Skip to main content

Posts

Showing posts with the label liberal

MELIBERALKAN OBJEKTIF HUKUMAN MAHKAMAH

Mengikut buku undang-undang yang dipelajari oleh mahasiswa yang mengambil subjek Undang-Undang Prosedur Jenayah pastinya akan berjumpa dengan bab tujuan sesuatu hukuman jenayah dikenakan. Pelajaran ini biasanya akan dipelajari dalam subjek “Criminal Procedure’ dan ianya sangat penting kerana sesetengah mahasiswa ini akan menjawat jawatan majistret apabila mereka tamat belajar undang-undang. Tugas majistret adalah untuk mendengar kes. Kedudukannya sama seperti hakim. Dalam sistem perundangan Malaysia majistret akan menjadi hakim di Mahkamah Majistret. Bagi Mahkamah Sesyen orang itu dipanggil sebagai Hakim Sesyen. Begitu juga di Mahkamah Tinggi mereka juga dipanggil sebagai hakim. Apa yang membezakan hanyalah panggilan di pangkal nama iaitu majistret akan dipanggil Tuan Majistret dan hakim sesyen akan dipanggil Tuan Hakim. Apabila di Mahkamah Tinggi akan dipanggil Yang Arif Hakim atau Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman. Pangkat Yang Amat Arif pula akan diberikan kepada Hakim Besar, Presiden...

Kebebasan berfikir dan bersuara dan polemik berkaitan liberalisme

Khutbah Jumaat di Negeri Selangor pada 13 Oktober 2017 bertajuk “Liberalisme Perosak Islam”. Sewaktu khatib menyebut tajuk khutbah ini, terlintas langsung di benak fikir, apakah yang ingin disampaikan oleh sang khatib? Adakah khatib sendiri memahami maksud liberalisme atau khatib hanya berupaya membaca teks khutbah tanpa memahami isi khutbah itu? Langsung tergerak untuk menyemak kembali isi khutbah tersebut yang telah dimuatnaik di portal e-masjid.jais.gov.my. Teks itu menyatakan, antara lain, “Fahaman liberalisme adalah fahaman bebas yang tidak terikat dengan syariat Islam. Fahaman ini menjauhkan seseorang Muslim daripada agamanya…” Kemudian dihuraikan juga bahawa bahaya liberalisme kerana “Fahaman liberalisme membawa kepada fahaman semua agama adalah sama...” “Golongan liberalisme dan pluralisme menolak wujudnya kebenaran Islam dan menyatakan semua agama adalah sama dan menganjurkan kepada kebaikan. Mereka mendakwa bahawa jika orang bukan Islam diberikan kebebasan untuk menukar a...