Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2016

Perjalanan RUU 355 Di Parlimen

RUU 355 YB Ahli Parlimen Marang dijangka akan dibaca semula di Parlimen pada sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada 17 Oktober 2016 sehingga 24 November 2016. Ada sahabat peguam yang menyatakan bahawa RUU 355 itu hanya perlu disebut dan diundi tanpa dibahaskan. Saya kurang bersetuju dengan pandangan tersebut. Bagi saya, sesuatu usul bagi rang undang-undang persendirian perlu dibahaskan dan diundi. Kekeliruan ini timbul mungkin disebabkan perbezaan pemahaman terhadap Peraturan 49 Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Peraturan 49 itu menyatakan: Rang Undang-undang daripada ahli yang bukan ahli Kerajaan. 49. (1) Dengan tertakluk kepada syarat-syarat dalam Perkara 67 dalam Perlembagaan siapa-siapa ahli yang bukan ahli Kerajaan yang hendak membawa Rang Undang-undang boleh meminta izin Majlis hendak berbuat demikian, dan ia hendaklah juga menyertakan bersama satu naskhah Rang Undang-undang berserta dengan huraian mengenai tujuan-tujuan dan sebab-sebabnya, tetapi tidak boleh

Jawapan Kepada Dr Muhammad Fathi Yusof : Soal Jawab RUU355 (Siri 4): Kenapa cadangan pindaan Akta 355 tidak menetapkan had penjara, denda dan sebatan tetapi diberikan kuasa besar tanpa had melainkan hukuman mati?

Dr Muhammad Fathi Yusof menyatakan dalam Soal Jawab RUU355 (Siri 4): Kenapa cadangan pindaan Akta 355 tidak menetapkan had penjara, denda dan sebatan tetapi diberikan kuasa besar tanpa had melainkan hukuman mati? Cadangan pindaan itu memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan apa-apa hukuman mengikut hukum syarak selain daripada hukuman mati. Cadangan ini adalah wajar kerana: 1. Mahkamah Syariah adalah satu institusi mahkamah bukannya satu peringkat mahkamah seperti mahkamah Magistret dan Mahkamah Sesyen. Bahkan di bawah institusi mahkamah Syariah terdapat tiga peringkat mahkamah (akan ditambah menjadi lima). Ini bermakna Mahkamah Syariah memerlukan bidangkuasa hukuman yang lebih besar dan tidak tertakluk kepada had-had yang terlalu terperinci. 2. Perincian had-had hukuman perlu ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui Enakmen Jenayah Syariah masing-masing. Jadi tidak timbul soal mahkamah Syariah mempunyai kebebasan mutlak atau diberikan ‘cek kosong

Apakah maksud 'cek kosong' dalam RUU 355 Dan Perbezaannya Dengan Bidangkuasa Mahkamah Sesyen Sivil

Ramai orang bertanyakan, apakah maksud 'cek kosong' atau 'blank cheque' dalam konteks RUU 355 yang dibentangkan oleh YB Ahli Parlimen Marang. Oleh itu, mustahak untuk kita memahami kesan dan implikasi daripada RUU 355 tersebut. Jika kita fahami secara sebenarnya baharulah kita faham apakah yang dimaksudkan dengan 'cek kosong' ini. YB Ahli Parlimen Marang dalam usul persendirian berkaitan RUU 355 ini, antara lain telah mengusulkan seperti berikut: “2A. Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan diatas, selain dari hukuman mati.” Frasa yang penting untuk difahami adalah, "... Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan diatas, selain dari hukuman m