Beberapa hari lepas anakguam sangat gembira kerana berjaya mendapat perintah Mahkamah Syariah untuk bersama dan bermesra dengan anak-anaknya selama seminggu dalam tempoh cuti penggal persekolahan. Namun, nyata sekali si ibu tidak gembira dengan keputusan Mahkamah itu. Ini mungkin berpunca sakit hati ke atas suaminya itu belum lagi habis. Si suami telah bernikah lain tanpa pengetahuan si isteri dan si isteri hanya mengetahuinya selepas 2 tahun pernikahan itu berlangsung. Ini mengundang kemarahan isteri. Akhirnya, badai yang menimpa pantai itu tidak dapat lagi dihalang. Pernikahan itu berakhir dengan perceraian. Perceraian ini meskipun pahit, mungkin menjadi penawar terbaik untuk pasangan ini. Namun, dalam proses mendapat penawar ini, seharusnya anak-anak tidak dimangsakan. Silaturrahim antara anak dan bapa tidak harus diputuskan. Apatah lagi, jika anak-anak itu masih kecil dan masih memerlukan kasih sayang seorang bapa. Usah jadikan anak-anak seperti anak yatim yang kematian...
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.