Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kapal LCS

KAPAL PERANG LCS, PAC DAN JKSTUPKK

  KAPAL PERANG LCS, PAC DAN JKSTUPKK BAGI YANG INGIN TAHU LEBIH LANJUT MENGENAI LCS DAN PENING DENGAN POSTING FB PM-6 BOSSKUR, DISARANKAN UNTUK BACA PROSIDING PAC DENGAN JKSTUPKK (JAWATANKUASA SIASATAN TADBIR URUS PEROLEHAN KEWANGAN KERAJAAN) YANG DITUBUHKAN SEBAIK SAHAJA KERAJAAN PH MENGAMBIL ALIH KERAJAAN PADA MEI, 2018. BANYAK FAKTA TAK BETUL DAN MENIPU ATAU DI SPIN. CUMA AGAK PELIK JUGA PM ISMAIL SABRI TELAH MEMUTUSKAN UNTUK TIDAK MELANTIK LAGI MANA MANA AHLI JAWATANKUASA SETELAH KONTRAK MEREKA TAMAT. APAKAH FINDING JKSTUPKK BANYAK IMPLICATE MENTERI SEKARANG SEHINGGA PANAS PUNGGUNG. JUSTERU KEDUDUKAN JKSTUPKK INI MASIH TERGANTUNG, WUJUDNYA SEPERTI TIADA KERANA TIADA APA APA SIASATAN LAGI DIBUAT. JKSTUPKK BANYAK MEMBANTU KEMENTERIAN TERMASUK MEMBANTU PAC KHASNYA DALAM PROSES SIASATAN KECURANGAN PEROLEHAN KERAJAAN SEHINGGA MENYEBABKAN KERUGIAN BERBILION RINGGIT. BERIKUT PETIKAN YANG BERKAITAN LCS INI: Tuan Pengerusi: Boleh tak kami dapatkan bilakah SIGMA dicadangkan dan dipersetu...

PUNCA KELEWATAN KAPAL LCS

  PUNCA KELEWATAN KAPAL LCS PM-6 kata kelewatan pembinaan Kapal LCS pertama adalah kerana kerajaan PH telah buat stop work. Ini spin jurus pendekar silat kura-kura tahap tertinggi agaknya. Kalau kita rajin buka Laporan PAC boleh kita dapat sendiri fakta kenapa kapal tak siap. Boleh rujuk m/s 67-68 Laporan PAC. Boleh klik link ini Puncanya: 164 OEM (Original Equipment Manufacturer) yang telah stop kerja. Sub-konktraktor pun stop kerja juga. Sebabnya, mereka tak dibayar. Kalau tak dibayar mestilah stop kerja. buat apa buat kerja free. Abis tu, yang duit kerajaan dah bayar 6000 juta @ 6 bilion itu engkau pergi simpan kat mana. Hah! Yang ni kenapa PM-6 tak nak jawab. Malah, kalau ikut apa yang Laksamana Pertama Shaiful Bahri bin Baharuddin (TLDM) bagitau almost all vendors telah stop work. Jadi, kat mana pula PM-6 boleh kata PH yang stop kerja kalau vendors tu sendiri stop kerja. ....................................................... Pengesahan oleh KSU Mindef, “Dato’ Sri Muez bin Abd...

STATUS JAWATANKUASA TADBIR URUS PEROLEHAN DAN KEWANGAN KERAJAAN (JKSTUPKK)

  STATUS JAWATANKUASA TADBIR URUS PEROLEHAN DAN KEWANGAN KERAJAAN (JKSTUPKK) YB Pokok Sena pernah bertanyakan pada 1 Disember 2021 tentang status Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan Dan Kewangan Kerajaan yang ditubuhkan pada 30 Mei 2019. Jawapan Menteri Tugas-Tugas Khas bahawa tujuan penubuhan adalah untuk melaksanakan siasatan terhadap perolehan kerajaan yang mencurigakan dan mengenal pasti tadbir urus yang lemah dan tidak telus, pembaziran, penyelewengan atau salah guna kuasa dan memberikan cadangan menangani ketirisan serta memastikan nilai pulangan faedah terbaik perolehan kerajaan. JKSTUPKK telah mengenal pasti 39 kes perolehan mencurigakan melibatkan 8 kementerian (macam mana dalam senarai jadi 9 kementerian tak tahu lah, kemudian listing yang diberikan pun dah jadi 41 kes dan bukan 39 kes) iaitu: 1) Kementerian Pertahanan - 26 kes 2) Kementerian Pengangkutan - 4 kes 3) Kementerian Pendidikan - 4 kes 4) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan - 1 kes 5) Kementeria...

AUDIT FORENSIK KAPAL LCS

  AUDIT FORENSIK KAPAL LCS Bilakah kali terakhir emosi kita terusik bila kita membaca novel? Mungkin bagi generasi baby boomers dahulu emosi mereka terusik bila baca novel Mill & Boon. Hari ini bila kita baca Laporan Prosiding (Hansard) PAC bersama Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) dan Alliance IFA (M) Sdn Bhd kita rasa sedih, marah, geram dan rasa nak hempuk hempuk aja kepala kepala dajal yang merompak wang negara di siang hari (nampaknya bukan siang aja diorang rompak, malam pun rompak juga) Bayangkan kalau kita sebagai ayah punya duit kemudian anak kita sakau berjoli sakan sana sini, beli lamborghini, beli penthouse, beli membership club lepas tu kita pula tak boleh halang anak kita sebab anak kita ada kebenaran yang kita berikan untuk sain cek dan kebenaran itu kita tak boleh tarik balik. Lepas itu kita pun tak nak tarik kebenaran itu sebab apa, jeng jeng jeng! mestilah bapak pun subahat sama kan. Kalau anak itu boleh supply call girl kat bapak buat apa ba...