BON ODORI: MENILAI KONSEP FEDERALISME DAN STRUKTUR PENTADBIRAN AGAMA ISLAM Isu Bon Odori ini menjadi isu hangat dan mendapat perbincangan ramai. Isu ini timbul berikutan ‘nasihat’ yang diberikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad supaya orang ramai tidak menghadiri festival tahunan tersebut kerana dikhuatiri ianya membabitkan soal agama dan akidah. Berikutan itu, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari menyatakan bahawa festival itu tidak akan dibatalkan namun beliau akan mendapatkan nasihat daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Belum sempat beliau mendapatkan penjelasan daripada JAIS, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah mengeluarkan kenyataan yang agak keras terhadap Menteri Agama itu. Selain daripada menasihati Menteri Agama untuk hadir ke festival tersebut, baginda juga menzahirkan bahawa baginda ‘tidak mahu Y.B. Menteri menggunakan platform Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk membuat k...
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.