Skip to main content

Posts

Showing posts with the label career as an advocate

Menasihati Klien - Bagaimanakah Ingin Berjaya Dalam Profesion Guaman - Siri 15

Dalam dunia media sosial hari ini, hubungan sesama insan banyak dipermudahkan dengan sistem teknologi. Setiap orang yang mempunyai facebook pasti mempunyai ramai teman maya yang mungkin beliau tidak pernah ketemu sepanjang hayatnya. Ramai teman-teman peguam yang menulis pengalaman masing-masing di mahkamah dan tindakan itu pada fikiran saya banyak membantu orang ramai dalam memahami bidang guaman ini. Saya juga kerap menerima pertanyaan daripada rakan facebook yang saya tidak pernah berjumpa. Setiap soalan yang ditanya itu akan dijawab dengan sebaik mungkin sehingga pihak yang bertanya itu berpuashati. Ada juga rakan facebook yang meminta pandangan kedua. Beliau telah melantik peguam yang lain dan cuba bertanyakan pandangan kedua mengenai kes beliau. Bagi saya jika bertanyakan pandangan kedua maka saya harus lebih berhati-hati kerana adalah menyalahi etika guaman jika kita mencampuri urusan peguam yang lain. Kaedahnya, peguam yang pertama itu lebih memahami perjalanan kes beliau...

Tawadhu’ Dalam Kepeguaman - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 14

Tawadhu’ atau ‘humility’ adalah prinsip dasar yang harus menjadi amalan dalam kepeguaman. Tawadhu’ ini merujuk kepada sikap dan sifat merendah diri dan hormat kepada pihak yang lain. Dalam “ Forum Prosiding Jenayah Syariah Di Malaysia: Perlukah Anjakan Paradigma?” anjuran Majlis Peguam pada 22/4/2017, Tuan Awang Armadajaya bin Awang Mahmud, Ketua Unit Rayuan, Jabatan Peguam Negara menyebutkan bahawa ‘tawadhu’ ini adalah suatu kemestian bagi yang beramal dalam profesion ini. Beliau menyatakan bahawa sifat ‘tawadhu’ ini bukan setakat perlu menjadi perhatian peguam malah kepada para pendakwaraya dan hakim itu sendiri. Kesemua pihak mempunyai peranan masing-masing dan perlu menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya. Ketiga-tiga pihak itu tidak boleh mendabik dada bahawa merekalah yang paling alim dan arif kerana yang paling utama dalam sesuatu kes adalah melaksanakan keadilan. Keadilan tidak akan tertegak jika mana-mana pihak itu ‘eksyen’ dan berlagak pandai. Pokoknya, masing...

Kepentingan Advokasi Lisan Di Mahkamah Syariah - Bagaimanakah Ingin Berjaya Dalam Profesion Guaman - Siri 14

Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah Syariah sama ada di Mahkamah Rendah atau Mahkamah Tinggi jarang sekali ada kesempatan untuk membuat advokasi lisan atau hujahan lisan kepada hakim bicara. Biasanya advokasi lisan ini hanya dibuat di Mahkamah Rayuan Syariah. Dalam suatu perbicaraan sesuatu tuntutan di Mahkamah Syariah lazimnya akan dimulakan dengan saman atau permohonan. Bagi penfailan saman, ianya melibatkan tuntutan yang am seperti tuntutan fasakh, taklik, harta sepencarian, pengesahan hibah, tuntutan harta amanah, tuntutan nafkah dan lain-lain. Manakala, permohonan pula difailkan bersama afidavit dalam kes-kes tertentu yang telah ditetapkan di dalam Jadual Kedua, Akta Tatacara Mal seperti permohonan anggapan kematian, perlantikan wali am, injunksi dan lain-lain. Bagi Kes saman, suatu pernyataan tuntutan perlu difailkan. Defendan pula akan menfailkan pernyataan pembelaan dan tuntutan balas dan diikuti dengan jawapan kepada pembelaan dan pembelaan ke atas tuntutan balas oleh pih...

Memilih Peguam Anda

Saya tahu ramai orang di Malaysia ini tidak pernah berjumpa peguam sepanjang hayat mereka. Semenjak lahir sehingga mati tidak pernah sekali pun mereka berjumpa peguam. Buat apa berjumpa peguam kalau tidak ada sebarang urusan. Sebab itu hidup sebagai peguam lebih sukar berbanding dengan doktor. Saya pasti setiap orang pernah berjumpa doktor sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Ada orang yang setiap bulan berjumpa doktor. Ada orang kalau ditimpa flu ringan pun akan bergegas berjumpa doktor bagi mengambil ubat seperti panadol atau claritine. Orang tidak akan berjumpa peguam kalau tidak ada masalah. Tetapi jika orang itu bertemu masalah yang berhajatkan peguam pasti dia tidak boleh tidur malam selagi tidak berjumpa peguam. Suatu ketika dahulu, ada seorang isteri yang menghubungi saya setiap hari untuk mengadu hal suaminya yang ditahan di bawah SOSMA. Saya faham keadaanya yang buntu kerana tidak faham kenapa suaminya ditahan di bawah SOSMA sedangkan padanya kesalahan yang dilaporka...

