati kawan dan lawan kerana prinsipnya Oleh: Dr Zulqarnain Lukman      S ewaktu melintasi tempat meletak kereta di Kompleks Mahkamah Jalan Duta semalam saya terlihat beberapa orang membawa jambangan bunga diiringi oleh ahli keluarga masing-masing. Kelihatan di wajah mereka kegembiraan dan keceriaan. Saya pasti bahawa hari semalam adalah hari besar dalam hidup mereka dan ibu bapa mereka. Mereka telah menghabiskan masa sekurang-kurangnya 1 tahun di peringkat matrikulasi atau A-Level dan 4 tahun bagi menghabisi pengajian undang-undang. Ibu bapa mereka juga pasti telah berbelanja besar untuk menampung yuran pengajian anak-anak di universiti. Tidak syak lagi bahawa semalam adalah hari besar dan bersejarah bagi mereka kerana hari semalam adalah hari mereka didaftarai dan diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya. Ini bermakna pengajian mereka di peringkat sarjana muda undang-undang telah ...