Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ketiga Belas (2017) telah berakhir pada 30 November 2017 setelah memulakan persidangan pada 23 Oktober 2017. Persidangan kali ini pada umumnya hanya menumpukan kepada bajet 2018. Meskipun begitu, beberapa rang undang-undang telah diluluskan. Ramai orang ternanti-nanti sama ada RUU 355 Ahli Parlimen Marang akan turut dibahaskan setelah ditangguhkan pada hari terakhir sidang yang lepas pada 6 April 2017. Pada hari tersebut rata-ratanya ahli parlimen kesemuanya telah bersedia untuk berbahas namun malang sekali sidang itu telah ditangguhkan oleh Speaker. Pada 6 April 2017 itu, Ahli Parlimen Penampang, Tuan Ignatius Dorell Leiking yang mula-mula bertanya sama ada mereka mempunyai peluang untuk berbahas. Selepas itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Tuan Khalid Abd Samad juga bangkit bertanyakan hal yang sama, dicelah dengan gangguan oleh Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim dan Ahli Parlimen Setiu, Tuan Che Mohamad Zulkifl...
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.