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua...

Mencipta Peluang - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 3

Sewaktu mula menjadi peguam dahulu, saya hanya berfikir untuk menjadi peguam yang terbaik. Seperti mana yang ditulis sebelum ini, peguam-peguam senior menjadi sumber inspirasi saya untuk memajukan diri. Bila membaca suratkhabar mengenai kejayaan peguam senior seperti mendiang Karpal Singh, langsung terdetik dalam hati betapa hebat beliau beraksi di hadapan hakim sehingga membolehkan kliennya dilepaskan. Namun, sebenarnya imaginasi itu hanya boleh menjadi kenyataan sekiranya kita mencipta peluang. Ada peguam yang berjaya mengumpul harta itu kerana beliau adalah seorang bertuah dilahirkan dalam famili yang sudah berjaya. Tambahan lagi, jika ada ahli familinya yang telah menjadi peguam dan mempunyai senarai klien yang panjang. Tetapi, kebanyakan orang sifatnya tidak begitu. Kebanyakannya lahir ke dunia ini tanpa mempunyai apa-apa harta atau tulang belakang (back up) yang kuat daripada ahli keluarga. Maka jika kita bersifat seperti kapal layar yang tiada nakhoda maka kita akan dihanyut...

The Art of Cross Examination - Bagaimana Mahu Mengenali Saksi Pembohong

Big Or Small: Lies Are Lies           Setelah mengendalikan puluhan jenis perbicaraan dan telah berpengalaman menyoal balas saksi-saksi, saya dapat mengenal pasti beberapa tingkah laku saksi berbohong di Mahkamah. Ingatlah! Sebelum seseorang saksi itu memberikan keterangan, beliau dikehendaki mengangkat sumpah bahawa beliau akan bercakap benar dan tidak akan sesekali bercakap perkara yang tidak benar.           Pada hari ini (31/12/2014) hari penutup tahun 2014, saya ditakdirkan bertemu dengan saksi yang pada penilaian saya beliau telah berbohong semasa memberikan keterangan. Lazimnya, saksi pembohong ini berpewatakan seperti orang alim, bertutur dengan lemah lembut, ada ketika saksi begini akan berpakaian seperti orang warak dengan bertudung litup, berketayap, berjubah atau mungkin memakai baju kot, berkasut hitam berkilat atau memakai pakaian yang bergosok, terurus penampilannya dan rambut bersikat rapi. Ada juga penjawat awam ...

Realiti Belajar Undang-Undang Tidak Sama Dengan Beramal Dengan Undang-Undang

Pagi ini ada rakan fb saya yang juga bekas pensyarah saya, Prof Madya Dr Shamrahayu meletakkan posting di fb beliau seperti berikut, "Sebelum terbaca satu status sahabat di laman FB ramai pelajar saya yang telah menamatkan "law school" dan sedang menjalani latihan dalam kamar atau sudah berkhidmat membuat rumusan bahawa banyak teori yang dipelajari di universiti tidak dapat diterima pakai di alam realiti. Respons saya: Universiti mengajar teori. Universiti cuba mencari kelebihan diri pelajar. Universiti cuma boleh memberi. Pelaj ar hendaklah berdikari. Dengan teori, dengan kelebihan diri dan dengan berdikari, pelajar perlulah bijak menatap realiti. Seterusnya, dengan berbekal kelebihan diri, pelajar hendaklah bijaksana menyuai padan realiti dan teori - menentukan sama ada realiti perlu disuai padan dengan teori atau teori yang perlu disuai padan dengan realiti. Semua itu pelajar perlu buat sendiri. Setelah tamat di sini, universiti hanya boleh memerhati. Alam realiti i...

Kerjaya sebagai peguam

Hj Sulaiman Abdullah adalah peguam yang dihormati kawan dan lawan kerana prinsipnya Oleh: Dr Zulqarnain Lukman      S ewaktu melintasi tempat meletak kereta di Kompleks Mahkamah Jalan Duta semalam saya terlihat beberapa orang membawa jambangan bunga diiringi oleh ahli keluarga masing-masing. Kelihatan di wajah mereka kegembiraan dan keceriaan. Saya pasti bahawa hari semalam adalah hari besar dalam hidup mereka dan ibu bapa mereka. Mereka telah menghabiskan masa sekurang-kurangnya 1 tahun di peringkat matrikulasi atau A-Level dan 4 tahun bagi menghabisi pengajian undang-undang. Ibu bapa mereka juga pasti telah berbelanja besar untuk menampung yuran pengajian anak-anak di universiti. Tidak syak lagi bahawa semalam adalah hari besar dan bersejarah bagi mereka kerana hari semalam adalah hari mereka didaftarai dan diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya. Ini bermakna pengajian mereka di peringkat sarjana muda undang-undang telah ...