TUN TENGKU MAIMUN TUAN MAT Nama YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat menjadi perhatian ramai dalam kes rayuan Dato’ Sri Najib Tun Razak. Sewaktu Dato’ Sri Najib kalah di peringkat Mahkamah Tinggi, beliau menyatakan bahawa beliau tidak risau dengan rayuan yang beliau buat kerana percaya bahawa beliau akan dapat memberikan rayuan yang terbaik terhadap Mahkamah di peringkat rayuan. Namun, perspektif itu telah bertukar di saat Dato’ Sri Najib kalah di Mahkamah Rayuan khasnya beliau telah dipanggil ‘National Embarassment’ oleh seorang hakim Mahkamah Rayuan. Apabila rayuan dikemukakan di Mahkamah Persekutuan, Dato’ Sri Najib semakin terbuku hati dengan Mahkamah Persekutuan setelah Mahkamah Persekutuan tidak bersetuju dengan permohonan Dato’ Sri Najib untuk perlantikan barrister England, Jonathan Laidlaw. Setelah itu, Dato’ Sri Najib telah memohon untuk bertukar peguam daripada Tan Sri Shafee kemudiannya Datuk Zaid Ibrahim bersama Hisyam Teh Poh Teik dan TH Liew. Setelah itu, Zaid Ibrah...
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.