Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Jadilah Saksi Yang Benar

Pernahkah kita mengalami situasi yang mana saksi tersebut memberikan keterangan yang tidak seperti diharapkan oleh kita? Sewaktu mengendalikan kes baru-baru ini, klien saya (iaitu pihak yang menuntut) ada membuat dakwaan bahawa beliau telah dilayan secara tidak saksama dan terdapat unsur-unsur diskriminasi layanan terhadap beliau di tempat kerja. Klien saya telah menyebut nama seorang rakan sekerjanya yang telah mendapat layanan yang sama. Saya namakan rakannya itu sebagai "Hj Z' [bukan nama sebenar].  Hj Z itu dikatakan telah tidak mendapat bonus dan rekomendasi untuk kenaikan pangkat oleh bosnya disebabkan kelantangannya berbeza pendapat dengan bosnya. Setelah nama Hj Z disebut, pada tarikh perbicaraan yang berikutnya pihak responden telah memanggil Hj Z itu untuk memberikan keterangan bagi menyanggah dakwaan klien saya. 2 hari sebelum perbicaraan, klien saya telah memberitahu saya bahawa Hj Z ada berkomunikasi dengan beliau dan Hj Z berjanji untuk menyatakan perkara s